Winter Trip : Day 5 (Part II) ~ Hwaseong Haenggung, Suwon

Saturday, March 15, 2014

Winter Trip : Day 5 (Part I) ~ Deoksugung Palace, Seoul

Dari Deoksugung Palace kami bergerak menuju ke Suwon. Last minute tukar plan, menggagau jugalah. Mana nak singgah, tu belakang cherita. Apa-apa pun kena study dulu macam mana hendak ke sana. 

Sebenarnya ada 2 cara untuk ke Suwon ini (tak melibatkan bas). Pertama menaiki subway Line 1 dan perlu tukar train di station Guro (masih line yang sama) untuk train menuju ke Sinchang. Cara kedua adalah dengan menaiki Bundang Line ke Suwon. Untuk pergi kami menggunakan cara pertama dan untuk kembali ke Seoul kami menggunakan cara kedua. Apa pun, perjalanan ke Suwon sangatlah panjang. Baik punya terlena sampai terlepas station dan perlu berpatah balik untuk ke Guro Station huhuhu.

Direction:
City Hall, Line 1 - transfer at Guro Station - Suwon Station.

Suwon Station sangatlah besar dan tersangatlah padat. Pening dan rimas. Nak keluar exit yang mana satu pun tak tahu. Semuanya bergerak mengikut gerak hati. Paling penting jangan pula terkejut bila melihat banyak sangat muka 'Asean' di sini terutamanya dari Vietnam. Dah rasa macam berada di Vietnam lah pula dan bukannya di Korea huhuhu.

Keluar dari station ini, kami terus bergerak menuju ke Information Counter. Hoh, best kat sini sebab salah seorang petugasnya boleh berbahasa Indonesia. Tapi jangan happy dulu sebab bahasa Indonesia yang digunakan memang klasik habis. "Maksudnya apa, pak..saya nggak ngerti.." (itu ajelah pun yang boleh cakap hehehe). Mujurlah ada Anhar yang bisa ngomong so dialah yang jadi tukang translate. Itu pun "pusing saya wak...macam bertutur dengan kamus bergerak Indonesia aje ne.." hehehe! Apa pun, walaupun ada jurang komunikasi di sini tetapi info yang bapak tu bagi memang sangat membantu kami.
View dari Paldal Mountain.

Direction (Hwaseong Fortress):
Bas nombor 11, 13, 36, 39. Stop di Padalmun Gate dan menapaklah sampai ke hujung (second traffic light). Hwaseong Haenggung terletak di bahagian kiri. Bayaran masuk, 1,500 won.
 
Sinpungnu (main gate of the palace)

Cuaca sangat-sangatlah baik hari ini. Syukur. Cuma yang tak tahan, sejuk beku ok!! Tangan kebas, apa pun dah tak boleh rasa huhuhu. Namun snow, tetap nggak ada.

"Haenggung means a shelter where King rested or retired from a war. Hwaseonghaenggung castle is the biggest one of these shelters; Kings used them since the Jeongjo King period. This is the temporary palace where King Jeongjo stayed at the time of Wonhaeng (long journey) and also where he held a splendid feast on Hyegyeonggung Hong, his mother's 60th birthday and more other events." [visitkorea]
 
 
Tengah syok tergedik-gedik di situ, kami dimaklumkan ada performance di hadapan Sinpungnu. Haih, apa lagi berlarilah masing-masing keluar. 

Martial Arts Performance : 11.00am dan 3.00pm.
  
  
Bila dah habis demo parang-memparang, tetak-menetak kami kembali masuk ke dalam istana (ikut pintu belakang). Mujurlah petugas tu pun dah cam muka kami (sebab asyik dok keluar masuk, maklumlah toilet di luar) so tak perlulah nak tunjuk tiket masuk - tak tau mana saya campak.

Untuk kawan-kawan yang berminat boleh try collect stamps di sekitar palace. Boleh beli paper di kaunter dengan harga 500 won dan kalau berjaya collect kesemua stamps boleh tukar dengan poskad di kaunter (katanyalah).
 
Zelkova - pokok ini dah berusia lebih 600 tahun (lebih tua dari usia palace ini). Katanya sesiapa yang berhajat di Zelkova, hajatnya akan menjadi nyata. Untuk buat hajat, ada kertas disediakan. Lepas catat hajat kita tu, lipat kecil dan ikat pada tali yang dipasang di pokok. 

Layan.
King Jeongjo's Palace - macam real je.
 Teringat drama Jewel in the Palace.
Saya suka suasana di palace ini. Mungkin kerana ruangan/bahan pameran disertakan sekali dengan info yang berkaitan dengan bahasa yang boleh difahami. Jadinya, takdelah masuk pun blur, keluar pun blur - sekurang-kurangnya kita keluar dengan info/pengetahuan berkenaan tempat ini. Selain dari itu, petugas di sini berada di merata tempat. Senang aje kalau nak bertanya dan tersangatlah peramah. Aktiviti yang disediakan di sini pun seperti mencari cop untuk stamp memang membuatkan saya happy. Mana taknya tengah bila tengok kami dok mengecop sana-sini, pengunjung yang lain pun jadi tertarik dan sama-sama turut serta dengan kami. Yang cop di passport pun ada - hentam ajelah hehehe. Owhh, tetiba saya rasa jatuh cinta dengan Suwon. Kalau ada rezeki untuk repeat, Suwon memang antara city yang akan saya singgah.

Kami tak habis pun mengelilingi palace ini kerana tak mampu nak menahan kesejukan melampau. Kononnya nak patah balik ke Seoul tetapi entah macam mana boleh terjebak pula dengan aktiviti yang seterusnya...

*bersambung.

You Might Also Like

1 comments

  1. cantiknya gambar2 dalam entry nie! rupanya ini tempat drama JITP tu yer

    ReplyDelete

Subscribe