Next : NTB

Tuesday, August 20, 2013

Rentetan dari entry yang saya buat pada July 2011 dan February 2013.

Kredit : Mr Google.

Alhamdulillah, cuti dah lulus pun. Permohonan keluar negara dah pun di submit semalam. Lega, settle 2 perkara dan ada beberapa perkara yang masih belum disettlekan. Takpelah, satu-persatu.

Rasa macam dah lama sungguh tak jalan-jalan (walhal baru 2 bulan tak kemana-mana). Rindu pula dengan bau-bauan di LCCT tu (huhuhu!!!). Ke mana kali ini? Biasalah, tradisi ke negara seberang masih dikekalkan hehehe. Cuma kali ini agak sedikit berbeza berbanding perjalanan sebelum ini. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya target kami kali ini adalah puncak Gunung Rinjani dan kemudiannya singgah di habitat semulajadi komodo di Pulau Rinca dan Pulau Komodo. Jadinya, atas kertas inilah yang akan berlaku, Insyallah:

Rinjani – Senggigi - Gili 3 beradik –  SADE - Kuta – Tanjung Aan – Mawun – Selong Belanak – Loang Baloq (7 orang)

Settle sunset di Loang Baloq, kami bertiga akan berangkat ke Sumbawa Barat untuk :

Pantai Maluk – Jelenga – Lawar – Rantung dan Yoyo - Tropical – Poto Tano – Pulau Kenawa – Lebo Taliwang – Lombok – Bali

Dari Bali kami berlima akan terbang pula ke Labuan Bajo untuk merealisasikan impian (konon) untuk komodo. Rencananya melalui sms kelihatan seperti ini:

Labuan Bajo – Rinca – Pantai Merah – Pulau Kalong – Pulau Komodo – Manta Point – Kanawa – Bidadari – Labuan Bajo – Bali

Sebelum berangkat ke KL, pusing-pusing Bali – tak sure lagi nak p mana. Maybe Lovina dan Nusa 2 dan beberapa tempat yang lain.

Pengangkutan
Dengan mengambil kira keadaan kami nanti, memang tak mampulah untuk menggunakan public transport sebagai pengangkutan utama. Lebih-lebih lagi di Lombok, saya tak rasa memburu public transport itu suatu perkara yang mudah. Memang mustahil kecuali saya travel sendiri. Untuk supir, semua yang saya hubungi meminta wang deposit sebagai jaminan. Masalah di pihak kami, keyakinan itu pula tiada. Macam mana tu?

Setelah difikir dan ditimbal balik, saya mengambil keputusan untuk menggunakan service Pak Aziz dari Lombokfriendly dengan deposit sebanyak Rp250,000. Oklah kot, sekurang-kurangnya tidaklah sampai 50% daripada harga asal yang perlu kami bayar nanti. Manakala untuk di Bali semuanya diuruskan oleh teman saya dan tiada sebarang deposit diperlukan oleh supir di sana.

Di Sumbawa pula kami memilih untuk menggunakan bas dan ojek. Maklumlah kami bertiga dan hanya seorang sahaja yang pandai menunggang motor. Kalau nak bertiga satu motor, macam melampaulah pula hehehe. Maybe sewa sebiji motor dan ojek sebagai guide.

Untuk Flores, jalan kaki ajelah hehehe. Err maksud saya jalan kaki keliling pekan Flores tu. Takkanlah nak jalan kaki ke pulau Komodo, kan? Sebenarnya di sini kami memilih untuk ‘live on boat’ untuk 2 hari 1 malam.

Penginapan
Memang pening nak uruskan bab penginapan. Kenapa saya begitu? Sebabnya waktu kami ke sana adalah peak season. Jadinya, budget guesthouse/hotel semua dah full. Yang tinggal majority penginapan berbintang-bintang yang membuatkan saya berpinar mata melihatkan harganya hehehe. Google sana-sini, akhirnya dapat jugalah penginapan di satu resort. Alhamdulillah, dengan saki-baki bilik yang ada mereka offer harga yang agak bertepatan dengan budget kami.

Untuk Sumbawa, kami membuat keputusan untuk camping sahaja di Pulau Kenawa. Jadinya, memang angkut khemah lah dari sini. Sebenarnya boleh aje nak sewa peralatan camping di Mataram cuma bila fikir balik, macam buang masa pula nak pergi cari dan kemudian nak hantar semula.

Makanan
Err setakat bawa jajan/coklat ajelah. Bila masa pula nak masak?

Pekena pop-mie tiap-tiap hari pun, syok apa?? Hehehe

Pakej
Untuk pakej mendaki, kami ambil pakej dari Rinjani Eco Trekking. Ini satu-satunya operator yang offer harga yang rendah berbanding operator yang lain. Apa yang bakal kami dapat, kiranya basic habislah. Tak mengapalah. Asal ada tempat untuk melepaskan lelah dan makanan. Nak mendaki aje pun. Harga, nantilah saya ceritakan. Surprise!!

Untuk LOB di Labuan Bajo, satu tip untuk mendapatkan pakej murah adalah berhubung terus dengan owner bot dan bukannya melalui travel agent. Cuma satu yang perlu kita tahu. Janganlah pula mengharapkan bot mewah. Takde maknanya. Kiranya apa yang bakal diperolehi, setimpal dengan berapa yang kita keluarkan. Rata-rata, harga untuk LOB 2D 1N adalah Rp3.5j/boat. Jadinya, dengan harga sebesar itu semakin ramai yang turut serta, semakin kuranglah budget. Kalau minta tawar, boleh dapat dalam Rp3.2j/boat. Tak banyak sangatlah tapi masih boleh dikira sebagai berbaloi. Harga ini memang dah all (makan,penginapan dan sebagainya) kecuali alatan snorkeling. Hah yang tu kena sewa sendiri. Untuk harga melalui travel agent, harga adalah sekitar Rp1.4j/person.

***
Takde apalah yang saya harapkan saat ini kecuali semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Untuk tawan puncak Rinjani, kami memang tak berani nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi sebab kami sedar ada beberapa perkara diluar kawalan kami. Ada rezeki kami, Insyallah sampailah. 

Doakan kami ;-)

You Might Also Like

38 comments

  1. berapa minggu punya rencana ni?? best nya.. tapi mana la aku nak dpt cuti lama lama cam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti takdelah sampai berminggu2 hehehe..trip ne lah salah satu sebab nape saya tak ambik cuti raya..kalau tidak, sure kena apply unpaid leave huhu

      Delete
  2. Zilla,

    Semoga selamat pergi dan balik nanti dan dapat tawan puncak Gunung Rinjani tu...hebat betul..nanti leh kongsi view gambar2 yg santek tu :-)

    Ada 11 wishlist travel 2013 dan hampir semua DONE...Syabas beteh..heeee..good planning & preparation. Bila lah leh join travel ngan Zilla kan..mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, JM..

      Travel dengan saya??jom!!!hahaha

      Delete
  3. amiiiinn.. hehe..excited nk dgr cite neh. tgk tempat cam banyak betul singgah. 2 minggu cover neh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agip, risau ne..jgnlah jadi macam Mount.K tempohari hehehe.baca review, cabaran sebenar adalah utk ke puncak; turun dan naik..haih, tak nak pikir..harap semuanya ok hahaha...

      *tak sampai pun 2 minggu hehehe

      Delete
    2. yeap...bace2 travelog/hikers nye experience, the last few hundred meters yg jadi cabaran coz the soil/gravel etc. selangkah naik, dua langkah turun.

      tape2..yg penting mental kena kuat. InsyaAllah. i tgh nebes nk trekking annapurna short trek neh. lama dh x buat keje cam neh. dgr cite beribu2 anak tangga jer. haha

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. agip, part tulah yang paling saya risau huhuhu..annapurna lagi dasat..dah start training ke ne? hehehe

      Delete
  4. teringin nak pegi lombok dan komodo gak! aritu ade riki2 harga tiket tapi alahai mahal jugakk. nampaknya kene tggu promo jela nnt.

    papepun, gudluck and have fun! gmbr msti gempakk nnt! ;)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. John, tunggu promo baru beli..budak2 ne dapat tiket tak sampai RM200/return..biasanya last minute,sure ada promo..kitaorg dah masak sgt dgn taktik AA ne hehehe..atau last option, gerak dari Bali aje hehehe..

      *TQ, John :D

      Delete
  5. serius saya xde idea kat mana rinjani ni. yang saya tahu dr route atas cuma kl, lombok, bali, lcct. hehehe.

    selamat hari raya and selamat mendaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...

      Selamat Hari Raya, AjlaA!

      Rinjani letaknya di Lombok..salah satu main attraction yang ada di sana selain dari Gili Trawangan, Air dan Meno..kalau cuaca baik, boleh nampak puncaknya dari beberapa tempat di Lombok seperti di Gili dan sebagainya..

      Delete
  6. Nanti tolong bawa balik seekor komodo ek hahahaa..( kalau jumpa )
    Insyallah di doakn mudah2han selamat pergi dan balik.. lama trip ni berminggu2.. :D
    ( tgh check google map destinasi anda.. sebab tak pernah dgr :P )

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekor je?cukup ke?hahaha..
      trima kasih, TT...berminggu2??fuhh takde maknanyalah..tak sampai pun 2 minggu tau hehehe

      *amacam dah tau mana lokasinya ;)

      Delete
  7. Zilla, jantung ni dah kencang berlari, tak reti nak berenti... mana taknya, langsung tak prepare pape.. harap2 kita semua diberi kekuatan untuk ke puncak... ameen =)

    *dpt sedut udara rinjani pun rasanya dah syukur sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..

      takpe anne, kita try our best..tenang, ok??kita prepare sama2 nanti, Insyallah...

      Delete
  8. bulan 9 nie saya pi bali.. leh tak bagi no contact supir kat sane? Thanks zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aboy, nanti saya tanya member pasal supir tu...

      Delete
    2. Thanks zilla ade terbace post zilla pasal bercuti dibali. boleh di buat panduan.. nanti tolong bg contact no kalau ada ye.. aboypunye@yahoo.com thanks

      Delete
    3. aboy, saya dah email..harap terimalah ye...

      Delete
    4. dah terima n reply... thanks zilla!

      Delete
  9. bestnya uols. i jeles tau. Zilla selamat pergi dan balik ye. jaga diri elok2 dan jangan lupa ambil gambar cantik2 sebagai bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani, zilla je ke? kikiki...

      tak pe nani, simpan jeles tu. hujung tahun ni kita dating together2 plak.. hihihi

      Delete
  10. rinjani adalah gunung berapi tertinggi ke dua di indonesia, saya pun belum pernah kesana, semoga berhasil sampai puncak :)

    ReplyDelete
  11. Bila Zilla ke Rinjani? Saya naik 5 Sept ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya awak p dululah..saya p 11 Sept..ambil pakej 3D 2N..

      Delete
  12. Dari dulu plan nak ke bali, tak sampaai2 jugak..moga dimudahkan urusan
    Zila nanti :-)

    ReplyDelete
  13. Selamat pergi selamat balik selamat mendaki juga...banyak tempat zila pegi nie jangan lupa snap cantik cantik and share dengan kitaorang kat sini :-)

    ReplyDelete
  14. Pop Mie tiap hari pun tak sehat...hati-hati, pastikan tak ada yang datang bulan saat jumpa Komodo...ia sensitif dengan bau darah...dia boleh panjat pokok, boleh berenang, boleh lari sehingga 40 km/jam...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik, boss!!hahaha

      amboi, tak payalah detail sgt ttg komodo tu hehehe..takut nanti ada yang 'tak cukup tanah' pula nanti :D

      Delete
  15. Salam zila..wah tengok header tu cantiknya tempat tu..memerlukan daya tahan fizikal mental tu nak kesana..hihi..
    Nanti share pic dan penulisan yek..best ciku nak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciku, saya dah share pun ttgnya di http://mystoriesmories.blogspot.com/2013/06/part-i-jatim-bromo-aku-datang-lagi.html

      Delete
  16. Wah mmg sgt deboom la plan ni...hehehe tang komodo island tu sgt best...teringt kenalan dari EU yang kerja di serata dunia...tp masa jumpa tu dia kerja di Indonesia...dia ckp, as diver, dia dah pi all over the world, tp antara tempat terbaik dia pnah dive adalah komodo island!tp bila sy tgk map, erk jauhnya ngn tmpt2 yg kita biasa pi...plg dkt pun bali n lombok....so terbayang pulau tu sgt sunyi, penuh ngn biawak tu je...hehehe imaginasi tak ilmiah gitu lah...hehehe tp seriusly mmg terbaiklah perjalanan ni...good luck zilla!amek gmbo cantik2...

    ReplyDelete

Subscribe