South Korea Winter Trip 2015: Day 8 (Part I) ~ Muzium Busan & Oryukdo Skywalk, Busan

Tuesday, March 08, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 7 (Part II) ~ Dongdaemun Ikan Bakar & Bergerak Menuju Haeundae

Hari baru. Patutnya hari ini saya bakal berjumpa abang kepada kenalan saya tapi disebabkan masalah komunikasi, kitaorang tak dapat berjumpa. Lagi pun jarak antara Daegu dan Busan bukanlah dekat; saya tak nak beliau susah-susahkan diri hanya untuk saya. Lain kali, InsyaAllah.

Untuk penginapan kami di Kim's Guesthouse saya akan buat entry berasingan untuknya. 

Hari ini setengah hari kami habiskan dengan melepak-lepak di guesthouse. Trip santai, memang santai habislah jadinya hehehe. Dalam pukul 2.00pm, barulah kami bergerak menuju ke Muzium Busan yang jaraknya hanya sekangkang kera dari penginapan kami. Tujuan utama ke muzium ini, nak pakai hanbok free sekali lagi. Cumanya di Muzium Busan ini, hanya 2 orang dari satu-satu group dibenarkan memakai hanbok ne. Jadinya, yang lain memang akan sakit hatilah sebabnya hanya mampu memerhati sahaja hehehe. Saya sendiri? Sebenarnya saya sekadar lepak di luar muzium. Konon nak simpan tenaga untuk destinasi kami berikutnya hehehe.
Muzium Busan - masuk adalah percuma. Kawan-kawan saya habiskan hampir 3 jam di dalam muzium ini.
Jika di Seoul, snow dah mulai turun tapi di Busan pokok-pokoknya masih berwarna-warni. Autumn lagikah?
Salah satu sisi di sekitar muzium

Puas di muzium, kami bergerak menuju ke Oryukdo Skywalk. Kami ambil bas nombor 2 (boleh juga ambil bas no. 20 atau no. 131) di bus stop bersebelahan Muzium Busan ini. Kami guna T-Money aje sepanjang berada di Busan ini. Perjalanan agak jauh jugalah, dalam 30 minit untuk tiba di Oryukdo. 
Bus stop bersebelahan Muzium Busan untuk ke Oryukdo
 Kalau nampak kondo ini, dah sampailah tu. Kalau nak ke Oryukdo Skywalk, kawan-kawan perlu turun di bus stop berhadapan kondo ini.
 Nampakkan bas di bawah tu? Hah, tu last station untuk bas-bas ke Oryukdo ini. Kalau nak tengok sunset, sila turun di sini.

Untuk makluman kawan-kawan, skywalk ini dibuka setiap hari mulai jam 9.00am hingga 6.00pm dan masuk adalah percuma. Di sini kawan-kawan perlu balut kasut masing-masing dengan kasut khas yang disediakan. Tiada had masa nak melepak di sini, terserah.
 Oryukdo Skywalk. Katanya kalau cuaca cerah boleh nampak Tsushima Island dari sini
 Arghhh I is gayat! Kalau spesis macam saya ne, kalau jalan tu pandang je lah depan jangan gatal-gatal nak pandang ke bawah, harus ketaq lutut di buatnya.
 Cantik giler pemandangan di sini
 Kalau nak ke pulau-pulau di sekitar sini, kawan-kawan boleh ambil cruise di Mipo Ferry Terminal berdekatan Haeundae dengan harga 18,000 won/person (harga Dec 2015).
Matahari dah nak turun, jom turun ke jeti.

* bersambung

You Might Also Like

1 comments

  1. Aduhaiii bila nak berhenti gi korea ni ye..mcm tak habis jalan jer

    ReplyDelete

Subscribe