Nellis Deli, Ipoh, Perak

Thursday, October 22, 2015

 
Nellis Deli, Ipoh

Dalam entry sebelum ini saya ada sebut pasal mee rebuskan? Hah, inilah dianya cafe yang dimaksudkan. Kebetulan waktu kami singgah di sini merupakan hari pertama cafe ini dibuka, kiranya banyak lagi yang tak sempurna di cafe ini. Oleh kerana kami singgah di sini dalam keadaan perut yang dah memang kekenyangan, hanya semangkuk mee rebus sahaja yang sempat kami cuba. Itu pun kami kongsi berdua hehehe.

Tekak saya ne memang tak cerewet. Biasanya semua yang saya makan akan saya kata sedap kecuali kalau tetiba makanan tu saya tolak tepi dan komplen tak sedap. Hah, maksudnya tu memang tak sedap gilerlah sampai tekak saya ne tak boleh nak terima. Di cafe ini pun macam tu jugalah. Bila kawan minta saya makan dulu dan tanya macam mana, memang saya jawab "sedap giler.? Bila tiba giliran kawan saya tu pekena mee rebus ne dan tetiba dia kata "memang sedap, next time boleh bawa mak makan kat sini.." jadinya betullah mee rebus tu sedap giler hehehe. Harga pun boleh tahan, semangkuk hanya RM6.50. Apa yang istimewanya, mee rebus ini didatangkan dengan sambal sotong dan kuahnya memang pekat dan terasa udang kering yang digunakan bab gatal-gatal kita tolak tepi hehehe.

Saya dimaklumkan oleh salah seorang pemilik cafe ini, mereka punya satu lagi cawangan di Sunway City Ipoh. Kiranya mereka ini memang dah stabil dalam bisnes makanan ini. Buat kawan-kawan yang berhajat ke Ipoh, bolehlah singgah di Nellis Deli ini. Saya teringin nak pekena nasi lemak mereka ini, tengok pinggan orang sebelah macam best, macam menarik je...

Layan.
 
Deko dalaman.
 Masa kitaorang sampai tu buku menu tak lagi, so derang tulis kesemuanya atas cermin hehehe.
 
Mee rebus yang yummy!!
 Satu lagi, saya suka 'kuih' ranggup yang diletakan dalamnya. "Cruppp crappp, crupppp crappp" bila mengunyah.
Salah seorang pemilik, ramah akak ne layan kitaorang hehehe.

*kami di sini sempena Pre-Trail for Other Festival 2015

You Might Also Like

4 comments

Subscribe