Tips memilih kamera
Monday, March 16, 2015
Ehemm, saya tak pasti samada saya layak atau pun tidak untuk bercakap mengenai kamera.
***
***
Saya sering diajukan soalan berhubung kamera apa yang saya gunakan. Ada juga yang rajin email saya bertanyakan mana kamera terbaik untuk dimiliki (terima kasih untuk email tersebut). Terus terang, kadangkala saya mati akal untuk memberikan jawapan. Risau, info yang saya kongsikan itu kurang tepat.
Sebagai pengguna DSLR dan compact camera, pada saya kualiti gambar dari DSLR memang terbaik. Cuma yang tak laratnya, berat. Itu belum nak angkut aksesori tambahan seperti tripod, filter, lensa tambahan dan sebagainya. Tak sanggup! Oleh kerana saya ambil gambar hanya untuk tatapan sendiri dan dikongsi diblog yang tak seberapa ini, memadailah dengan kit lens sahaja (18-105mm). Tripod dan filter (biasanya saya bawa ND filter +10 sahaja) saya hanya akan bawa bergantung kepada lokasi dan aktiviti yang bakal saya lakukan. Lain-lain, memang saya takkan bawa (takde pun sebenarnya..).
Kembali ke cerita asal, kamera mana yang terbaik untuk travel? Emm, termenung saya dibuatnya. Tak berani nak kata mana yang terbaik sebab pada saya lain skill dan citarasa kita semua berbeza. Apa pun, ini antara tips yang boleh saya kongsikan.

a) tanya diri, apa yang diingini
Kalau nak disebut perihal kamera, macam-macam kamera yang ada di pasaran, kan? Compact camera, polaraid, lomo, DSLR, GO Pro (trend masa kini) dan sebagainya, semuanya ada. Kalau ikutkan hati, semua kita nak borong, betul tak? Tinggal lagi "tepuk dada, tanya hati je mana yang berkenan". Namun sebelum kita borong semua kamera yang ada, cuba tanya diri adakah kita benar-benar memerlukan kamera tersebut atau satu hari nanti kamera tersebut akan menjadi tukun di dalam beg atau dry box.
Kita tak perlu nak terlalu ikut dengan trend semasa. Tanya diri apa yang kita nak cari sebenarnya dan atas tujuan apa. Kadangkala kamera hebat juga belum tentu mampu hasilkan gambar yang baik. Pokok pangkalnya memang akan kembali kepada diri kita sendiri.
b) baca review/buat suvery
Biasanya kalau dah aim satu-satu kamera, kena rajin baca review mengenainya supaya kita tidak silap membuat keputusan. Hasil "kerastangan'' orang lain belum tentu sama dengan hasil "keras tangan" kita. Kadangkala compact camera yang orang sangka simple tu pun boleh jadi complicated cara penggunaannya. Jadinya, buat research sebanyak mungkin. Listkan apa kebaikan dan keburukan kamera yang dihajati dan buat perbandingan mana yang terbaik.
c)Pegang dan belai
Jangan ingat manusia je suka dibelai. Kamera pun perlu dibelai-belai tau ;-)
Ok, jangan salah anggap ya dengan ayat saya tu. Apa yang saya maksudkan di sini, pergi kedai, pegang dan bermain-mainlah dengan kamera tersebut sebelum nekad untuk memilikinya. Bermain-mainlah dengan pelbagai fungsi yang ada, tengok mana yang serasi/selesa dengan fungsi yang ada itulah yang kawan-kawan patut miliki.
Nak beli kamera ne tak boleh terlalu ikut sangat rekeman orang. Terus terang, kalau kawan tanya pada pengguna Nikon pasti mereka memberi saranan Nikon adalah yang terbaik berbanding kamera lain. Begitu juga kalau ditanya pada pengguna Canon, Samsung dan sebagainya; brand masing-masinglah yang terbaik. Paling senang nak buat keputusan, pergi aje mana-mana kedai kamera dan bermainlah dengan pelbagai kamera yang dipaparkan. InsyaAllah, selepas dari itu kawan-kawan pasti tahu mana kamera terbaik yang kena dengan kehendak kawan-kawan.
d) tanya poket, berapa tebal isi dalamnya
Maksud saya, $$$$. Makin tebal $$$, bolehlah cari kamera yang lebih bagus.
Moga perkongsian ini membantu. Kalau rajin nanti saya tambah lagi tips yang ada ;-)

24 comments
Kelas photog tanak buat ke zilla?
ReplyDeleteSy gheti pakai auto je nih...
mmg takan buatlah nil..gambar sendiri pun ke laut ada hati nak buat kelas :D
Deleteauto pun, gambar ttp kebabom kan? ;-)
Kadangkala kamera hebat juga belum tentu mampu hasilkan gambar yang baik. Pokok pangkalnya memang akan kembali kepada diri kita sendiri.
ReplyDeleteEnough said Zilla.
setuju sgt...masa p kelas Norizam Sabran pun dia ckp benda yang sama..prinsipnya tetap sama, diri sendiri...
DeleteSuka tengok gambar yg cantik dan terang tapi malas yg nak kna adjust adjust ni..he..he
ReplyDeletehahaha..
Deletesaya paham nekcik..saya pun macam tu jugalah, kadangkala hehehe
hehe. good info. macam nak kena cari kamera juga ni. sebab hp punya memori limited. kiki
ReplyDeletehp hebat takpe Ajla...saya ne hp pun cap ayam, hasilnya mmg rasa mcm nak hempas hp ke dinding hehee..jadinya, saya lebih suka angkut kamera dari guna hp *sedar diri kononnya :D
DeleteSaya pernah pegang jer DSLR...memang berat la...hehehehe. Saya teringin camera compact yang boleh hang kat leher tu..
ReplyDeletela ne zila, macam2 jenis kamera mirrorless yang ada di pasaran..saya TERINGIN nak pakai Fujifilm X-M1(bodynya nampak smart gegehe)..tapi ongkosnya nan ado ;-)
Deleteachik smile taktau mcm mana nak cari camera..main beli jer
ReplyDeletepastu set auto terus tu jer yang reti hehehe
acik smile, tak kisahlah apa pun jenis kamera yang penting di sini kita perlu faham fungsi kamera kita tu...
DeleteSetuju sangat dengan entry ni..
ReplyDeleteterima kasih, Na
Deletemakin bagus kamera makin ribet menggunakannya kan Mbak Zilla. perlu skill. bagi saya yg hanya tahu klik saja, memang hanya cocok pakai kamera digital otomatis yg murahan saja mbak Zilla. kualitas gambar memang kurang bagus. asal ada
ReplyDeleteyupp..sebab tu kita perlu belajar mas untuk mantapkan skill biar apa yang kita laburkan mampu beri hasil terbaik...
Deletesebut pasal gambar, ianya terlalu subjektif..maksud saya, bergantung pada mata yang memandang..kadangkala kita rasa gambar yang kita hasilkan kurang bagus tapi dimata org lain, ianya bagus..
Nice entry dear...
ReplyDeleteSaya bila travel akan bawa compact dan dslr...
Dan juga guna camera phone jer...
Compact kamera/phone utk klik sana sini..
Dslr utk suasana yang lebih bersedia... especially utk snap pic anak2 yang berlari sana sana... dslr yg terbaik sbb speed shutter yg tinggi, maka gambar pun tak blur :)
terima kasih, nur...saya compact camera mmg jarang bawa..kalau bawa pun jarang guna sebab manjang terlupa hehehe
Deleteaku pun dah simpan masuk peti dslr aku ... tak larat dah nak angkut.. skang pakai mirrorless saje ... takpe la gambar so2.. setakat utk tatapan diri sendiri jer
ReplyDeleteaku setuju part tatapan diri sendiri tu hehehe..aku ne pula cuma tinggal D90 tu aje azra..kamera yang lain, memang dah jahanam..ixus tu pula mmg sat2 prob sampai aku dah tak larat nak p repair huhuhu
DeleteDefinitely agree dengan Zilla yang tak perlulah memilik camera tue berdasarkan pada trend semasa. Lazimnya, apa yang dapat tengok skrang ni, ramai memiliki SLR tanpa tahu apa fungsi, kelebihan dan kekurangan model yang dimiliki. Ada yang ingat semua SLR fungsinya sama. Saya dan suami dahulunya pengguna tegar SLR yang sering mintak tunjuk ajar dan google tentang tutorial yang ada internet e.g. macam mana nak dapatkan gambar slow shutter dan sbgnya. Tapi bila dah mula dan suka travelling, kami bertukar menggunakan compact camera yang mempunyai semi function SLR. Lebih mudah rasanya bagi kami. Tapi saya kadang kadang terpikir jugak, sometimes, it's not because of the camera itself, kadang2 the hands behind it yang dpt menghasilkan compo yang bagus. Terpulang pada individual and creativity, I guess.
ReplyDeletePersonally, sehingga kami, masih kagum dgn gambar2 slow shutter Zilla dan koleksi2 sunset juga.
zara,
Deletetak kisah apa pun kamera yang penting kita selesa itu pada saya dah memadai..gambar tu pula bergantung pada inividu itu sendiri..kalau pandai cari angle, guna kamera biasa pun gambar akan nampak cantik..saya percaya, hubungan antara individu dan kamera itu sendiri mmg memainkan peranan yang penting bagi hasilkan gambar yang menarik...
terima kasih byk2 zara untuk pujian itu..byk lagi kot yang kena beljar ...
Tip ini sangat membantu Zila...dek kerana diri sendiri x mahir dalam bab ambil gambar, take pic dalam angle yg betul so bagi org seperti JM ni cukup camera di phone or Tab je...ye lah bak kata Zila..kalau kamera mahal belum tentu gambar cantik jika x de skill...tapi yg pasti gambar dari lensa kamara Zila mmg CANTIK dan puas hati. JM ada skodeng your style semasa take pic di Thailand dulu..mmg ada seni dan skill
ReplyDeleteterima kasih JM..gambar saya biasa2 aje pun...skill tu kita boleh cari JM..cuma rajin dgn tidak je...apa pun tak kisahlah apa jenis kemra yg kita gunakan, yng penting kita puas hati dgn hasil air tangan sendiri...betul tak? ;-)
Delete