10D 9N Thailand Trip : Sunflower Field & Pasak Josalid Dam, Lopburi
Monday, April 04, 201610D 9N Thailand Trip : Persediaan Awal
Bangkok . Lopburi . Khao Kho, Petchabun
Saya sengaja skip untuk perjalanan dari Kuala Lumpur - Hatyai - Bangkok. Malas.
Hari pertama di Bangkok.
Pagi ini, saya dah janji dengan Cherry dari Siam Van Travel untuk bertemu di Don Muang Airport jam 7.30am untuk settlekan semua urusan berkaitan sewa van dan itinerary kami untuk trip ini. Macam biasalah, dari 7.30am menjadi jam 8.00am. Cherry tiba dengan ditemani Pak Long dan Pak Ngah, driver merangkap guide yang akan membawa kami untuk explore utara Thailand. First time bertemu dengan Cheryy, tetiba terasa nak cari cermin dan cermin diri. Giler punya cun minah ne, macam langit dengan bumi kalau nak buat perbandingan antara kami dengannya; saya yang perempuan ne pun boleh terpana memandang beliau apatah lagi kalau lelaki yang melihatnya. Sayangnya saya takde gambar beliau, kalau tidak boleh saya tolong promote beliau di sini hehehe.
Selesai segala urusan dengan Cherry termasuklah bayaran sewa 2 buah minivan dan itinerary kami berangkat menuju ke Lopburi. Waktu ini memang timbul sedikit kekeliruan dan hingga saat ini pun saya masih lagi keliru, macam mana boleh terlebih 2 orang ahli jemaah walhal dalam list saya cuma 15 orang sahaja yang confirm untuk turut serta. Berkali-kali saya kira tau tapi tetap juga terlebih. Mujur jugalah ada satu seat extra untuk Pijah (rindu giler dengan Pijah!) yang akan tiba lewat sehari. Kalau tidak saya tak tahu mana nak letak Pijah huhuhu.
Perjalanan dimulakan. Destinasi pertama kami pagi ini adalah Lopburi untuk melihat bunga matahari dan singgah di Pasak Dam sebelum berangkat menuju ke Khao Kho.

Bangkok - Lopburi : 3 jam
Lopburi - Khao Kho : 5.5 jam
Perjalanan menuju Lopburi memang saya isikan dengan membuter. Maklumlah sepanjang malam saya tak dapat nak tidur kerana suasana yang agak kurang 'nyaman' di dalam surau di Don Muang Airport. Penat sebenarnya lebih-lebih lagi dengan perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke Bangkok. Namun sebagai 'tok ketua' penat tu tak boleh nak ditunjukkan sangat sebab takut nantinya mempengaruhi kawan-kawan yang lain. Bila sebut perihal 'tok ketua', serius ianya bukan satu tanggungjawab yang mudah. Apa pun jadi, kepentingan ahli jemaah seramai 16 orang perlu didahulukan dan kemudiannya baru boleh fikir tentang diri sendiri. Itu belum masuk lagi part kena buat back up plan berdasarkan kepada keadaan semasa, berhadapan dengan kerenah Pak Long dan Pak Ngah dan sebagainya. Kadangkala, buntu juga dibuatnya tapi saya tak nak sesakkan kepala otak saya ini dan saya memang dah niat dari awal untuk bergumbira di sepanjang trip ini walau apa pun terjadi. Sayangnya dalam pada saya dah mencuba yang terbaik, ada juga yang tak tahu menghargai dan minta dilayan/dipuja bak tuan puteri. Maaf, saya memang takde masa nak layan. Cuma itulah, kadangkala bila kita travel secara berjemaah begini dan pergi tempat-tempat baru cuba kita terima apa jua keadaan dengan seadanya. Orang lain boleh enjoy kenapa kita tidak dan kenapa kita perlu sempitkan fikiran kita? Sesekali, sila campak sikap pentingkan diri tu jauh-jauh..
Maaf membebel pula. Kembali ke cerita asal.
Maaf membebel pula. Kembali ke cerita asal.
Kami tiba di ladang pertama untuk lihat bunga matahari. Emm, dari luar pun saya tak teruja melihatnya. Tak best langsung, berbeza sekali dengan ladang yang saya lawat di tahun 2013. Paling best, dah ada bayaran masuk dikenakan. Fuhhh, mantap seyyyy!! Jadinya, kami hanya lihat dari luar aja dan saya minta Pak Long bawa ke tempat yang lagi best. Tiba di ladang kedua, emm keadaan lebih kurang macam ladang pertama. Sekali lagi saya tak teruja melihatnya tapi bila melihat kekawan yang lain dah start teruja, oklah jom kita masuk. Bayaran masuk adalah 10baht/person. Murah, berbaloilah dengan apa yang ditawarkan waktu itu..
Kecil-kecil bunga di sini, mungkin dah dipenghujung musim..
Kecil-kecil bunga di sini, mungkin dah dipenghujung musim..
Saya tak pusing habis pun ladang ni sebab tak rasa tertarik pun. Anne awal-awal lagi dah cabut keluar dari ladang hehehe. Saya keluarkan kamera dan ambil 2-3 keping gambar sekadar kenangan dan lepak di satu sudut memerhatikan gelagat teman-teman yang lain. Senyum sendiri menyaksikan gelagat mereka..
Asalkan ada, ia tak?
Bunga-bunga di ladang ini banyak yang dah rosak dan kering.
Puas di ladang kami bergerak menuju ke Pasak Dam. Sebelum tu saya sempat beli 1kg kuaci kononnya untuk dibawa pulang tapi saya dan Pak Long dok belasah makan kuaci berdua sepanjang trip ini huhuhu.
Dari ladang sunflower ke Pasak Dam ne takdelah jauh mana pun. Dalam sejam perjalanan, lebih kuranglah. Sebenarnya, Anne yang request nak ke sini. Katanya nak lihat landasan keretapi yang melalui tengah-tengah empangan ini tapi lepas saya google rupanya lokasinya berada di tempat yang berbeza. Kami sampai di sini pun dah tenghari, jadinya Pak Long dan Pak Ngah memang bagi kami masa yang agak panjang untuk diperhabiskan di sini kerana mereka nak p layan makan tengahari. Kami? Apa yang boleh selain dari minum cha yen dan cekedis huhuhu.
Lama gilerlah kami ditinggalkan Pak Long dan Pak Ngah di sini. Ada antara kami yang ambil kesempatan untuk naik tram dan pusing kawasan keliling. Saya sendiri? Em, lepak tepi tasik sambil perhati keadaan keliling dan layan kantuk hehehe.

Memang luas giler kawasan ini tapi sayangnya saya takde keinginan nak explore apa yang ada disekitarnya.
Local memang ramai yang ambil kesempatan untuk berdating-datingan dan berkelah-kelahan di sini huhuhu.
Dalam 1.++pm barulah pakcik berdua tu muncul dan kami bergerak menuju ke Khao Kho. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 5.5jam untuk tiba di tapak perkhemahan di Khao Kho. Apa yang pasti, walaupun jaraknya yang giler jauh tapi pemandangannya serius memukau lebih-lebih lagi bila kenderaan mula memasuki Petchabun. Nak lelapkan mata pun rasanya tak sanggup.
Saya teruja dengan gunung di hadapan itu - mula menghampiri Petchabun
Layan sunset dari dalam van. Van di hadapan itu adalah van milik Pak Ngah. Waktu ini kami sudah memasuki Khao Kho
Info Tambahan:
Tel : +601133783813 (Line Malaysia), +6689-0726774 (Thai)
Email : siamvantravel@live.com
* bersambung untuk sunset yang sempurna di Khao Kho
13 comments
bunga matahari lawa :)
ReplyDeletelawa kalau sedang berkembang, hodoh bila dah start layu :D
Deletesunset cantikkkk
ReplyDeletetak taulah nak kata cantik ke idak, Ajla sebab layan dari dalam van je huhuhu
DeleteSunflower itu sangat cantikkkkk!!!
ReplyDeleteMia,
DeleteDi Khao Kho sunflowernya lagi cantik dan besar gedabak...lebih besar dari muka saya ne hah :D
Rinduuuuuuuuu!!!terima kasih k.zilla utk semua penat lelah k.zilla utk trip aritu, mcm nak repeat pon ada hahaha..eja still hutang akak nak belanja makan,nak makan kat kl k kat korea gitew?? hehe
ReplyDeleteEja, terima kasih juga...trip paling lawak kot :D akak tak boleh lupa moment kita berkelah kat tepi kaunter bas ekspress sambil layan pad thai..wwalhal masa tu kita dah tertinggal bas nak balik hatyai :D
DeleteSomeone is missing me, terharu saya, haha. Ade je ni, k.long yang menghilang,hehe. Banyak travel skang, tak ajak punn, haha.
ReplyDeleterindu yang giler2lah pijah..bukan kat pijah je tapi semua..tapi tulah, sedar diri kot huhuhu..tak byk pun pijah, tunggu masa je ne nak retired ne..
Deletehow is the service of Siam Van ? As we may hire them for our company trip
ReplyDeletegreat! you can try their service. i really recommended
DeleteBerapa sewa van tu?kalo kami 4 beranak worth it tak sewa?
ReplyDelete