Ipoh Bali Hotel, Ipoh

Tuesday, March 29, 2016

Penginapan termewah pernah saya duduki.

Peghak tak sudahlah!

Ini antara aktiviti yang kami lakukan sesama travel blogger tempohari di Ipoh. Bab tempahan, semuanya diuruskan oleh dzu. Kami hanya dimaklumkan bilik dah pun berjaya ditempah. Itu aje. Sejak dari itu, hati memang dup-dap-dup-dap; berdebar nak masuk hotel mewah hahahah! Dalam kepala otak ni dok fikir nak bawa baju apa, tudung apa, beg yang mana dan sebagainya *sekadar penambah perisa, haih!!!

Kami berlima ke Ipoh tempohari. Jadinya, untuk kami berempat (saya, Azra, Achik Smile dan DJ) kami ambil Deluxe Studio Suite dengan extra bed dengan harga RM320/night termasuk breakfast *fuhh bila lagilah nak merasa duduk dalam bilik memahal begini :D. Harga untuk extra bed, saya tak ingat. Paling best, siap ada garden view lagi. Serius, bila tengok ikan-ikan yang sedang berenang-renang tetiba terasa mumantisnya suasana. Best kalau suasana ini dapat dikongsi dengan mak dan ayah. Manakala Dzu dan Ean, mereka ambil standard double dengan harga RM200/night termasuk breakfast.

Apa yang saya suka mengenai hotel ini. Paling best, suasananyalah. Walaupun takde aura ke'Bali'an di sini tapi ketenangan tu memang ada. Relaks sangat-sangat, lebih-lebih lagi time tu saya memang tengah serabut dengan pelbagai benda *sedih, mantan kekasih nak kawin :D Selain daripada itu, biliknya pun super duper best. Luas, sesuai untuk budak-budak nak main kejar-kejar dalam bilik. Toilet juga best giler, ok! Luas berganda. Nak letak extra bed dalam toilet pun boleh rasanya (itu pun kalau sanggup nak tidur dalam  toiletlah hehehe)

Dalam dok teruja, ada juga perkara yang tak best yang saya rasa mungkin pihak pengurusan boleh ambil perhatian. Masalah nyamuk. Selain dari itu, kalau boleh nak request sila tambah channel tv. Kalau ada HBO ke syok gaklah layan movie dari channel yang-tah-apa-apa-tah *demand giler! :D

Layan..
Dari luar pun dah start teruja
 Deco yang memang cantik tapi sayangnya minah receptionist yang ada dibalik bunga tu mukanya lebih kelat dari asam kecut. Mungkin baru lepas cucuk botox di muka, tu yang tak boleh nak senyum lebih-lebih huhuhu
Ruangan lepak
 
Ini pula di roof top. 
Deluxe Studio Suite - bilik ini kami yang punya!
Best layan perasaan di sini
 Sekadar hiasan

Address:
Ipoh Bali Hotel
12A, Lorong Cheah Cheang Lim, Off Jalan Tambun
30350 Ipoh
Tel : 05-242 0222 / 010-5660222
Web : Ipoh Bali Hotel

You Might Also Like

6 comments

  1. bilik kami RM 250 zilla, sebab weekend hehe..extra bed RM 40 rasanya with breakfast
    betul..minah tu, selamba je marah pekerja dia depan kita, x berkenan betul perangai cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh lain harga ya utuk weekend...minah tu wajib hantar ke kelas tatasusila..muka kerek nak mampuih kot...

      Delete
  2. cantik....rasa pon tenang je...

    sesekali dok hotel mahal...hehe...kt skang kalau dalam malaysia nk bercuti hotel ok sikit...kalau merayap kat luar ok la ambik murah2 je hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy, next time lepak sinilah pula hehehe...saya ne tak kira cuti2 msia atau over-the-sea, budget accommodation ttp menjadi pilihan..nak jimat :D

      Delete
  3. Lawa hotelnya, dan memang nampak menenangkan. Boleh masuk wishlist ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay, sila2..kalau p, kirim salam kat minah dalam gambar tu..

      Delete

Subscribe