China Autumn Trip 2015 : Penutup Cerita
Friday, January 15, 2016China Autumn Trip 2015 : JJCM di Xian (Part III) - Restoran-Tak-Tahu-Nama
Minit-minit terakhir di Xian kami habiskan di Muslim Quarters. Kalau malam hari pun ramai giler pengunjungnya, siang hari lagilah berganda-ganda umat di sini. Nak berjalan pun susah. Apa pun sangat-sangat enjoy mengisi perut di sini. Impian nak belasah dumpling sepuas hati menjadi kenyataan.
Ramai giler orang..
Cuci mata ajelah ye. Serius malas sangat nak mengarang ne.
Kedai jual dumpling halal. Emm, jangan tanya di lorong mana. Tak ingat.
Siap ke dapur untuk tgk macam mana derang buat dumpling ne
Yummyyy!! Ok dah start terliur mengenangkan kesedapannya..
Selain dumpling, kedai ne juga ada jual mee berkuah (ala2 meehon sup rupanya).
Peruk
dah kenyang layan dumpling, kami jalan-jalan lagi ikut kaki melangkah.
Mana rasa nak makan, kami stop dan makan tanpa pikir panjang.
Surga pomegranate di sini. Saiznya fuhh, besar gedebak. Kalau tak nak beli juice nya boleh request untuk beli buahnya sahaja.
Mereka bakar(?) telur puyuh dalam kubah garam ne.
Kerepek-kerepek
Tak sempat nak rasa, perut dah kenyang!
Pilih je nak apa. Kambing? Organ dalam ayam? Yang penting, sediakan aje wangnya
Spesis dumpling juga kot?
Puas di Muslim Quarters, kami kembali semula ke Hantang House untuk bersiap. Dari hostel kami minta mereka arrange teksi untuk ke aiport dengan harga RMB50/teksi.
Tamat sudah kisah perjalanan kami untuk trip ke China ini. Lepas ini boleh share perihal penginapan sepanjang trip ini. Banyak kenangan kami sepanjang di China. Mungkin saya takde sebut sebelum ini. Kami sempat merasa menaiki van polis di Xian tau! Terasa seperti pesalah pun ada hehehe. Walhal nak dapatkan report untuk claim insuran atas kehilangan handphone di sana. Bayangkan nak dapatkan sekeping kertas tu, 3 balai polis kena pergi. Tapi yang syoknya, derang yang bawa. Kita tak payah nak pening-pening kepala nak cari transport untuk ke balai polis sepatutnya hehehe. Apa pun pengalamannya, memang akan kami kenang seumur hidup. Tiap kali kalau lepak bersama mesti kitaorang akan kenang balik kenangan kami di sana.
8 comments
Tergodanya tengok buah delima tu....warna menyerlah mesti manis kan Zilla?
ReplyDeletemmg manis pun kak..sedap!!
DeleteSangat lapar tengok dumpling dan sate kambing2 tu...
ReplyDeleteTrip Zilla ke China ni memang menarik, saya suka! Kalau saya pon mesti terkenang-kenang lama.
hehehe makasih ya mbak..
Deletedumpling tu juicy habis inti dalamnya..haih, mau!!
Waaaalahhhhh ayat terakhir tu terbaik. " thumbs up"
ReplyDeletehahaha...segan weii korang asyik dok kenang adegan pegang ketiak pakcik driver tu :D
DeleteDumpling tu nampak menarik!
ReplyDeletemenarik dan sedap.
Delete