10D 9N Thailand Trip : Sri Dit Waterfall & Camping di Thung Salaeng Luang, Petchabun

Wednesday, April 13, 2016

Sambungan dari 10D 9N Thailand Trip : Jalan-jalan sekitar Khao Kho, Petchabun

Lepas ambil Pijah kami terus bergerak menuju ke destinasi seterusnya, Sri Dit Waterfall. Tak jauh pun perjalanan, tak sampai sejam dah pun sampai. Bayaran masuk 10baht/person, dan bayaran untuk parking adalah 30baht. Dari main entrance kena menapak sikit ke air terjun; itu pun view dari atas. 
View dari atas.

Untuk turun ke air terjun haruslah menapak lagi sekitar 10-15 minit (lebih kuranglah). Trek simple je, anak-anak tangga berbatu. Satu perkara yang kurang menyenangkan, aura kesereman agak ketara di sini. Bukan saya aja yang merasainya, ada antara kami juga dok utarakan perkara yang sama. Apa yang saya tahu, tempat ini dulu pernah menjadi kawasan 'lepak' komunis di zaman dahulu kala. 
Bagaimana batuan itu boleh tersusun cantik begitu? 

Di satu sudut ada amaran 'dilarang mandi-manda di kawasan air terjun ini. Melihatkan warna airnya, sah dalam kawasan ini dan mungkin kerana itu pihak taman negara tidak membenarkan aktiviti mandi-manda di kawasan air ini jatuh. Kalau mahu mandi-manda harus cari kawasan yang lebih landai dan cetek. 

Dari air terjun, kami mencari kawasan yang sesuai untuk menunaikan solat. Makin ke dalam, hutan buluh di kiri kanan dan makin terasa seramnya itu. Ada satu pokok besar tumbang di sini yang akarnya berbentuk seperti kepala gajah menjadi lokasi penyembahan penduduk tempatan. Di kawasan itulah kami ambil keputusan untuk menunaikan solat kerana kawasannya yang rata dan agak tersorok dari pandangan pengunjung yang lain.
Tak berapa jelas pula bentuk kepala gajahnya huhuhu
Aura mistik kot di sini. 

Settle semua urusan kami bergerak menuju ke Thung Salaeng Luang National Park, lokasi yang memang menjadi idaman saya untuk trip ini kerana keindahan safarinya yang tak ubah macam di Afrika nun. Untuk makluman kawan-kawan, Thung Salaeng Luang ini berada di antara Phetchabun dan Phitsanulok. Jadinya, kita boleh pilih nak masuk dari Phetchabun atau Phitsanulok. Memandangkan kami memang dah berada dalam daerah Phetchabun jadinya sebelah kaki dah pun berada di Thung Salaeng Luang (perumpaanlah, tak tau nak guna ayat apa lagi dah). Perjalanan dari Sri Dit Waterfall ke Thung Salaeng Luang tak jauh mana pun, tau-tau dah pun sampai. Sampai di pintu masuk national park, Pak Long bagai arahan untuk duduk diam-diam dalam van. Rupa-rupanya beliau bagitahu petugas national park kami ini dari Pattani, jadinya dapatlah harga local hehehe. Bayaran masuk Thung Salaeng Luang untuk local adalah 200baht manakala untuk pelancong luar, bayarannya adalah 500baht (tengok berapa banyak bezanya).

Public transport
Dari Phitsanulok Bus Terminal ambil bas Phitsanulok - Lom Sak dan turun di Ban Camp Son. Dari situ ada chartered bus yang akan bawa pengunjung ke Thung Salaeng Luang.

Seterusnya, Pak Long bawa kami ke Visitor Center untuk sewa peralatan perkhemahan. Di sini hanya saya aja yang Pak Long arahkan untuk turun. Apa yang pasti, komunikasi antara saya dengan petugas national park memang hancur lebur. Pak Long pun tak dapat nak tolong. Kebetulan waktu tu ada salah seorang dari pengunjung yang boleh berbahasa Inggeris jadinya beliaulah yang menjadi tukang translate antara saya dan petugas. Harga sewa khemah adalah 400baht/day (3-4 orang) termasuk mattress. Untuk sleeping bag, kami memang dah bawa siap-siap dari Malaysia.

Saya ambil 6 buah khemah untuk kami,17 orang. Seterusnya, pemilihan khemah. Nak pilih khemah pun dah jadi adegan drama minggu ini. Susah sangat dek kedegilan Pak Long. Lama giler kot kami tunggu atas arahan Pak Long tapi sampai ke sudah, bayang khemah tak juga kelihatan. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk dapatkan sendiri khemah tersebut. Senang je sebenarnya tapi itulah dianya Pak Long punya hal huhuhu. Khemah dah tersedia, seterusnya aktiviti mengisi perut. Kayu api awal-awal lagi dah dikumpulkan oleh ahli jemaah yang lain. Baru aje kami nak hidupkan api tetiba datang sorang makcik ni bagitahu tak boleh hidupkan kayu api di situ dan kami wajib sewa dapur arang dari  kedainya. Erkk, pula? Tapi mana datangnya kesan anggun api di sekitar tapak perkhemahan ini? Mengenangkan kami ini orang luar, jadinya akur ajelah dengan arahan yang diberi. Harga sewa sebiji dapur arang adalah 50baht dan harga sebungkus kayu arang juga 50baht. Untuk memasak, kawan-kawan boleh beli air mineral dari warung berhampiran dengan harga 25baht/ 5 liter. Misal kata kawan-kawan perlukan sayuran, telur, bawang dan beras boleh dibeli dari warung berhampiran. Mereka memang dengan rela hati sudi menjual kepada pengunjung. Pisau dan parang juga boleh dipinjam dari situ. Dalam masa kami sedang bersiap-siap ini, Anne dan Ecah bergerak ke Visitor Center untuk bertanya perihal sunrise tour keesokan paginya. Mereka berjaya deal untuk sunrise tour dengan harga 800baht/pick up. Ada drama juga untuk tour ini, nantilah akan diceritakan...

Layan ajelah gambar yang ada untuk senja di Thung Salaeng Luang huhuhu.
Tenang giler. Saya suka suasana ini, terasa syahdu sangat-sangat.
Acara masak-masak - dah macam acara masak-masak untuk kenduri doa selamat lah pula rasanya. Best, masing-masing ringan tulang membantu antara satu sama lain. [Pic : Hana]
Makan time - menu kami petang itu tomyam sayur, kari ayam dan telur dadar. Simple tapi amat menyelerakan bila makan ramai-ramai begini [Pic : Hana]
Aktiviti malam hari - perangat badan depan dapur arang [Pic : Hana]

Malam hari di Thung Salaeng Luang, kabus giler tebal. Sekitar jam 8.30am, kabus dah start menutupi keadaan sekeliling. Punah harapan nak berstargazing bagi. Suasana memang sejuk giler. Sesiapa yang berhajat nak camping di sini jangan lupa bawa jaket tebal tau. Lagi satu, di sini memang kawasan hidupan liar hidup bebas. Kami berkesempatan untuk melihat rusa liar yang cuba mendekati khemah kami untuk mencari makan. Sebagai info tambahan, orang Thai memang terkenal dengan sifat pembersih mereka jadinya toilet memang bersepah di sini. Tak perlu risau ok bab nak membuang dan mandi-manda (airnya sejuk beku). 

Selepas sesi menggoreng keropok ikan malam itu, kami terus masuk ke khemah masing-masing dan lena sampai ke pagi.

You Might Also Like

8 comments

  1. Wahh nampak best gila makan ramai-ramai macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best giler, kay! licin hingga menjilat jari dibuatnay :)

      Delete
  2. seronoknya sesi masak ramai ramai . merewang. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. merewang ekkk??hehehe...best mommy lebih2 lagi part berebut2 nak capai itu ini

      Delete
  3. Memang memukau suasana "sunrise@sunset" suatu keajaiban bila agaknya dapat dihayati di hadapan mata inn sya Allah
    pklah sarankan ada giliran "guard" bergilir2 jaga untuk keselamatan. Makasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lah, terima kasih atas ingatan yang diberikan..InsyaAllah next time kami akan lebih berhati2..

      Delete

Subscribe