Day 8 : Penyeberangan ke Bali ~ kesabaran ku diuji

Wednesday, October 23, 2013

18.09.2013 – Lombok – Denpasar, Bali

Previous entry -> Day 7 : Sumbawa Barat (Part II)

Entry kali ini memang takde gambar. Jadinya, terserahlah samada nak membacanya atau pun tidak. 

***

Perjalanan kami hari ini bermula sekitar jam 9.30am.  Breakfast pun cuma air kotak coklat untuk mengalas perut yang dibeli di Indomart. Destinasi pertama kami hari ini adalah Lombok Guesthouse di Jl. Pariwisata untuk mengambil pakaian kami. Katanya hari ini dah ready, harapnya benarlah. Tahan cidomo, sekali bapak tu bagi harga Rp30,000. Fuhh, pitam walhal jaraknya tidaklah jauh mana pun. Sesat berkali-kali, akhirnya berjaya jugalah ketemu dengan guesthouse ini.

Urusan pakaian selesai (yeayy, akhirnya ada jugalah baju bersih hehehe) kami terus menuju ke Lember dengan menaiki teksi. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 45 minit dengan harga Rp85,000 (guna meter).

Sepanjang perjalanan, tidur.

Tiba di pintu masuk pelabuhan Lembar, tiba-tiba pintu teksi dibuka dari luar. 3 keping tiket feri dicampakkan kepada kami. Apa pula ne. Time kita tengok sibuk deal dengan driver teksi time tu jugalah calo diluar sibuk dengan kisah ferinya. Serabut kepala otak, ok!! Memang beranginlah sehebat angin yang bertiup diluar. Kalau cakap sekali, mereka ini faham ya nggak apa. Ini tidak, sekali kita buka mulut, dibalasnya berkali-kali. Hoh, suara yang awalnya slow dan semakin meninggi. Argghhh, giler wa stress!!!

Konon teksi tak boleh masuk sampai ke jeti tapi lepas calo tu campak tiket tiba-tiba pula teksi boleh masuk. Sahlah... (malas nak cakap banyak, faham-faham sendirilah).

Part paling menarik-tertarik-kebabomm, bila banyak sangat drama yang cuba dilakonkan oleh calo dan driver teksi. Cekononnya driver teksi takde wang kecil untuk pulangkan baki. Dihulurkan wang kami kepada calo dengan alasan nak tukar wang. Ok!! Best betul drama ne. Calo pula bagi arahan kepada kami (jangan main-main ok hehehe) untuk hulurkan wang selebihnya untuk tambang feri. Jadinya, driver teksi tak perlu nak pulangkan baki wang kami. Bijak!! Bijakkk!! Bijakkkkk!! Dengan driver teksi tu sekali bijakkkkk!!. Memang terkesimalah dengan lakonan derang ne dan confirm boleh menang anugerah. Kami dah terjerat (sila tepuk tangan dan kata padan muka), kami hulurkan baki wang untuk feri dengan muka yang amat kelat. Jadinya tambang feri kami tengahari itu Rp40,000/person.

Lantak ko lah!!

Memasuki ruangan penumpang feri, terasa macam berada di pasar pagi lah pula. Punyalah ramai penjual. Bangku penumpang dipenuhi oleh penjual-penjual ini berserta sekali dengan barangan jualan mereka. Kami bertiga memang tercengang dengan keadaan ini.

"wak, kita salah masuk feri ke? kenapa kita aje yang asing.."

Pusing belakang, ada satu couple bule. Fuhh, lega. Sekurang-kurangnya ada juga orang asing di situ selain kami hehehe.

Dalam 12.30pm, feri berangkat menuju ke Padang Bai, Bali dengan perjalanan mengambil masa sekitar 4-5jam bergantung kepada keadaan laut. Mujur jugalah, beberapa saat sebelum berangkat jurujual semuanya beredar dari feri. Kalau tidak tak tahulah macam mana keadaannya. Rimas, itu dah tentu. Kami mengalas perut dengan pop mie sebelum masing-masing melanyan kantuk dan zzzzzzzzzzzzz (sedar-sedar dah sampai Australia *merepeklah ne hehehe)

Buat makluman kawan-kawan, ada surau disediakan di dalam feri ini. Keadaan memang bersih dan terjaga. Telekung turut disediakan, juga dalam keadaan yang bersih.

Kami tiba di perairan berdekatan Padang Bai sekitar jam 3.++pm dan paling best feri tersadai di situ hampir 2 1/2jam tanpa sebarang pengumuman apa yang sebenarnya berlaku. Terdapat beberapa buah feri lain yang turut tersadai di situ. Bangun-tidur-bangun-tidur, feri tetap juga tak bergerak. Tiba-tiba..

“zilla, dolphin di sana..”

Wah apa lagi, macam kanak-kanak disua gula-gula memang happy sangatlah. Sekumpulan dolphin beraksi di sisi feri kami. Best-best!! Bak kata Anhar

“Rp40,000 yang kita keluarkan itu sudah termasuk pakej dolphin dan sunset..”

"hahaha, dalam sakit hati ada juga manisnya ya..."

Akhirnya, setelah sekian lama feri perlahan-lahan memasuki dermaga..

Bali, kami datang!!

Dari Padang Bai kami menaiki travel menuju bandara Ngurah Rai dengan harga Rp100,000. Serius malas dah nak fikir, gue capek!!

Sementara menunggu ketibaan Tasyha, Dot dan Zainur dari Kuala Lumpur kami melepak aje di bangku berdekatan Rest. Ayam Betutu. Layan dinner dengan McD. Bila semua dah berkumpul, macam biasalah; riuh sekampung. Yupp malam ini kami tidur di bandara aje sambil ditemani dengan nyamuk-nyamuk yang dahagakan darah manis kami hehehe.

Gud nite!

* bersambung untuk Flores.

You Might Also Like

8 comments

  1. haha...gaya bahasanya berubah..baru kali ini entry nya cukup seru untuk dibaca...:)
    anyway, jangan-jangan sarapan tu pakai air cokelat yang dingin....? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat tak boleh blah kan? hahaha..

      menulis dalam keadaan tak normal beginilah jadinya; super agresif..lantak p lah, kan? hehehe..yang penting tersampai maksudnya...air cekelat dingin? maksudnya?? tetiba2 jadi blur sekejap :D

      Delete
    2. air cokelat yang di beli di Indomaret, dalam keadaan sejuk ?

      Delete
    3. Oh ia.yg dingin itu yang t'baik hehe

      Delete
  2. Wow memang kalau berjalan tak ada drama tak best kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde drama, sendulah perjalanannya.drama tu pun satu pengalaman..

      Delete
  3. zila seru sekali perjalanan di ntb dan sekarang dibali, aaak ingin ikut
    di Indomart semua ada zila, saya pun suka beli di indomart kalau ada keperluan :D

    ReplyDelete

Subscribe