Thailand 2014 : Day 4 (Part I) ~ Pendakian ke puncak Phu Kradueng, Loei

Monday, January 26, 2015

23.12.2014 : Loei - Phu Kradueng National Park



Entry kali ini sangat panjang dan banyak gambar. Malas nak buat drama bersiri banyak sangat hehehe

****

"Welcome to the coolest place in Thailand" - jangan terkejut bila terlihat ayat ini di terminal bas Loei hehehe.

Kalau di pekan Loei ini pun dah sejuk beku sampai ketulang, macam manalah keadaannya nanti di Phu Kradueng. Risau tak mampu nak bertahan, saya cuma bawa sehelai sahaja long john dan sweater huhu.

4.00am, kami dah bangun untuk bersiap. Kami dah maklumkan pada John untuk hantar kami ke terminal bas jam 5.15am tapi biasalah, dari 5.15am menjadi 5.30am hehehe. Kali ini kami cuma bawa apa yang perlu sahaja, selebihnya kami tinggalkan di guesthouse. Ngam-ngamlah tiba di terminal bas, kami berjaya membeli tiket untuk bas yang akan bergerak menuju ke Khon Kaen jam 5.45am.
 Bas ke Pha Nok Kao

Direction ke Phu Kradueng
Tiada direct bas menuju Phu Kradueng. Dari Loei, ambil bas menuju ke Khon Kaen dengan tambang 56baht dan turun di Pha Nok Kao. Maklumkan pada konduktor bas, kawan-kawan ingin ke Phu Kradueng. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5jam. Bila bas mula memasuki Pha Nok Kao, konduktor akan maklumkan dan minta kita bersedia untuk turun. Dari Pha Nok Kao ambil songthaew terus ke Phu Kradueng Visitor Center dengan tambang 30baht dengan perjalanan lebih kurang 15minit sahaja. 

Sebagai tambahan, bas terawal dari Loei ke Khon Kaen via Pha Nok Kao adalah jam 3.30am. 
 Pha Nok Kao - disinilah bas akan berhenti untuk penumpang yang berhajat ke Phu Kradueng
 Stesen songthaew yang akan bawa pengunjung ke Phu Kradueng. Biasanya mereka akan tunggu sampai penuh baru bergerak ke visitor center.

Kami tiba di Pha Nok Khao sekitar jam 7.30am. Wahh, sejuk sangat; bercakap siap keluar asap tu!hehehe *teruja! Kami tunggu di sini dalam 15 minit jugalah untuk songthaew. Biasalah, tak penuh mana nak jalan; rugi.
Anak panah putih, itulah Phu Kradueng. Istimewanya gunung ini, puncaknya rata meliputi kawasan seluas 60km. 

Apa yang ada perlu tahu mengenai Phu Kradueng National Park
a) Trek hanya dibuka kepada pendaki dari jam 8.30am hingga 2.00pm sahaja tidak kiralah samada mahu naik/turun ke/dari puncak. Melepasi 2.00pm, trek akan ditutup kepada kecuali kepada pendaki yang sedang melakukan pendakian ke/turun dari puncak.
b) Kos :
     - Bayaran masuk untuk international : 400baht (kami dioffer dengan harga local, 200baht)
     - Sewa khemah (untuk 3 orang) : 225baht/night
     - Mattress/rubber mat : 20baht/night
     - Sleeping bag : 30baht/night
     - Porter : 30baht manakala untuk setiap 1kg yang dibawa, upah 250baht perlu dibayar terus ke porter
b) Tidak dibenarkan memasak atau menyalakan api di puncak
c) Trek untuk ke puncak berjarak 5.5km (3j - 5j) manakala dari puncak ke tapak khemah, 3km. 
d) Terdapat juga banglo dan dorm serta kedai makan di puncak.
e) Phu Kradeung ditutup kepada semua pada musim hujan. Untuk 2015 iaitu ditutup mulai 1/6/2015 - 30/9/2015

Kami tiba di visitor center dalam 7.++am jugalah. Mujurlah ada petugas yang boleh berbahasa Inggeris. Itu pun, info yang diberikan bercanggah dengan petugas di kaunter bayaran. Pening ok huhuhu. Apa-apa hal pun, kita settlekan dulu semua bayaran. Untuk sewa khemah, sleeping bag, mattress mahupun banglo semuanya perlu disettlekan bayarannya di sini terlebih dahulu. Resit akan diberikan, sila simpan baik-baik. Hilang resit, jangan haraplah nak dapat khemah dan barangan lain yang disewa dipuncak nantinya.
 Kaunter bayaran

Oleh kerana kami tidak berhajat untuk menggunakan perkhidmatan porter, barangan yang ada perlu dibahagikan sama rata. Baru adil dan saksama gitu! Dalam jam 9.++am, dengan lafaz "Bismillah", pendakian dimulakan.
 Tengok treknya, nangis! Mendaki dan terus mendaki kecuali trek di antara Sam Haek dan Sam Bon trek agak mendatar.
Perlu mendaftar di sini sebelum dan selepas pendakian. Tiket masuk juga diperiksa di sini. Mujurlah tak kantoi dengan tiket local yang ada di tangan kami.

Sejujurnya, kami tak sangka treknya menguji fizikal dan mental (pastinya!). Maklumlah waktu kami menyusun itinerary kami langsung tak dapat info berkaitan tempat ini. Kalau ada pun majoriti gambar-gambar di puncaknya sahaja yang begitu menggoda jiwa. 
 
Trek awal

Trek di sini sangat bersih. Saya memang salute cara mereka selenggara taman negara ini. Sampah, memang susah nak jumpa. Yang ada, cuma daun-daun kering kerana musim kemarau di utara Thailand. Dari awal trek terdiri dari hutan buluh. Cantik sangatlah sebab makin ke atas, semakin kekuningan warna hutan buluh dan pohon-pohon lain yang ada. Cantik sangat. Rasa macam autumn lah pula. Selain perlu melalui hutan buluh, treknya juga dipenuhi batuan gergasi yang kadangkala kena lebih hati-hati sebab takut tergelincir. Terdapat juga anak tangga dibina dari batuan untuk memudahkan pendaki tapi tak sanggup dengan laluan ini, risau lutut akan bermasalah nanti. 
 
Caiyokkkk!!
Kuning...
Sini best sebab rata hehehe
Porter yang hebat - tong gas tu dia pikul huhuhu
Toilet juga mudah ditemui di sepanjang trek.

Kami berlima bergerak bersama-sama, sesekali berpecah dan akan berkumpul semula di pos berikutnya. Sewaktu di Sam Kor Sang, salah seorang dari kami mengalami kekejangan otot di betis kanan. Risau dengan keadaanya, perjalanan masih jauh. Nak patah balik pun masalah juga sebab jauh. Kami bergilir urut beliau agar semuanya akan baik-baik aja. Namun, secara tiba-tiba En.AB memberi cadangan dan arahan untuk saya bergerak dahulu ke puncak bersamanya untuk cop khemah dan sebagainya. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan yang lain sebabnya saya takut keadaan semakin memburuk. Tapi bila kawan-kawan yang lain menyokong idea En.AB, nak tak nak saya perlu bergerak dahulu. En.AB sendiri memberi jaminan akan berpatah semula selepas pastikan saya selamat sampai di puncak. Sebelum kami berdua bergerak ke puncak, kami capai apa yang boleh untuk kurangkan beban beliau. Apa pun moga beliau baik-baik aja dan kuatkan semangat hingga berjaya sampai ke puncak huhuhu.
Salah satu pos yang ada; bolehlah nak cari stok minuman dan buah2an di sini (itu aje pun yang boleh dimakan)

Mulanya memang saya bergerak di belakang En.AB tapi saya tak tahu macam mana beliau boleh terkebelakangan dan tinggal saya bergerak sendiri. Saya tak berapa nak risau mengenai keupayaan En.AB. Apa yang ada dalam fikiran saya, kawan-kawan bertiga yang jauh dibelakang; apalah nasib mereka huhuhu. Saya terus berjalan, cuma sesekali berhenti sekejap untuk lepaskan lelah. Sekitar jam 12.45pm, saya tiba di puncak Phu Kradueng. Memang saya menangis saat ini. Seksaan 1.3km sebelum tiba ke puncak benar-benar menguji diri.
Hanya bertembung dengan tahi gajah aje *busuk gilerrr
 Takde pilihan, mau atau tidak perlu daki anak tangga ini
 Langkah terakhir sebelum tiba di puncak.
Akhirnya tiba juga di puncak Phu Kradueng yang berketinggian 4318ft dari paras laut

Setelah bergambar, saya mencari En.AB yang masih tak tahu di mana lokasinya. Mujur tak lama lepas itu, beliau tiba di puncak. Kami tercari-cari tapak khemah, sekali tengok petunjuk arah kami ada 3km lagi untuk tiba di situ.

Gilerrrr!!!

3km tu bukannya dekat. Rasa happy tiba-tiba terasa direntap sebab trek belum berakhir. Dalam hati memang dok meroyan tak tentu arah; membebel sorang diri. Oleh kerana sibuk dok layan emosi, saya menonong sendiri. Sedar-sedar, pusing belaka bayang En. AB dah tak kelihatan. 

Tak sanggup nak patah balik. Trek di puncak berpasir halus ok! Dah macam berada di tepi pantai lah pula. Dengan panas teriknya, saya tak tahu nak cerita macam mana. Sampai satu peringkat saya jatuh terduduk dan menangis. Separuh badan saya mengalami kekejangan. Nak angkat tangan untuk tanggalkan beg pun sakit bukan main. Ini pertama kali saya berhadapan dengan situasi begini. Waktu tu memang terfikir "aku kena strok ke?".  Sedang dok melayan emosi, tiba-tiba lalu seorang porter. Dialah yang bantu saya. Beg yang super berat dia ambil dan masukkan dalam trolinya. Alhamdulillah, lepas seketika badan saya kembali ok dan saya dipelawa untuk berjalan bersamanya.
Trek menuju tapak perkhemahan; di kiri-kanan adalah hutan pokok pine.
 Hutan pine
Boleh buat istana pasir kat sini huhuhu

Akhirnya, setelah 1.5j menapak saya tiba di tapak perkhemahan. Tak lama selepas itu, En.AB pun tiba dan kami bersama-sama memilih khemah yang bersesuaian, ambil mattress dan sleeping bag dan persiapkan khemah untuk kawan-kawan yang bakal tiba. En.AB pula walaupun keletihan, nak tak nak perlu berpatah balik untuk dapatkan kawan-kawan yang tidak tahu di mana lokasi mereka. Terima kasih En.AB kerana sanggup susah payah demi kawan-kawan yang lain. Sayangnya, beliau tidak dibenarkan turun kerana waktu sudah melepasi jam 2.00pm.

Info tambahan:
Thailand National Park : National Park
Untuk jenis-jenis penginapan dan booking online penginapan di national park sekitar Thai : Reserve

*bersambung

You Might Also Like

25 comments

  1. Zilla ko nangis ke ? Nape tak ckp, diam je, aku ingat cuma penat je ....tapi sya rasa bangga ,happy & puas dpt melepasi nya....rasa mcm nak cari cabaran yg setaraf or lebih lgi....thanks zilla bgi sya join trip ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan lah saya nak ckp saya nanges, en.alias hehehe...cbaran yang setaraf? err nak try apa tu? hehehe apa pun gud luck ya en.alias...jgn takut nak travel sorang, u can do it!

      Delete
  2. Replies
    1. cabaran yang berbeza..mgkn sebab kami tak sedia dari segi mental kot huhuhu

      Delete
  3. Night mare!!! Tp bila terbayang sunrise terrubat sikit mimpi ngeri tu. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..

      nani, pasne kalau plan nak tgk sunrise atau sunset di balik bukit/gunung kita kena check betul2lah trek dia macam mana...jgn nak main redah je mcm phu kradueng ne hahaha...saya sendiri pun, cukuplah sekali wpun dok ngigau nak tgk waterfall yang ada di situ..

      Delete
  4. mencabar trek..mmg kena physical &mentallly prepare klu nak g sini.huhu

    ReplyDelete
  5. mencabar! salute sama zilla & team
    achik smile baca ni pun rasa suspen...tak sabar nak baca next entry untuk tahu mcm mana keadaan kawan yg kaki cramp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih acik smile..

      teruk juga keadaan dia tapi mungkin semangat dia kuat, sampai juga ke puncak...

      Delete
  6. Saya yang hanya baca saya terasa ikutan cape...Mbak Zilla. Apalagi kalau ikut mendaki sekalian..huuhhh.. tak terbayangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cape? nak tahu cape atau tidak, try dulu mas gunadi hehe.belum cuba, belum tahu ;-)

      Delete
  7. Treck ni mmg sgt mencabar..Zilla boleh reach di puncak jam 12.45 kira hebat tau, JM lak sampai di puncak pastu terkejut perlu jalan lagi 3 km ke tapak perkhemahan dalam hati geram jgk ingatkan dah sampai akhirnya 5.30 ptg sampai d tapak perkhemahan dari jam 9.00 pagi mendaki

    Ia satu pengalaman yang x dpt di lupakan dan jika di tanya nak daki lagi tak? jawapan nya cukuplah sekali utk dapat pengalaman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, tak kisah kot pukul berapa sampai..yang penting semuanya berjaya sampai ke puncak dengan selamat...cuma part 3km terakhir tu mmg sgt menyakitkan hati hehehe..geram kan?? hehehe

      hahaha..semua serik nak naik phu kradueng lagi..

      Delete
  8. Ya Allah...klu N ni, give up dah, xyh lpeas kaunter awal2 tu pun..hehe..alhamdulillah sampai dgn selamat ke puncak.cantik pemndangan jalannye..dekat atas esti lg cantik kan, tu yg org sanggup mendaki tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann, sebab sunrise kat atas tu ler kami nekad nak teruskan juga perjalanan wpun tak larat sgt dah huhuhu...apa pun, dgn pemandangan yang kami saksikan, rasanya berbaloi kot..

      Delete
  9. syabas! kagum ngn zilla sempat juga masukkan aktivit mendaki. view sangat cantikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ajla...kalau ke thai lagi, sila singgah di sini pula ya ;-)

      Delete
    2. in sha ALLAH. rasanya dah jatuh cinta jugak dengan thailand slowly. hee

      Delete
    3. wahhhh?!! hahaha.

      takpe ajla, satu-persatu..thai pun syok kan?

      Delete
  10. fuhh!! gigih korang tak ambik porter. kalau saya lah, awal2 lagi dah serah segala barang kat porter, tak sanggup... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, ada sebab kenapa kitaorg tak ambil porter....bukan kes nak jimat ke apa tapi kami yakin mampu pikul barangan yang ada tanpa bantuan porter..lagipun, kami cuma bawa brgan yg perlu je...berat tu tk seberapa sgt tapi bila dah ada yg injured, kami kena berbahagi bebanan utk kurangkan bebanan kwn yg injured..tu yg baru trasa mengahnya sebab bebanan masing2 dah semakin brtambah...

      Delete

Subscribe