10D 9N Thailand Trip : Indahnya Phu Tab Berk, Phitsanulok

Thursday, May 12, 2016

10D 9N Thailand Trip : Route 12 (Phittsanulok - Lom Sak Highway)

Kami bergerak meninggal Route 12 dalam jam 2.++pm dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3.5 jam perjalanan menuju ke Phittsanulok sebelum masuk ke simpang menuju ke Phu Tab Berk. Buat makluman kawan-kawan Phu Tab Berk lebih kurang seperti di Cameron Highland. Jalan bengkang-bengkok bak ular kena palu dan nantinya di pertengahan perjalanan kita akan melalui pos kawalan yang dikawal oleh tentera dan bayaran masuk akan dikutip di sini dengan harga 100baht/personSatu lagi yang perlu kawan-kawan tahu, hutan-hutan di sekitarnya pernah menjadi kawasan pelarian bagi komunis suatu ketika dahulu. Bangunan tinggalan mereka ini sebenarnya boleh kita lihat dari pinggir jalan sahaja dan jika berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh singgah di Phu Hin Rong Kla National Park yang mana pintu masuknya terletak selepas pos kawalan tentera dengan bayaran masuk 400baht.

Waktu saya mencari info mengenai Phu Tab Berk ini sebenarnya banyak info yang mengatakan Phu Tab Berk akan ditutup kepada pelancong dan akan dikawal sepenuhnya oleh tentera pada tahun 2016. Jadinya, saya tak pasti samada ianya masih dibuka atau telah ditutup kepada pelancong. 

Kami tiba di Phu Tab Berk sudah lewat petang. Pak Long cuma memberi masa kepada kami cuma 15 minit untuk ambil gambar sebelum bergerak menuju destinasi seterusnya, Udon Thani. Jadinya, main belasah ajelah ketik kamera, yang penting ada gambar kenangan-kenangan di sini.
Saya benar-benar kagum dengan bentuk muka bumi di sini.
Suka dengan keadaan langit yang cerah petang itu..
Selain semak, selebihnya adalah kebun-kebun sayur. Bangunan yang kelihatan, semuanya adalah guesthouse.
Itu semuanya guesthouse. Harga memang mahal tak hengat donia!

15 minit berakhir, kami kembali meneruskan perjalanan dan kami request untuk singgah di satu lokasi untuk ambil gambar dan solat. Berbincang dengan yang lain akhirnya kami nekad untuk lepak semalam di Phu Tab Berk dengan melihatakn kepada kondisi Pak Long dan Pak Ngah kerana dari Phu Tab Berk ke Udon Thani perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan; giler jauh tu! Kesian giler dekat pak cik berdua tu. Dek kerana perubahan plan, misi kami seterusnya adalah untuk mencari pengianapan murah buat kami semua. Jenuh saya dan Pak Ngah pusing sana-sini rata-rata penginapan di sini berharga 3,500baht dan ke atas. Memang diluar kemampuan kami. Pilihan yang ada, camping sekali lagi. Pak Ngah bawa saya ke Phu Hin Rong Kla National Park. Bayaran memang murah tapi yang menjadi masalahnya kami perlu pacak khemah di pinggir jalan raya dan tiada kemudahan asas yang lain. Memang tak sanggup bila melihatkan lokasinya dan akhirnya Pak Ngah bawa saya ke satu lokasi untuk camping. Kos sewa khemah di sini adalah 600baht/khemah untuk 3 orang. Oleh kerana dah penat mencari dan berfikir akhirnya saya buat keputusan untuk camping di situ sahaja.
Mulanya saya ingat nak sewa khemah yang di atas bukit itu tapi bila pergi dan lihat sendiri keadaanya, tak sanggup! Angin di situ kuat giler; silap haribulan ada yang diterbangkan pula nanti. Sebagai ganti saya memilih untuk camping di bawah bukit tersebut.

* bersambung

You Might Also Like

3 comments

Subscribe