Prosedur Kelulusan Keluar Negara
Wednesday, August 20, 2014
Alhamdulillah, cuti dah lulus. Happy? Dah tentulah. Cuma
yang tak berapa nak happy sebabnya dari total 16 hari terpaksa disingkatkan menjadi 9 hari sahaja. Rasa bersalah dengan
kawan-kawan sebenarnya sebab semua dah ready dan dalam masa yang sama tetap bersyukur sekurang-kurangnya boss sudi bagi izin untuk bercuti walaupun terpaksa adjust semua benda huhuhu.
10 hari lagi - gigil. Apa pun tak ready.
10 hari lagi - gigil. Apa pun tak ready.
****
Lupakan bab itu.
Sebagai salah seorang penjawat awam, saya tertakluk dengan
pelbagai prosedur yang perlu diambil perhatian. Perkara yang sama perlu saya
lalui untuk travel ke luar negara. Terus terang sebelum ini memang saya
buat-buat ‘nampak-tak nampak’ prosedur yang perlu saya lalui. Borang kelulusan
keluar negara tu ikut suka hati nak submit atau pun tidak. Agak-agak
lokasi/aktiviti yang dilakukan itu agak berisiko barulah nak submit form. Kalau
tak, memang p senyap-senyap, asalkan cuti dah lulus. Insiden MH370 dan MH17 memang membuka mata saya terhadap banyak perkara/benda yang saya anggap remeh sebelum ini.
Buat kawan-kawan yang bekerja dengan gomen, sure tau
mengenai Surat Pekeliling Am Bil. 3/2012 kan?? Hah, jangan pula tanya apa
benda tu - memang nak kena sekeh ;-). Malas macam mana pun, kena ambil tahu jugalah serba-sedikit Pekeliling/Surat Pekeliling dan sebagainya yang ada. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang patut/tak patut kita buat dan hak-hak kita sebagai gomen staff. Kalau tak tahu sangat pun, boleh aje tanya pakcik Google atau pun buka ajelah website JPA/JPM atau agensi-agensi yang berkaitan atau kalau dah melampau-lampau malasnya, cuba tanya kawan sebelah dan minta dia ceritakan serba-sedikit apa yang dia tahu.
Cukuplah tu membebel...
Sebenarnya Surat Pekeliling Am Bil.3/2012 adalah berkaitan dengan peraturan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian. Dalam tu ada disertakan borang permohonan untuk keluar negara. Baca dan fahami apa yang terkandung di dalamnya. Semunya dah pun disebut dengan jelas di dalamnya.
Cukuplah tu membebel...
Sebenarnya Surat Pekeliling Am Bil.3/2012 adalah berkaitan dengan peraturan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian. Dalam tu ada disertakan borang permohonan untuk keluar negara. Baca dan fahami apa yang terkandung di dalamnya. Semunya dah pun disebut dengan jelas di dalamnya.
Seterusnya untuk insuran perjalanan, boleh lihat Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/2004. Mungkin ada yang tak tahu, insuran ini hanya boleh digunakan/dipohon untuk sekali perjalanan sahaja dengan tempoh perjalanan adalah tidak melebihi 31 hari. Dengan bahasa mudahnya, insuran hanya boleh dipohon sekali sahaja dalam setahun. Untuk perjalanan seterusnya kenalah beli sendiri. Untuk insuran 'free' ini biasanya saya akan gunakan untuk perjalanan yang berisiko samada saya p ke negara-negara yang berisiko atau pun ingin melakukan perkara-perkara yang berisiko seperti panjat gunung, masuk gua dan sebagainya. Pandai-pandailah nak tentukan bila nak digunakan. Misal kata kawan-kawan ingin membatalkan/tukar date trip yang dah diluluskan dan sijil insuran pun dah ada dalam tangan, jangan senyap macam tu aje. Borang pembatalan/tukar date insuran perlu dihantar kepada admin untuk proses selanjutnya. Jangan senyap macam tu aje tau. Nanti kena denda...
Kalau di office saya ini, borang permohonan keluar negara hanya boleh disubmit ke admin yang berkenaan selepas kelulusan cuti rehat diperolehi bersama-sama dengan salinan surat kelulusan cuti dan borang insuran (jika perlu). Permohonan biasanya perlu dihantar selewatnya 2 minggu sebelum berangkat. Last minute, memang takkan dilayan. Pandai-pandailah nak menjawab kalau ada apa-apa terjadi....
Moga membantu.
Kalau di office saya ini, borang permohonan keluar negara hanya boleh disubmit ke admin yang berkenaan selepas kelulusan cuti rehat diperolehi bersama-sama dengan salinan surat kelulusan cuti dan borang insuran (jika perlu). Permohonan biasanya perlu dihantar selewatnya 2 minggu sebelum berangkat. Last minute, memang takkan dilayan. Pandai-pandailah nak menjawab kalau ada apa-apa terjadi....
Moga membantu.
29 comments
wow..macam tu ye rupanya.saya staf swasta, tak tau menda-menda gini
ReplyDeletehehehe..see bukan mudah tau jadi gomen staf ;-)
Deleteorg gomen :)
ReplyDeletebocor rehsia :D
DeleteDapat cuti 9 hari tu pun dah kira panjang... saya selama bercuti ni belum pernah lepas sepuluh hari...
ReplyDeleteEn.Mie, dapat cuti 5 hari je tapi travel 9 hari :D
DeleteZilla, gomen mmg leceh...tp aku isi jugak tiap kali kuar kec pi singapore la..hehe takut gk if anything happen kan...cuma insuran je xpnh ambil...myb lps ni kna ambil juga...
ReplyDeletebagusnya hehehe..sebelum ne mmg 'nakal' sikitlah DJ..pasne MH tu mmg insaflah..takut apa2 jadi, boss tak tau haru nanti...insuran pun wajib ambik tau..nanti saya share info utk insuran pula *itu pun kalau rajin :D
Deleteinfo yang menarik pasal insurans. tak tau plak sekali saja setahun. terima kasih
ReplyDeletemmg setahun sekali je, dyen...kemudahan dah ada kita manfaatkanlah sepenuhnya hehehe
Deletewah wah nak kemana pulak kali nie...enjoy ur trip moga balik nanti semuanya fresh :)
ReplyDeleteterima kasih, acik senyum..Insyallah akan p satu tempat...tapi nantilah saya share mana...segan nak kongsi awal2..takut tak jadi lagi...
DeleteAlhamdulillah..akhirnya cuti dah approve...JM pun kejer gomen then kalau Bab submint Borang Permohonan Ke luar Negara tu mmg dh familir sbb selagi x submit mmg tak leh keluar..nk juga try kluar senyap2 tapi x berani kecuali ke Singapore je pegi senyap.Cuma bezanya kat opis JM ni one or two month dah perlu submit. JM pun x submit lagi ni tu next entri..adus!!...Happy holiday Zilla..semoga berjalan lancar ye
ReplyDeletebudak degil macam ne lah JM..suka hati sndiri je nak buat apa..tapi percayalah tu dulu..la ne dah insaf dah..tak berani nak p diam2 ;-)
Delete*terima kasih...tak sabar nak tunggu hari itu...
selamat bercuti..
ReplyDeleteterima kasih nohas
Deletenice sharing...
ReplyDeletemoga bermanfaat, En.Khai
DeleteZilla,
ReplyDeleteSama la ngan sy yg apply utk trip yg lama atau berisiko. Tapi masalah nyaaa saya x pernah pun dpt lihat sendiri apa2 dokumen insurans saya tu walaupun saya dah submit sebulan awal.
owhh ye ke?? patutnya kad insuran tu kita perlu dapat sebelum kita berangkat tau..dalam pekliling pun ada sebut pasal ini...next time cuba syieda check dgn admin..sekurang2 blh tau status insuran syieda tu...biasanya kad insuran tu mmg saya akan bawa sekali time travel..kot2lah apa2 jadi...
Deleteselamat bercuti Zilla..
ReplyDeleteMata saya pun dah terbuka sejak insiden MAS hari tu. Sekarang ni pegi ke mana-mana memang akan pastikan dah hantar borang awal.. terima kasih Zilla sebab memberi lebih pencerahan tentang ni..
terima kasih LD..
Deletewahh, ramai rupanya 'kaki jalan' yang keje ngan gomen ekkk hehehe...saya pun hrap apa yng saya kongsikan di sini dpt membantu kawan2 yang lain...
sy awal2 dulu xtau pon kene isi. br masuk time tuh. bertuah sungguh. hahahaha. tp lepas2 tuh isi dah lah cuma part insurans tuh mcm still blur2 lagi. kene tny pada yang pakar :)
ReplyDeleteselamat bercutiiiii
apa yg blur tu Ajla?
Delete*terima kasih
slm kenal, thn ni 3 kali keluar ngara, 3 x jugak la isi form & hntr..tapi insurans pilih trip yg plg lama..hehhe..leceh sbnrnyer tp kene isi jugak incase jadi pape susah plak..klu skolah kene submit 3 bulan sebelum..
ReplyDeleteBelum pernah lagi tak isi form ni zila..cuma sekali tak lulus , sbb apply dh lambat..
ReplyDeleteselamat bercuti :)
ReplyDeleteDi tempat saya bekerja pun begitu. Peraturan ini sudah ada sejak lama dulu. Tapi penegasannya dipertingkatkan lagi baru-baru. Semuanya dibuat untuk kebaikan kedua-dua pihak ~ majikan & pekerja. Tapi setiap kali cuti luar negara saya isi borang itu.
ReplyDeleteDi Indonesia cuti hanya 12 hari setahun. Itupun masih dikurangi cuti paksa macam aidil fitri, christmas. Jadi cuti bersih hanya 7-8 hari setahun. Jadi kami harus pandai2 mengatur schedule untuk travel. Hehehe... :D
ReplyDeleteZilla, jika ada waktu luang, boleh saya minta tolong? Saya baru merubah domain blog dari www.travelholic.blogspot.com menjadi www.indratravelholic.com. Akibatnya, URL Feed juga ikut berubah. Jadi setiap ada update, tak nampak lagi di sidebar rakan2 travelblogger. Jika Zilla sedang ada waktu, boleh minta tolong update "Travel Blog" di sidebar? Caranya,
Edit Travel Blog-Add to list-Add URL ini
https://www.blogger.com/feeds/4563762881035917099/posts/default