Day 2 : Part II ~ Jagalchi Market

Saturday, November 23, 2013

Sambungan dari sini Day 2 : Part I

Apa-apa hal kita makan dulu.  Menu hari ini sambal ikan bilis dan daging dendeng hasil air tangan mak tasyha. Fuhh, memang yummy ok!! Daging dendeng tu memang membantu. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya dengan pelbagai rempah ratus yang ada di dalamnya, sedikit sebanyak ianya membantu memanaskan badan kami dan perut tak kembung/masuk angin seperti biasa.

Semuanya kami bawa dari Malaysia..

Perut dah kenyang jadinya, jom p Jagalchi. 

Direction
Haeundae Station Line 2 - transfer Line 1, Seomyeoan Station - Jagalchi Station, Exit 10. Turn right onto Jagalchi 3(sam)-gil Street. Walk for 5min, then turn left to arrive at Jagalchi Market.

 
Jagalchi market

Tujuan kami ke sini sebenarnya nak cari seafood untuk dimasak dengan spaghetti tetapi bila melihatkan harga untuk setiap barangan yang dijual, memang tak mampulah. Ikan bilis pun kami tak mampu nak beli tau huhuhu. Jadinya, kami hanya jalan-jalan cuci mata ajelah..

Jom jalan-jalan..

 
Ini bukan asam keping tetapi sotong..  
 Ikan kering...
 Lobster
 Apa bendanya ne entahlah..
 Sotong gergasi; sebulan makan tak habis hihihi
 
Ini di Gwangbok-dok Cultural & Fashion Street. Boleh beli winter jacket dan sebagainya di sini dengan harga yang agak murah.

Oleh kerana frust dengan harga barangan di Jagalchi market, kami bergerak menuju ke subway station tetapi dalam perjalanan tu sempatlah singgah beli beberapa sayuran lain dari ahjuma yang berniaga di pinggir jalan dengan harga 2,000/won untuk setiap bungkus sayuran yang dijual. Singgah juga di satu supermarket (tak ingat nama) untuk beli bawang, buah-buahan dan mix seafood.

Dari Jagalchi kami ambil keputusan untuk kembali ke hostel. Masing-masing dah lembik saat ini kerana kurang rehat. Seperti biasa subway menjadi pilihan. Tiba di hostel, masing-masing ambil kesempatan untuk merehatkan diri. Sedar pun dah gelap, cancel nak ke Gwangali Beach. Prepare dinner dan sambung tidur semula. Kononnya esok nak buru sunrise di Haeundae Beach, berjaya atau tidak kita tengok ajelah nanti hehehe.

 
Spaghetti carbonara untuk dinner.

* bersambung 

You Might Also Like

10 comments

  1. Salam zilla...nekcik pun ingat nak makan kat situ..tapi mahal..lastnya kami.makam kebab jer...nekcik bli ikan masin!!

    ReplyDelete
  2. ngeri la pulak nampak sotong besar tu, mcm tak sanggup nak makan
    last picture looks so tempting!

    ReplyDelete
  3. Salam sis
    Tempat yg menarik. teringat drama korea Haeundae Lovers :)
    Harap saya dpt sampai sana satu hari nanti.
    Will wait for your next update ;)

    ReplyDelete
  4. besar2nya hasillaut kat tempat mereka...

    salam kenal dari akak..follow zilla ya..

    ReplyDelete
  5. yupp di busan..seoul-busan dgn KTX about 2 ++ hours journey...kalau by bus around 6hours

    ReplyDelete
  6. u guna which company utk sewa kete kat jeju

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.ktkumhorent.com/eng/location/cs_area.do

      moga membantu...

      Delete

Subscribe