Mynmar 2015 : Day 6 ~ JJCM di Yangon

Saturday, June 27, 2015


Kami tiba di Aung Mingalar dalam 4.++am, 2jam awal dari yang dijadualkan. Dengan mamai-mamai tu dikerumuni pula oleh calo-calo teksi memang naik anginlah memasing lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan untuk ke pusat bandar tersangatlah mencekik darah. Jenuh minta harga USD9 tapi tak dapat pun, paling murah USD10. Serabut sangat diekori akhirnya kami setuju dengan harga tersebut. 

Kami tiba di Agga Youth Hostel dalam 5.++am. Ini lagi haru, pintu masuk siap bermangga bagi. Ketuk pun takde siapa yang layan. Lama juga kot kami duduk depan pintu tu barulah ada yang datang buka pintu. Itu pun sebab ada customer yang nak check out. Hampehlah! Untuk Agga Hostel ini kami book dari website AirAsiaGo. Ingatkan boleh check in awal tapi sayangnya bilik full. Kami perlu menunggu hampir 3.5jam sebelum bilik ready sepenuhnya. 

Plan hari ini memang macam-macamlah tapi seorang demi seorang tumbang; tak sihat. Kami ambil keputusan untuk rehat ajelah dalam bilik. Dalam 2.00pm barulah kami keluar untuk cari makan. Mula-mula ingat nak singgah Lotte untuk pekena shrimp burger tapi nantilah, kami masuk Chatime dulu. Rindunya nak pekena bubble tea.
Chatime - Pearl Milk Tea berharga 12,000kyat

Dari Chatime ne kami menapak ke Nilar Briyani. Hari-hari terakhir ne memang takde nak masak-masak. Di Yangon, InsyaAllah takkan ada masalah bab makanan halal ne sebabnya di sekitar Mogul Road dan 130th Street, Mingalar Townyunt Township. Komuniti muslim pun banyak berkeliaran di kawasan ini. Pasar di sekitar ini kawasan ini pun banyak penjajanya terdiri dari komuniti muslim, kiranya memang agak memudahkanlah. Jadinya, saya tak tahu kenapa orang kata Yangon ini tak selamat untuk kita, yang muslim ini. 
 Nilar Briyani. Berdekatan dengannya adalah Innwa Cold Drinks & Confectionary
Menu di Nilar Briyani; murahlah kalau ikutkan dengan size hidangan.
Briyani ayam berharga 2,100 kyat.

Tekak saya ne memang tak cerewet. Kadangkala yang mana orang kata sedap, pada saya dah sedap sangat dah. Tapi di Nilar ni, lain pula keadaannya. Tekak saya memang tak boleh nak terima briyani nya. Nasinya terlalu berminyak sampai melekat di lelangit. Memang saya tak boleh nak terima langsung. Makan pun sekadar untuk mengalas perut. Nasiblah berkongsi kalau satu hidangan setiap orang memang membazir sangatlah. Oleh kerana perut tak berapa nak kenyang dan tekak pun masih nak makan sesuatu, saya ajak mereka mencari kedai seafood di Inya Lake seperti yang disarankan oleh Emy Tak Kecik..

Oleh kerana tak dapat info yang betul-betuk tepat mengenai kedudukan restoran tersebut dari Emy, memang agak payah jugalah. Saya cuma print gambar restoran tersebut dan serahkan pada pemandu teksi. Drama bermula antara kami dengan pemandu teksi tu. Tak sangka pula, pasal nak cari makan kami kena tipu dengan pemandu teksi tersebut dan ditinggalkan di pinggir jalan. Paling saya tak boleh nak lupa saat dia naikkan tangan dan tunjukkan jari telunjuknya ke muka saya dan marah-marah dalam bahasanya. Maaflah, memang naik darah saya. Tak pernah kot saya beraksi melampau macam tu kat tempat orang tapi pada saya pemandu teksi itu memang perlu diajar untuk hormat orang. Oleh kerana itu, melayang USD10 huhuhu.

Nasib jugalah pemandu teksi itu berhentikan kami berdekatan dengan satu restoran yang tak tahulah kat mana. Yang pasti memang agak jauh dari pusat bandar. Kami tunjukkan gambar restoran seafood tersebut pada pelayan tersebut dan Alhamdulillah, kami dapat info yang diinginkan. Budak tu tahu mana lokasi restoran tersebut dan letaknya memang di Inya Lake. Beliau berikan kami alamat sebenar restoran tersebut dan kami terpaksa cari teksi semula dan berpatah balik ke Inya Lake. Tambang hanya 2,500 kyat sahaja dan pemandu teksi tersebut menggunakan meter. Alhamdulillah, dalam sakit hatinya tetap ada manisnya. Kebetulan pulalah pakcik tu penah datang ke Malaysia so memang panjang kami bercerita sepanjang perjalanan kembali ke Inya Lake.
Alamat restoran seafood di Inya Lake yang dibulatkan dengan pen biru tu.
Layan sunset dari dalam teksi je, sedih!!

Hari memang dah hampir gelap waktu kami tiba di Inya Lake. Frust sebab tak sempat nak layan sunset di sini. Kami lepak dulu kat tasik, bercerita dan bergelak ketawa di situ. Bila dah puas barulah kami bergerak menuju restoran tersebut. Apa yang pasti, memang ramai giler pelanggannya. 
Terima kasih sebab rekeman restoran ne.

Dah duduk apa lagi, terus capai menu dan order. Apa yang kami order adalah berdasarkan rekeman Emy; ialah nak gak rasa betul ke sedap macam yang dikatakan. Apa pun, service kat sini memang terbaik. Laju giler kot. Tak sempat pun nak melangut, order dah pun sampai.
 Tak tahulah apa namanya. Yang pasti dah macam meehon sup cuma ditambah telur dan sos ikan. Rasa, memang terbaik. Sedap giler!
 Yang ini pula ala-ala putu piring tapi sedap lagi versi kita hehehe
Winner of the nigh - seafood goreng tepung. Sedap dia sampai rasa macam nak jilat pinggan tu *punyalah tak senonoh perangai hehehe

Sebenarnya, macam-macam kami order. Cuma tak terambil gambar je, makan lebih syok. Cuma satu pesanan, kalau dalam menu tu tulis spicy hati-hatilah ye. Dia punya pedas, tahap tak boleh nak telan. Terbakar mulut. Kecuali kalau memang tahan pedas bolehlah try. Kalau nak order pun, bolehlah kot minta mereka kurangkan tahap kepedasan tu (itu pun kalau mereka faham hehehe). Apa pun, memang saya rekeman restoran ne pada semua yang berhajat nak bertandang ke Yangon. Harga dalam kategori mampu bayar.

Perut kenyang, kami ambil keputusan untuk kembali ke hostel. Sekali lagi ambil teksi dengan tambang 3,500 kyat. Balik hostel, kemas apa yang patut dan terus zzzzzzzzzz. Yeayy, esok nak balik dah. 

* bersambung.

You Might Also Like

6 comments

  1. makanannya hampir sama saja dengan di sini, Jadi apa saja makanan tradisinal di Yangoon itu, Mbak Zilla, yang hanya ada di Yangoon ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah, mas gunadi..mgkn kalau ada pun tak boleh nak di makan ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha..sampai ke awek tu awak telek ekkk :D

      Delete
  3. Hai sedap nya seafood goren tepung tu....tgh puasa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap pun encik..kalau ke yangon, mmg wajib singgah pekena seafodd goreng tepung tue hehehe

      Delete

Subscribe