JJCM : Kula Cake, Kuantan

Tuesday, October 11, 2016

Projek sempena long weekend 2 minggu lepas.

Plan kami 3 beradik untuk singgah di Kemaman untuk mengenang kenangan di INTAN, Kemaman (kebetulan saya dan angah satu batch untuk satu kursus yang dijalankan di situ 9 tahun lepas). Buat day trip aje pun dari rumah mak dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2.5 jam. Dari Kemaman, kami berpatah balik ke Kuantan untuk singgah di Kula Cake. Maklumlah hajat tak kesampaian beberapa bulan yang lepas so nak tak nak kali ini memang wajib singgah. Nak rasa sangat mango cheesecake yang dikatakan menjadi igauan warga Kuantan tu! 

Lokasi Kulla Cake ini sebenarnya senang sangat nak cari. Kedai corner lot betul-betul menghadap Benteng, Kuantan. Ala kalau orang Pahang mesti tahu asal-usul Benteng ni kan? Dipendekkan cerita, Benteng ini dulu-dulu merupakan terminal bas sebelum ianya dipindahkan ke Kuantan Sentral untuk bas ekspress dan hentian berdekatan Stadium Darul Makmur untuk bas antara kota. Kalau tak tahu juga, on ajelah waze pastikan akan jumpa lokasi Kulla Cake ini.
 Dalaman Kula Cake

Saya ini memang sentiasa teruja tiap kali masuk mana-mana kedai bakeri. Begitulah yang saya rasa bila memasuki Kula Cake ini. Opps sebelum tu, kalau berhajat nak datang sini silalah datang seawal mungkin sebab lewat sedikit aje, bertabahlah kena beratur untuk memasuki kedai ini. Nasib jugalah kami tak perlu beratur lama, dalam 2 minit begitulah terus boleh pesan order. Satu perkara lagi yang kawan-kawan perlu tahu tentang Kula Cake ini adalah mereka menggunakan konsep layan diri dan seat di sini memang sangat terhad. Lambat sikit je, puaslah nak menunggu seat yang ada kembali kosong. Bertabahlah ya!
Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.

Satu perkara yang saya suka dengan konsep Kula Cake ini adalah menu yang terhad. Kek cuma ada dalam 5-6 jenis sahaja dan begitu juga minuman. Jadinya tak perlulah nak mengadap pilihan menu yang panjang menjela; apa yang mereka display itulah yang mereka jual pada hari tersebut. Saya sendiri memilih mango cheesecake dan  coconut cake (wajib try, sedap giler!) manakala untuk minuman pula iced cocoa dan pandan cooler (wajin try). Harga boleh dikata berbaloi dengan size hidangan.
Pilihan kami pada petang itu adalah iced cocoa, mango cheesecake dan coconut cake (hah yang ne memang juara, sedap giler!)
Manggo cheesecake yang pada saya rasanya biasa aje mungkin kerana saya pernah mencuba mango cheesecake yang jauh lebih sedap dari yang dijual di sini.

Buat kawan-kawan yang berhajat untuk berkunjung ke Kuantan, boleh singgah di Kula Cake ini dan nikmati keenakan kek-kek di sini. Pasti takkan menyesal.


Alamat:
A96, Jalan Besar
Kuantan, Pahang
Waktu operasi : 1.00pm  - 9.00pm setiap hari kecuali Isnin (tutup)

You Might Also Like

3 comments

  1. tak pernah try lagi mango cheesecake. nampak sedap sangat ni, terbayang2 dah gabungan dia

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mango cheesecake tgh meletup2 di tanah malay, hanis..sama naik dgn durian creepe dan cheese buncit..nanti balik sini, cuba-try-test ekk utk nikmati keenakannya...

      Delete
    2. Okayyy. Nak masukkan dalam list to eat hihi 😊😊

      Delete

Subscribe