Vietnam Trip 2016 : Day 2 (Part IV) ~ Layan Seafood di Mui Ne

Thursday, October 06, 2016

Sambungan dari Vietnam Trip 2016 : Day 2 (Part III) ~ White & Red Sand Dunes, Mui Ne

Dari Red Dunes Sand kami kembali ke pekan Mui Ne dan diturunkan di hotel masing-masing. Waktu ini dalam fikiran memasing memang nak cari makan, kebuluran tahap maksimum. Satu badan dah mengigil. Ikutkan saya nak terus je pergi makan tapi partner bagi cadangan untuk solat terlebih dahulu. Jadinya kami kembali ke hotel terlebih dahulu.

Di pekan Mui Ne memang takde restoran halal. Pepandailah korang nak buat macam mana untuk mengisi perut memasing. Kesilapan terbesar yang kami buat adalah tak bawa stok makanan; sekurang-kurangnya maggi patut adakan? Mahu atau tidak, kenalah cari kedai yang menjual sekurang-kurang nasi goreng bodo atau pun seafood memandangkan restoran-restoran seafood memang berselerakan di sekitar pekan Mui Ne. Malas nak berjalan jauh, kami menuju restoran seafood yang berada bertentangan dengan penginapan kami. Nama restoran, tidaklah diketahui dan tak terfikir pun nak ambil tahu. 
Macam-macam ada sampai rambang mata nak pilih apa.

Menariknya restoran ini adalah lokasinya di tepi pantai. Kalau nak rasa suasana malam 'ala-ala bulan di pagar bintang' dengan pasangan masing-masing bolehlah memilih untuk duduk di pinggir pantai tapi kalau datang disebabkan perut yang berbunyi kencang, duduk ajelah di mana-mana pun yang penting boleh layan nafsu makan tanpa mengendahkan suasana sekeliling. Menu pilihan dah semestinya nasi dan seafood; sotong bakar, udang bakar, popia seafood dan ikan masak tomato. Itu pun tamak lagi nak tambah scallop dan ketam bakar tapi bila mengenangkan ongkosnya yang kurang, err lain kali ajelah.
 Ini sampai dulu. Limau nipis dan garam yang digaul dengan lada hitam

Satu-persatu menu kami sampai tapi sampai ke sudah nasi tak sampai-sampai. Kena minta, itu pun jenuh menunggu barulah nampak bayang nasinya.
 Jus limau yang manis giler - ini air yang paling murah dijual di sini hehehe
Alhamdulillah kenyang walaupun menunya simple aje.
Suasana dalam restoran

"kamu bawa berapa...?"

"200,000.."

"saya juga bawa 200,000...

Perut dah kenyang baru terfikir berapa agaknya jumlah yang perlu kami bayar malam tu. Misal kata over budget memang salah seorang dari kami kena berlari balik hotel untuk ambil extra duit. Minta resit, memang terbuntang mata memasing. Over budget!! Memang bertabahlah! 
 Agak memusykilkan kami sebab harganya tak sama seperti dalam buku menu langsung.

Perut kenyang, balik hotel dan lepak dalam bilik ajelah memandangkan hujan turun selebatnya sepanjang malam itu.Tidur dalam kekenyangan...

You Might Also Like

6 comments

  1. Are you thai ? :D
    sepanjang jalan kat vietnam mesti kena tanya ini...:D

    ReplyDelete
  2. haiii tuan tanah...owhh bahaya jugak tu order2 makanan duit x cukup...jgn kat obersea..dlm mesia pun kdg2 bleh jd mcm tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh, tapi kitaorg dah plan misal kata kalau ongkos tak cukup mmg salah seorang dari kami akan balik ke hotel utk ambil duit :)

      Delete
  3. hehe memang cabaran kalau ke negara yang tak banyak makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sarah..silap kitaorg juga sebab langsung tak prepare apa2 yang patut sebelum pergi..

      Delete

Subscribe