China Autumn Trip 2015 : Penginapan Di China

Tuesday, January 19, 2016

Last entry untuk trip China.


Untuk penginapan ini sebenarnya banyak yang berubah dari plan asal berdasarkan keadaan semasa. Maklumlah dengan driver yang sentiasa 'kerasukan', nak minta dia carikan hostel yang dah ditempah pun kami tak berani. Walaupun ada hostel yang driver tolong carikan tapi ianya tetap dibawah budget kami dan berada di dalam keadaan yang memuaskan. Lagi pun tak semua lokasi yang kami terjah ini penginapannya boleh dicari di internet.

a) A Thought Time Hostel, Moxi Town
Tempahan awal dah dilakukan di A Memoriable Time Hostel tapi disebabkan itinerary dah pun berubah kami batalkan tempahan di sini dan serahkan pada driver untuk carikan kami penginapan di Moxi Town. Kami walk in di A Thought Time Hostel yang mana hostel ini adalah di bawah YHA China. Sesiapa yang ada kad keahlian YHA memang boleh dapat diskaun di sini. Kami ambil double bed dengan harga RMB90/night
Berkenaan bilik, memang luas begitu juga toilet boleh muat 5 orang tidur berjemaah dalam tu hehehe. Cumanya takde heater. Dengan keadaan sejuk beku tu bayangkan macam mana kami bertahan. Gigil bawah selimut! Tilam pun tak dipasang heater huhuhu. Sebut pasal tilam, emm tak ubah macam tidur atas papan. Keras! hahaha *nanges.

Di sini, takde dapur untuk masak-masak tau.. Kalau ada bawa travel cooker, kira selamatlah. Boleh jugalah panaskan lauk pauk dan sebagainya. Cerek tu macam biasalah, memang disediakan. Bolehlah buat air panas untuk panaskan diri. Televisyen pun ada tapinya sampai ke sudah tak pandai nak buka disebabkan arahannya semuanya tertulis dalam bahasa China. Try tekan selagi ada button pun tak berjaya huhuhu.
 Dari luar, memang cantik!

b) Zhilam Hostel, Kanding
 
Ok, kalau nak cuci mata memang rekeman duduk di sini. Pekerja-pekerja di Zhilom ne dalam kategori kacak + Inggeris mereka tersangatlah bagus. Mat saleh pun ramai yang menginap di sini. 

Di sini kami ambil dorm aje dengan RMB40/person. Bilik agak luas dan boleh memuatkan kami berenam. Kali ini, tilam best lebih-lebih lagi tiap katil ada heater memasing-masing. Untuk dapur, takde di sini tapi kami request dan dibenarkan untuk menggunakan dapur mereka.
Bilik kami

Satu perkara yang tak syok mengenai Zhilam Hostel ini adalah lokasinya yang kurang strategik. Nak cari pun satu hal, dah tu pula letaknya di kawasan mendaki. Memang mengamuk kami punya driver haritu dek kerana kami nak juga tinggal di sini. Kawasan parking kenderaan pun agak terhad. Dari hostel untuk turun ke town mengambil masa dalam 15 minit menapak di celah-celah rumah orang. Jadinya, sesiapa yang angkut beg troli memang jenuh jugalah lebih-lebih lagi banyak anak tangga di sini.
 
Pemandangan di hadapan hostel

Website : zhilam hostel

c) Tibetan House, Tagong
Penginapan ini sebenarnya takde dalam list kami. Sesaja request dekat guide nak cuba menginap di Tibetan House, dan nahh padanlah muka. Semalam tak boleh tidur sebab ada momok! hahaha.

Macam biasa ambil double bed dengan harga RMB60/night. Keadaan bilik berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan. Heater ada di setiap katil, kiranya oklah kan? Cuma nak mandi je bermasalah sebabnya heater ala-ala berfungsi dengan tidak. Sama juga seperti penginapan sebelum ini, tiada kemudahan dapur di sini. Mujur memang angkut travel cooker; memang besar jasanya pada kitaorang. Televisyen pun ada begitu juga dengan wifi laju berdesup. Di sini juga antara lokasi terbaiklah kalau nak layan milky way (berani dengan tidak je nak panjat ke bumbung tengah-tengah malam buter).
Bilik saya dan Kak Enot. Ada extra satu katil - untuk elakkan ada yang menumpang tidur di situ kami penuhkan dengan barangan peribadi kami hehehe.
 
 Bilik berbeza
 
Tak tahulah apa nama hostel ini. Kalau teringin nak menginap di sini boleh try hubungi no yang tertera
Ruangan bawah adalah restoran.

d) A Lee Ben Hoste, Aba
Hostel kegemaran saya sepanjang trip ini yang terletak di Changping Village, Aba. Di sini kami ambil double room dengan harga RMB100/night.

Apa yang menariknya di sini.

Selain dari biliknya yang super duper selesa macam nak pengsan, view di sini sangatlah memukau. Makanan di sini pun sedap tau - kami sempatlah layan vegetarian food di sini. Wajib try mushroom goreng kalau menginap di sini. Serius rasa macam nak nanges dengan keenakannya hehehe.
Tempat lepak
Bilik yang sangat selesa.

Selain daripada itu, jika kawan-kawan berhajat untuk trekking di Mt. Saguniang hostel ini memang dekat sangat dengan kaunter tiket masuk ke kawasan tersebut. Jalan kaki dengan santainya dalam 10 minit (lebih kurang). Cuma satu je yang saya kurang selesa. Oleh kerana kedudukannya yang berada di kawasan tanah tinggi, setiap langkah yang saya ambil terasa amat lelah kerana kekurangan oksigen. Bayangkan nak panjat anak tangga yang tak seberapa untuk naik ke bilik pun saya boleh semput. Buat kawan-kawan yang tak tahan dengan situasi ini, boleh beli tong oksigen di kaunter


e) Hantang Inn Hostel, Xian
Antara hostel di Xian yang berada di lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan Muslim Quarters dan pilihan restoran halal bertebaran di sekitarnya. Kami memilih untuk ambil dorm dengan harga RMB140 untuk 2 malam.
Terracotta army yang sambut kami di Hantang Inn ;-)

Keadaan bilik, emm standardlah untuk dorm. Asal lepas mandi, solat dan tidur; itu dah cukup. Di sini juga mereka ada sediakan pelbagai tour, pilih aje mana yang berkenan. Dek kerana ongkos pun dah habis, jadinya kami tak berhajat nak ke mana-mana kecuali ke Muslim Quarters.
Betul-betul di pintu masuk.
Dorm kami - ngam-ngam untuk kami berenam

Website : booking.com/Hantang Inn

You Might Also Like

9 comments

  1. Replies
    1. teruskan bermimpi..ada rezeki sampailah tu hehehe

      Delete
  2. Selimut dekat hotel berhantu tu nampak best... tapi hotel/hostel Zilla kali ni eksotik abes lah!

    ReplyDelete
  3. Suka baca blog u sis
    banyak info :-)
    plus pics blog ni mmg cantek!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mia..

      terima kasiih sudi singgah blog saya ne :)

      Delete
  4. Aku rasa, hostel / hotel kat sana memang kemut heater kan. Untung juga korang ada duduk hostel yang provide electric blanket. Kitorang manjang dapat a/c je. Terpaksa tarik katil & letak betul2 bawah heater. Huhu.

    ReplyDelete
  5. nak tanya han tang inn hostel tu booking via booking.com ke? ke skrg mcm pricey dah.. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup hana under booking.com...mungkin skrang dah ramai yang ke sana tu yang harga makin mncanak naik *agaknya lah ;)

      Delete

Subscribe