Journey to heaven 2014 (Day 1 - Part I) : Melbourne ~ Edisi pengenalan

Thursday, September 11, 2014

31.08.2014 : Melbourne - Christchurch (Happy Merdeka Day!) 

Saya tiba di Tullmarine Airport tepat jam 8.35am. Perjalanan yang memakan masa 8.5jam dari Kuala Lumpur benar-benar melelahkan saya. Berhadapan dengan pihak imigresen Australia, jantung dah macam nak gugur; ketaq kepala lutut ok, janganlah ada masalah huhuhu. Saya lampirkan sekali semua doc berkaitan dalam passport saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya cuma declare hiking shoes (pastikan bersih) yang saya bawa (kalau NZ lagi teruk, hiking pole pun kena declare tau!). Risau jugalah jangan disebabkan kasut tu saya tak lepas nak masuk OZ. Perihal makanan pula, dah dibawa oleh teman-teman yang terbang sehari awal dari saya.
 
Sumber : saaustralia

Sebelum saya terus-terusan merepek, rasanya semua orang dah tahu kot nak masuk Australia kita perlu apply ETA. Untuk urusan ETA ini, Shaharul yang uruskan (tq cheq!) melalui Intan dengan harga RM20/person. Intan boleh dihubungi melalui email eta.australia@yahoo.com. Sekadar makluman, Mayflower (alvin.tan@mayflower-amex.com) pula mengenakan harga RM30/person.

***

Jarum jam melepasi 10.00am. Nampak gayanya memang tak sempat nak layan blues jiwang berkarat di Brighton Beach. Perjalanan untuk kesana pun hampir mencecah 1.5jam. Lagi pun saya dah janji dengan teman-teman untuk bertemu mereka di State Library sebelum jam 2.30pm untuk join Melbourne Walking Tours. Haih... Nak kena repeat gak gayanya ne (tapi entah bilalah tu, tiket mahal bebenor huhuhu). Oleh kerana cancel ke Brighton Beach, saya decided untuk teruskan aje perjalanan ke city tapi sebelum tu nak kena settlekan beberapa perkara....

a) backpack
Saya ada bertanya di group backpacker di FB tentang locker atau luggage drop service. Memang ada service ini cuma mereka tak sure di mana lokasinya (tq atas bantuan kalian). Godek-godek website Melbourne Airport (memang bagus website ini, very helpful), memang ada service untuk luggage dan dikendalikan oleh Baggage Storage. Lokasi service ini betul-betul di belah kiri pintu keluar arrival hall.
 
Rate/item/hour. Sumber : Melbourne Airpot

Backpack dah settle; saya simpan untuk 8 jam. Kita cari transport pula. 

b) transport
Sebelum berangkat tempohari, saya sempat google mencari info berkenaan public transport yang menghubungkan antara airport-train station-city. Rata-rata yang berkunjung ke sana mengambil skybus sebagai option untuk ke city. Dengan kos AUD18/one way dan AUD30/return, kos itu terlalu mahal buat saya. Hasil dari google-an, saya terjumpa blog milik Tesya mengenai smartbus yang menghubungkan airport ke train station terdekat. Sayangnya info yang ada memang dah lama giler, tahun 2012 (bus stop yang digunakan di T4 tu pun dah tak wujud).  Saya try dapatkan info melalui tripadvisor dan website Melbourne Airport pula. Akhirnya saya ketemu apa yang saya cari.

Apa pun, sebelum berhajat untuk menaiki public transport Myki wajib ada. Konsep Myki ini lebih kurang macam card TouchnGo jugalah. Perlu sentuh waktu naik/turun. Myki saya beli di Information Counter yang terletak berdekatan dengan Baggage Storage. Harga sekeping kad adalah AUD14 dengan nilai AUD8 didalamnya. Kalau tak nak beli di kaunter pun boleh. Ada mesin Myki bersebelahan toilet untuk membeli dan tambah nilai Myki. Cara lain, beli Myki dari driver bus.
 
Sumber :  Melbourne Airport

Direction:
Dari T2 jalan terus ke T1 (Qantas/Jetstar). Cross the road, pastu jalan sikit ke depan dan nahh bus stop (dalam seminit menapak). Di sini, boleh ambil bas no 478, 479, 500, 901 untuk ke train station berdekatan.

* Bus no 478 : stop di Essendon Station atau Moonee Ponds Station connect to Craigieburn Line
* Bus no 479 : stop at Sunbury Station or Moonee Ponds Station and connect to Sunbury Line or Craigieburn Line
* Bus no 500 & 901 : stop at Broadmeadows Station and connect to Craigieburn Line 
* Untuk smartbus (timetable, route dan sebagainya), kawan-kawan boleh check di sini -> smartbus

Kebetulan waktu saya tiba di bus stop, bus 901 aje yang ada. Memang tak tunggu lagilah, terus naik. Mula-mula risau jugalah di mana Broadmeadows Station ne tapi bila ada je pengumuman untuk setiap bus stop/station yang dilalui hati jadi lega. Rupa-rupanya ramai je yang turun di Broadmeadows Station. Tambang (dengan Myki) dari airport ke Broadmeadows adalah AUD2.30.

Dari bus stop ke Broadmeadows Station tak jauh mana pun. Jalan beberapa tapak, dah pun sampai. Untuk makluman kawan-kawan bus stop ini terletak berhadapan dengan Kebab House (bolehlah tapau untuk bekalan, satu set kebab berharga AUD6). Train station berada di sisi Kebab House cuma pintu masuknya adalah dibahagian belakang.
 

Dari sini destinasi seterusnya adalah Melbourne Central di mana State Library berada. Untuk ke Melbourne Central, saya ambil loop train di Platform 1 dengan tambang (sekali lagi guna Myki) AUD3.80 dan perjalanan ambil masa dalam 1/2jam jugalah untuk tiba. Syoknya naik/turun public transport ini sebab dapat tengok gelagat orang. Banyak je wajah Asia di Melbourne yang saya temui dalam train; ala-ala retis k-pop pun ramai (tiba-tiba rasa macam berada di Korealah pula hehehe). Cantiknya....ehhh handsomenya.. Adoiii, bersih mata kena cuci :D.
Sumber : train

Info tambahan:
- Terdapat prayer room/surau di T2. Lokasinya? Sebaik aje keluar dari arrival hall tu terus ke kanan. Nanti akan ada signboard tunjuk arah surau tu. Suraunya tidaklah sebesar mana tapi lepaslah untuk kita nak bersolat dengan selesa. Bersih pun bersih siap ada sejadah dan penunjuk arah kiblat dalam tu. Paip air pun ada untuk memudahkan kita ambil air sembahyang tanpa perlu nak berkejar ke toilet. 
- Nooodles di food court T2 menyediakan makanan halal (Insyallah, yakinkan hati). Saya tak berkesempatan nak try tempohari sebab kesuntukan masa (restoran pun dah tutup). Mungkin ada kawan-kawan yang bakal ke Melbourne boleh try makan di sini dan bagi review mengenainya.
t Essendon Station
Essendon Station
* bersambung untuk demo di hadapan State Library
** pics sendiri mmg takde..malas nak snap...
r item
up to 
4 hrs
Per item
up to 
8 hrs
Per item
up to
24 hrs
Discounts -
7+ days or
5+ items
Hand / Carry on luggage $8 $10 $12 10% Large Case / Back Pack $10 $12 $15 10% Boxes / Tools $10 $12 $15 10% Baby Car Seat / Pram $10 $12 $15 10% Keys N/A N/A $14 N/A Instrument Cases / Sporting Equipment
$14 $17 $20 10% Extra Large Items / Bikes $17 $20 $25 10% - See more at: http://melbourneairport.com.au/flight-passenger-info/aiport-facilities/luggage-services/luggage-storage-smartecarte.html#sthash.xW5avxkt.dpuf

You Might Also Like

20 comments

  1. dah tak sabar nak tunggu next entry...hahaha gelojohnya aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sabar ajelahkan?? nak siapkan entry ne pun jenuh acik smile...utk smbgannya tak taulah bila...kena cari mood dulu hehehe

      Delete
  2. oh, zila sampai melben 31 ogos lagi. saya bertolak 3 sept.
    saya memang tak fikir pun option lain utk ke CBD. ingatkan skybus hanyalah option yang ada selain taxi hehe..sebenarnya return tix utk skybus AUD30 je. jimat AUD6 kalau beli return terus.
    masa saya touchdown pun risau sgt dgn immi Oz, Alhamdulillah semuanya ok lagipun saya tak bawak makanan pun.cuma line kat kaunter immi tu sangatlah panjang huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budget sya utk OZ sgt terhad, dzu...tu yang gigih cari info cara termurah utk ke CBD selain dari skybus..saya rasa mcm tak logik pula negara semaju itu takde public bus yang menghubungkan airport dgn pusat bandar..mujurlah mmg wujud kalau tak mmg saya lepak kat airport ajelah 31hb tu sebab tak mampu utk skybus...

      Delete
  3. kalau saya sensorang tu tak tahu le mana nak cekau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawakal, cheq sue dan lagi satu jgn malu bertanya :-)

      Delete
  4. tudia, macam-macam depa check sampai kasut pun kena. ketat jugak nak masuk oz dari sini, nak selamat declare semua la jawabnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sgt masuk OZ, bertabahlah dengan semua prosedur yang dah ditetapkan hehehe...paling selamat, declare ajelah tak rugi mana pun ;-)

      Delete
  5. Wahh...detail betul ni...klaau beginilah mmg JM berani je terjah Melbourne sensorang dgan syarat print entri ni sebagai panduan..intro dah menarik...lagik..lagik!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi apa yang ada, JM..hopefully ianya membantu....

      Delete
  6. best....saya memang tak suka imgresen aussie..ketat sungguh. tak sabar tunggu entri anda selanjutnya.

    ReplyDelete
  7. Memang jauh lebih murah cara yang Zilla ambil untuk ke pusat bandar...banding dengan naik skybus tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Mie, maaf tak sempat nak reply email tempohari..Terima kasih banyak2 untuk bantuannya...saya punyalah kecut perut pasal hal Binti tu tapi sebenarnya memang takde apa2 pun..langsung derang tak tanya hehehe..kecuali utk Jetstar, derang tanya berkenaan isu Binti tu...kwan saya bgth ianya middle name, terus settle :-)

      Delete
  8. Ketatnya mau masuk sana... Baik mendaki merapi... Freeeeeee.. haha

    ReplyDelete
  9. eh eh aritu mcm terbaca pasal NZ tup tup kuar pasal melbourne hehee... xpe xpe kita baca juga...

    ReplyDelete
  10. assalam warga laikum. katanya ramai warga Malaysia p victoria kerja pungut buah. dan lagidepa kena tunjuk return ticket baru boleh benar masuk minta pencerahan pklahj.

    ReplyDelete
  11. Salam...menarik entry ni..memang immi aus ni sgt ketat n poyo..masa saya g sana 2012 dulu kitorang eksited sgt bile da sampai amik pic kat tunnel yang menghubungkan kapal terbang ngn airport..sekali dekat kaunter immi org tu da mula tanya2..siap tahan jap lepas kaunter n tanya macam2..duduk mana, purpose datang, berapa lama stay etc..bila tanya ade masalah ke?die ckp xdela ni random pick..sepanjang jalan nak amik beg pn immi2 tu mcm usha pelik dan tanya2..kitorang pelik la muke kitorang ni macam penjenayah ke?pastu bile cite ngan membe yang stadi kat sana dia pn kena gak masa mula2 datang...diorang pn amik pic masa kat tunnel tu..so kesimpulannye immi aus ni poyo dan racist gak..mentang2 la kitorang pakai tudung nak treat kitorang camtu..amik pic kat tunnel pn jadi isu gak

    ReplyDelete
  12. Bila baca sekali lagi entri ni, barulah saya paham dan dapat gambaran macam mana nak masuk cbd dari airport dgn lebih jimat..sememangnya tambang skybus mahal..dan makin mahal. last year saya beli tix return $36. (sbnrnya saya confuse kenapa org kata beli tix return harganya $30.sbb saya tgk harga yg tertera dekat papan tu $18 1 way $36 return..hmm).. tiba2 tadi rasa nak masuk lmn web tu, tgk2 skrg one way dah jad $19, return=$38! agaknya lagi setahun naik jadi $20 terus huhu. Apapun tq zilla =)

    ReplyDelete

Subscribe