Day 10 : Taman Nasional Komodo kami tinggalkan...
Thursday, November 14, 201320.09.2013 : Taman Nasional Komodo - Labuan Bajo
Previous entry di sini -> Day 9 (Part III)
Tidur mati!! Sedar-sedar pun bila dikejutkan oleh dot untuk sunrise (tq dot).
Sambil layan sunrise, Pak Amin dan crew menyerahkan sepinggan pisang goreng kepada kami. Wallaweii, masing-masing punya perangai, hahaha! Tapi serius ok, memang sedap pisang gorengnya. Tak tahulah apa campuran yang digunakan; hajat hati nak minta resepi sampai ke sudah lupa terus huhuhu.
Sambil melayan breakfast, kami dimaklumkan perjalanan akan diteruskan ke Loh Liang, Pulau Komodo. Dari Pulau Kalong tak jauh pun, dalam 30 minit sahaja perjalanannya. Loh Liang merupakan habitat terbesar komodo ne. Saiznya pun mampu mencecah hingga 3 meter; berganda saiznya dari komodo di Loh Buaya.
Inilah Kg. Komodo. Majoriti penduduknya adalah muslim. Ada juga sekolah di sini. Jarak dari Labuan Bajo ke perkampungan ini mengambil masa 3 jam dengan menaiki 'angkot air'/bot.
Menurut ranjer yang sempat saya interview, di perkampungan ini komodo siap bersantai lagi di bawah rumah penduduk tempatan tetapi menurut beliau sehingga hari ini tiada kes lagi penduduk di serang oleh komodo termasuklah wanita tempatan yang haid. Katanya, semuanya berkait dengan mitos kewujudan/kelahiran komodo itu sendiri [boleh google untuk mitosnya, saya malas nak taip hehehe].
Akhirnya kami tiba di Loh Liang. Sayangnya atas sebab-sebab tertentu saya tidak dibenarkan untuk turun atas sebab keselamatan. Kecewa sangat-sangat. Siap pujuk Pak Amin untuk benarkan saya turun ke jeti tapi dia kata tak boleh huhuhu. Kalau tak mengenangkan nyawa memang saya belasah ajelah. Jadinya, saya layan sendu di atas bot ajelah. Mungkin melihatkan saya kebosanan, Pak Amin ajak saya berbual. Cuma cabarannya berbual dengan Pak Amin ini adalah perlu menggunakan bahasa isyarat; beliau tidak boleh bercakap - kadangkala susah jugalah nak faham apa yang cuba beliau sampaikan.
Jeti lama. Tak banyak kapal/bot yang menggunakan jeti ini kerana jeti baru telah dibina tidak jauh dari sini.
Antara komodo yang ditemui di Loh Liang. [kredit : tasyha]
Penantian memang satu penyeksaan.
Aduhhh, letih weii nak tunggu kawan bertiga tu habis trekking di Loh Liang huhuhu. Lama sungguh rasanya walaupun derang pergi tak sampai pun dalam 1 1/2 jam hehehe. Jadinya, bila semua dah pun kembali kami bergerak menuju ke Pink Island atau dikenali juga sebagai Pantai Merah. Keunikannya di sini adalah pasirnya yang berwarna pink/kemerahan. Di sinilah kami akan snorkeling tapi macam biasalah, yang turun cuma tasyha dan dot. Yang lain, lepak di kapal ajelah hehehe.
Pantai Pink. Di sini kapal atau bot tidak dibenarkan rapat ke pantai untuk memelihara coral. Untuk ke pantai option yang ada samada berenang atau pun menggunakan perkhidmatan sampan oleh penduduk tempatan. Namun waktu kami di sini sebiji sampan pun takde huhuhu. Menurut kawan berdua, coral di sini memang dah hancur dan tak berapa nak cantik dan arus juga agak kuat di sini.
Perkenalkan, inilah dot hehehe.
Kami di pantai pink cuma sejam aje. Perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Kanawa (bukan Kenawa tau). Perjalanan agak jauhlah, dalam 2 jam jugalah kot nak sampai. Di sini juga kami dibenarkan untuk turun snorkeling tetapi kali ini hanya dot saja yang turun. View di Kanawa memang sangat memukau. Chalet pun ada di sini buat siapa-siapa yang berminat untuk bermalam di sini. Perkhidmatan boat pergi/balik juga ada disediakan dari jeti pelabuhan Labuan Bajo (harga, tak tau). Sejam kami stop di sini, sempatlah layan lunch terakhir di perairan Kanawa.
Pulau Kanawa dari kejauhan.
Berangkat meninggalkan Kanawa bermakna berakhirlah 2D 1N LOB di Taman Nasional Komodo ini. Kos untuk LOB ini adalah sebanyak Rp3.5juta/bot. Jadinya, lagi ramai lagi bagus.
Kami ada semalam lagi di Labuan Bajo kerana kami akan ke Bali keesokan harinya. Tiba di jeti Labuan Bajo, kami bergerak menuju ke rumah Pak Amin dan Mama Dedeh sebelum mama membawa kami ke 2 buah guesthouse untuk mendapatkan penginapan yang murah. Akhirnya, kami memilih untuk menginap di Hotel Komodo Indah dengan harga Rp150,000 semalam. Masa untuk membersihkan diri, maklumlah dah 3 hari tak mandi hehehe. Malamnya kami berjalan-jalan sekitar pekan Labuan Bajo dengan niat nak pekena seafood tetapi sekali derang hentam harga yang sangat mencekik darah. Atas saranan mama yang menemani kami, akhirnya kami beli seafood (ikan dan sotong) dan berbq di halaman rumahnya hehehe. Kenyang perut, balik hotel dan zzzzzzzzz.
Selamat malam, Labuan Bajo
*bersambung
17 comments
Arghh tak tau nk ckp la..memang cun la tempat ni...titik!
ReplyDeletehahaha..apa lagi cheq, jom rembat tiket ke sana :D
DeleteCantiknya pantai dan lautan yang membiru tu.
ReplyDeletekalau depan mata lagi tak tau nak kata apa...serba-serbi indah..sampai tahap takde idealah nak ambil gambar macam mana lagi sebab semuanya cantik :D
DeleteSubahanallah cantiknya permandangan ni zilla, akak mohon save picture tu ye ;)
ReplyDeleteya kak, silakan :)
Deletelajunya menulis blog...ni kejar hutang dengan trip di Korea?
ReplyDeletelaju ke? bukan dah lama tergantung ke kisah labuan bajo ne? bukan nak kejar trip korea tapi kebetulan ada mood mengarang..kalau takde mood, emm silap hb sampai tahun depan pun tak tahu habis lagi ke tidak citer ttg labuan bajo ne huhuhu
Deletebetul...tatau nak ckp pe sbb cuaca cantik, air cantik, pantai cantik...mmg kena pi!
ReplyDeletebtw, komodo tu tak masuk dlm air laut ke?
biqque, kat jeti pun ada terpasang papan tanda amaran 'awas, ada buaya dalam air..". maknanya, derang memang akan masuk dalam air laut cuma saya tak tanya detail mengenainya...
Deletecantiknya..mcm nak pegi je..hehe kat mana ni
ReplyDeletetak jauh pun wak, nun di Indonesia :)
DeleteCantik nyer tempat ni.. bersih jer tengok.. tapi snorkeling tu?? tak takut ke Komodo datnag menyapa?:P
ReplyDeleteTT, komodo hanya ada di 4 pulau sahaja...di Kanawa dan Pink Beach takde komodo..di sini juga terkenal dgn dive tau..kalau sukakan sukan ini boleh cuba di sini...
Deletecantiknya pulau komodo nie....pantainya bersih, dengan laut yang membiru hasil gambar pun tersangatlah cantik
ReplyDeletepantai kanawa tu pun nampak cantik dari jauh!
Kak Zilla. jatuh saham dot. lawak la gambar duduk atas laut tuh.beriya benafas pakai google bagai padahal kat surface dah.hahahahah.
ReplyDeleteSalam...kami akan ke komodo bulan 4 ni...kalau
ReplyDeletenak kirim barang untuk mama dedeh boleh jumpa di LCCT pada 19/4 kul 2 pm