Journey to heaven 2014 (Day 1 - Part II) : Melbourne ~ I'm Free Walking Tour

Monday, September 15, 2014


"Assalamualaikum.. Indonesian??"

Errk, tetiba rasa nak cari cermin nak cermin diri.

"......."

"..I'm Ali and you...?"

"Zilla..from Kuala Lumpur....."

Bermula sesi perkenalan antara saya dan Ali waktu dok lepak-lepak di State Library sambil menunggu ketibaan teman-teman. Macam-macam yang kami bualkan hinggalah tiba-tiba si Ali, mamat Pakistan ne (katanyalah) dok push saya untuk ikut dia balik ke rumahnya. Katanya, saya boleh berehat di situ dan katanya lagi, nanti dia sendiri yang akan hantar saya kembali ke airport. Macam tak percaya aje dengan si mat Ali ne, bersungguh-sungguh benar nak saya berehat di rumahnya huhuhu. Tolak macam mana pun, dia tetap desak ikut dia juga. Haih!!! Saya dah start pelik dah time ne. Dalam hati memang dok seru-seru nama teman-teman "cepatlah korang sampai, aku takut...". Yang si Ali ne dah lebih-lebih pula, ishh tak boleh jadi. "Ali..Ali....kalau bapak saya ada ne, dah lama ko kena parang tau!!". Saya minta izin untuk blah dari situ konon-kononnya saya dah nampak kelibat teman-teman saya (walhal nan-ado hehehe). Dia bagi no phone pada saya, kot-kotlah saya tukar fikiran. Ambil ajelah, walhal tak ingin pun nak contact!!! Terus saya lari dalam kumpulan pendemonstrasi yang sedang berkumpul di hadapan State Library - berselindung di balik orang-orang yang ada huhuhu.

Bila tengok line pun dah clear, Ali dah hilang entah ke mana saya ambil keputusan pusing-pusing keliling sementara nak tunggu jam 2.30pm. Singgah di 7E cari muffin untuk alas perut tiba-tiba terdengar bunyi bising kat luar. Fuhh, dah start dah protesnya. Ambil kamera dalam bag dan terus lari ke jalan untuk follow group tersebut. Saya malas nak cerita pasal protes ne, google sendirilah mengenainya.

Biarlah gambar yang bercerita.
Saya follow protes ini separuh jalan ajelah. Masa pun tak berapa nak ada. Terus patah balik ke State Library. Sayangnya teman-teman tetap tak juga kelihatan, "korang p mana??". - rupanya derang salah info; tunggu di lokasi yang berbeza huhuhu.
State Library yang dah kembali lengang.

Dalam 2.10pm, minah (lupa pula namanya apa) dari I'm Free pun tiba. Saya usha dulu dari jauh, memerhatikan gelagatnya dan nak tengok berapa ramai yang akan follow tour ini. Sorang demi sorang muncul dan saya ambil keputusan untuk masuk dalam group tersebut. Petang tu, dalam 15 orang  jugalah yang follow tour ini.

Explore Melbourne’s sights with your friendly and knowledgeable local tour guide. Experience the culture and lifestyle as we delve into the history, stories and secrets of Australia’s cultural capital. [I'm Free].

Tour ini berjalan setiap hari kecuali Krismas. Ada dua sesi setiap hari iaitu 10.30am dan 2.30pm. Tak perlu nak register untuk follow tour ini, cuma perlu hadirkan diri di depan State Library. Tiada bayaran juga dikenakan. Kalau rasa nak bagi tip, terserah berapa pun jumlahnya. Mereka tak paksa. Tour ini mengambil masa dalam 3 - 3.5 jam. Be prepare fizikal dan mental ya hehehe! Bawalah juga air dan jajan untuk alas perut.

Mengah jalan ngan derang ne. Kita baru ambil satu langkah, mereka dah berlangkah-langkah. Sungguh tak terkejar. Tu belum masuk bab bercerita lagi. Dah macam LRT gayanya, berdesuppp, dengan slangnya lagi "punnggg..pangg..pungggg..pangggg..." pastu nganga hahaha!! Dek kerana tulah, memang tak banyak gambar yang sempat diambil. Tak sempat, kononnya nak fokus dengan cerita yang disampaikan oleh minah tour guide. Apa pun, memang pengalaman menariklah hehehe.

Layan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan.
Ini lokasi fav saya - Carlton Garden.

Melbourne Museum
Princess Theatre.. Kitaorang dibawa juga ke Her Majesty's Theatre yang terkenal dengan teater Les Miserable (semalam ada disiarkan di astro - boringnya *buter seni hehehe).
Tram berdekatan bangunan Parliament.
Saya dah start blurr di sini. Penat sangat sampai tak boleh nak fokud dengan apa yang disampaikan oleh tour guide.
Saya suka dengan senibina bangunan yang tak tahu nama ne hehehe. Ada satu kedai kek yang femes di sini (tengok dari luar pun dah tergoda, cantik giler...)
Street art
 Street Art lagi..
 Flinder Street yang terkenal..

Tour berakhir di Yarra River sekitar jam 5.45pm. Saya perlu ambil beg saya sebelum jam 6.30pm, lewat ambil kena penalti huhuhu. Dari Yarra River saya menapak kembali ke Melbourne Central (walhal boleh je ambil train di Flinder Station-suka benor menyusahkan diri sendiri huhuu).  Topup Myki dulu pastu terus tunggu train. Patutnya saya ambil train ke Craigieburn tapi entah macam mana, dah penat sangat, otak pun tak berapa nak berfungsi saya main belasah je. Sedar-sedar, saya tengok seat macam lain je dari train yang saya naik pagi tadi. Tanya orang errk matilah, salah train. Train ini p Sunbury. Tengok jam dah hampir 6.30pm. Habislah, memang tak sempat nak tiba sebelum 6.30pm. Saya turun di South Kengsington Station, tanya petugas untuk ke Broadmeadows Station. Berkejar ke platform sepatutnya dan 10 minit kemudian, train ke Craigieburn pun tiba. Lega.

Angan-angan nak pekena kebab di Kebab House, Broadmeadows tak kesampaian. Ngam-ngam tiba di bus stop, bus pun sampai. Satu badan dah start menggigil sebab kelaparan huhuhu. Coklat pun takde. Haih, bertabahlah. Tiba di airport, ambil bag (kena topup lagi AUD4) solat dan sebagainya dan terus ke International Departure. Happy, sebab nampak teman-teman ada di situ. Sempat alas perut dengan nasi lemak yang kawan-kawan bawa. Dalam 10.45pm, kami berlima berlepas menuju Christchurch dengan Jetstar. Perjalanan dijangka mengambil masa 3.5jam dan akan tiba di Christchurch sekitar jam 5.00am.

Hari yang panjang, rasa nak luruh tulang-temulang huhuhu..

* bersambung untuk hari baru..

You Might Also Like

9 comments

  1. amboi Ali...sabar je lah haha
    bangunan gambar no 2 dari bawah tu nama Royal Arcade. Bangunan lama yang ditukar jadi mall
    aah, ada kedai kek cantik kat situ. saya pun tengok je hehe.
    masa saya pergi ada jugak group bawak bannner2 bagai ni dekat federation square, tak tau la pulak ape yg diorang nak demo tu.. kesian zilla sampai gigil2 lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali, gatal :D rasa macam nak pagi pelempang je, tapi takutlah pula hehee..

      betullah tu dzu....masa kami lalu depan kedai kek tu punyalah panjang line nya...saya usha dari luar je...selak2 bag duit macam tak layak je nak masuk hehehe..lapar tu satu hal, tapi ada benda lain penyebab gigil tu dzu ;-)

      Delete
  2. Cantik sekali ya kak disana.... duh kak zilla dapet kenalan namanya Ali,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla, mita...tapi saya tak berapa suka suasananya..entahlah, macam tak kena dgn jiwa...Ali?? semuanya dah sejarah ;-)

      Delete
  3. Replies
    1. nana, saya dapat RM8++/return..silap sebab p satu2...walhal, boleh je dpt RM6++ kalau beli sedebukk....kawan2 saya yang lain dapat tiket RM5++, derang beli krismas tahun lepas kebetulan jetstar ada buat promo..

      Delete
  4. wlpn dh 2 kali pegi melbourne, mmg asyik terlepas je nak pegi grafity lane tu. walhal dekat je drpd flinders station tu. best kan victoria state library tu. rasa tenang je... hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestlah kot john hehehe..tak sempat pun nak pusing2 keseluruhan library tu huhuhu...

      Delete
  5. Kteorg pn join free tour ni on last day. Tour amik kol10.30pagi. Ya Allah penat nye jalan. nasib dlm grup tu de org bwk baby, so xde la nmpk lambat sgt jaln. lps je abis tour ni trus lepak kt flagstaff park. dpt la tdo 5min tu pn sbb angin tiup sempoi2 - sejuk ok, klo x sbb angin dh berjam kot tdo. balik hostel smbg tdo kt tmpt tv.

    ReplyDelete

Subscribe