Rinjani 2015 : Day 1 ~ Sunset di Bkt. Pergasingan, Sembalun

Friday, July 10, 2015

Boleh tak kalau saya nak buat andaian, cuaca hari ini seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami ke desa ini. Apa yang kami saksikan sepanjang hari ini membuatkan saya kagum dan dalam masa yang sama terasa kerdilnya diri.
Khemah dah pun siap terpasang. Walaupun begitu, sayang nak lepaskan apa yang ada dengan melepak di dalam khemah semata-mata.

Satu perkara yang kawan-kawan perlu tahu, di sini anginnya tersangatlah kuat dan sejuk beku. 4 helai pakaian tersarung di badan pun masih tak mampu nak menepis kesejukan sekeliling. Khemah, memang kena pacak betul-betul sebelum diterbangkan angin. Di malam  hari, bunyi menderu angin kedengaran agak menyeramkan; nak tidur pun tak berapa nak lena sebab terlalu kuat dan bising.

Aktiviti wajib di sini, dah tentu melayan sunset. Jadinya layan ajelah gambar yang ada.
Yang ini memang untunglah sebab badan sekeping, tu yang boleh melayang ke udara
Matahari semakin turun. Ok, sempurna sekali kejadiannya.
Dah senja waktu ne; kalau kat rumah ne memang dah kena perambat sebab senja-senja masih tergedik-gedik di luar.
Warna dilangit semakin berubah, cantik! Gunung Sengkareang, Gunung Agung dan di belakang sekali tu adalah Gunung Batur.
Hari semakin gelap dan suhu semakin sejuk; ketar dah time ne menahan kesejukan.

Pak Madil serahkan kepada kami secawan 'energy' (nestum) panas untuk menghangatkan badan.
 Ini pula di sisi lain Pergasingan. Di balik bukit tu semuanya adalah lautan.
Hari yang semakin gelap. Syahdu sangat saat ini.
Zoom sikit untuk Gunung Agung dan Gunung Batur, Bali.

Selesai layan sunset, kami memang lari masuk khemahlah untuk selesaikan perkara wajib. Kesejukan melampau sangat dah saat tu, makan pun dalam khemah masing-masing. Kami tidur awal kot malam tu sebab tak sanggup nak berlama di luar. Yang syoknya siap pesan kat Pak Madil kejutkan saya dalam jam 3.00am sebab nak ambil gambar milky way. Sekali bila terjaga, buka pintu khemah terus frust. Mana taknya, bulan mengambang saat tu. Suasana keliling punyalah terang benderang, sebiji bintang pun takde huhuhu. Kecewa, tutup pintu khemah dan terus bergulung dalam sleeping bag.. Sambung tidur lagi baik.

* Ada mata air di atas Bukit Pergasingan ini. Larat dengan tidak aje nak menapak ke mata air tersebut.

*bersambung

You Might Also Like

18 comments

  1. Wah cantik sekali ...sejuk tu ada mcm kt phu kradueng ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde maknanya..sejuk kat sini, mmg tak tahulah nak ckp macam mana..kena p dan rasai sendiri kot hehehe,

      Delete
  2. Replies
    1. Jangan lupa singgah di Pergasingan tau kalau ke Lombok

      Delete
  3. pengsan tgk gambar O_o sangat cantikkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana, jgn lupa bawa kamera hebat tu nanti tau..selfie byk2 kat sini hehehe

      Delete
  4. Gmbar melompat yang sangat epic, terbaik, dah macm cover album dah pula =)

    ReplyDelete
  5. rindu sama sunset di bukit pergasingan...cantik...sangat cantik..mulut asyik menyebut..Subhanallah...subhanallah...subhanallah....angin kuat dan sejuk tu mmg x tahan...tido malam rasa cam khemah nk terbaang tetapi spt biasa...tdo tetap tdo mati haahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya kedinginan ngak bisa tidur mbak JM. hebat Mbak JM bisa tidur dimana saja dalam keadaan bagaimana pun. hhmmmm

      Delete
  6. Indah banget gambar terakhir. Gunung Rinjani disebelah Gunung Agung disebelah Gunung Batur. Seperti sodara kembar 3 gunung itu. Mbak Zilla memang pandai ambil gambar. Keren.

    ReplyDelete
  7. Cantiknye pemandangannye... pandai sis ambik gambar.. hidup..

    ReplyDelete
  8. subhanallah cantiknya pemandangan suka datang dana baca pengalaman kat sini...salam kenal dari Suriaamanda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan, Amanda..terima ksih sudi singgah di sini...

      Delete

Subscribe