Our Touch ~ Jom hulurkan bantuan

Tuesday, January 13, 2015

Assalamualaikum kawan-kawan,


Ini bukan iklan berbayar ya, sila jangan salah anggap. Cuma terpanggil untuk berkongsi di blog saya ini..

Our Touch, sebuah badan NGO sedang mengumpul dana sempena Winter Mission for Syrian Refugee di Jordan pada 14 hingga 19 Februari ini. Sehingga jam 9.00pm tadi, ini yang tertera di wall FB mereka:

#Stocking: 193 stokin diterima.
#Blanket: 120 selimut diterima. 

Sasaran mereka adalah sebanyak 1000 pasang stokin dan blanket untuk di bawa ke sana. Bila tengok jumlah tu, masih jauh lagikan? Jadinya kawan-kawan jom kita sama-sama hulurkan bantuan, membantu mana yang termampu. Pada mereka yang berminat atau perlukan maklumat selanjutnya bolehlah singgah di FB Our Touch atau pun ke website mereka www.ourtouch.org.
 
Terima kasih.

You Might Also Like

3 comments

Subscribe