Lagu Rindu @ Tasik Chini, Pahang

Tuesday, September 06, 2016

Bila sebut Tasik Chini memang nostalgia habislah. Memang teringat kenangan lama waktu di sekolah rendah, di sinilah lokasi yang kami sering camping untuk kegiatan badan beruniform. 27 tahun lalu (errr, tuanya aku!) memang tiada public transport untuk ke Tasik Chini ni dan biasanya kami akan konvoi beramai-ramai dengan basikal bersama-sama cikgu-cikgu pengiring. Trekking di hutan, masuk kampung orang asli, mandi air tasik dan sebagainya; serius rindunya waktu tu. Bila meningkat dewasa dan saya sendiri berserta keluarga pindah balik ke Puchong memang langsung tak jejakkan kaki ke sini dah. Sejak tahun 2015 (mak ayah pindah semula ke Chini), dah beberapa kali saya kembali singgah di Tasik Chini ini bersama kawan-kawan yang datang singgah melawat mak dan ayah di sana. Sedikit sebanyak memang teringat memori lama..

Kalau Thailand boleh berbangga dengan lautan teratai di Kumphawapi, kita juga harus berbanggan dengan teratai di Tasik Chini. Kalau kawan-kawan nak tahu sebenarnya, dah lama giler teratai pupus di tasik ini tetapi atas usaha beberapa pihak, ianya mulai kembali menghiasi Tasik Chini dan moga ianya akan terus kekal di situ.
Buat yang tidak mengetahui, Tasik Chini merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Lokasinya terletak di daerah Pekan dan terdapat beberapa cara untuk ke tasik ini. Kebiasaannya saya akan masuk dari Felda Chini kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan rumah dan saya pernah mencuba menggunakan jalan 'dalam' menyusuri pinggir Sungai Pahang, masuk ke Maran dan beberapa daerah lainnya sebelum tiba di Tasik Chini ini yang mana perjalanan untuk cara ini jauh lebih memenatkan dan memakan masa lebih lama (tak sanggup, kematu montot dibuatnya!).

Tasik ini terkenal dengan misteri dan lagendanya. Kisah paling terkenal adalah kisah Naga Tasik Chini yang dikatakan mendiami dasar tasik ini. Selain daripada itu, kisah istana yang juga dikata wujud di dsar tasik ini dan kisah buaya putih. Untuk nak tahu mengenai kisah-kisah ini, silalah google sendiri ekkk!!
Salah satu dari spesis teratai yang boleh ditemui di sini.

Ada beberapa pakej yang ditawarkan untuk mengeliling Tasik Chini dengan harga yang berpatutan bergantung kepada berapa banyak lokasi yang ingin kita singgahi. Paling jauh kita akan dibawa hingga ke Lubang Ular err salah satu lokasi yang saya memang tak sanggup nak pergi. Harga serius saya tak ingat berapa (update kemudian). Penginapan juga ada di sini tau. Salah satu daripadanya adalah Lake Chini Resort dengan harga bilik RM130/night manakala untuk dorm, ampun tak ingat dah berapa harganya. Nak camping di sini juga boleh tapi harus mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Selain dari aktiviti 'bertasik', kawan-kawan boleh singgah di Kampung Cendahan yang didiami oleh orang asli dari suku Jakun. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini seperti trekking, menyumpit, beramah mesra dengan warga kampung dan sebagainya. 

Layan (kredit buat Fida untuk gambar-gambarnya).
Teratai layu di tasik madu.
Teratai lagi..
...dan lagi...

Kitaorang naik bot untuk singgah di kampung ini
Salah satu dari barangan yang dijual kepada pengunjung

You Might Also Like

10 comments

  1. Lubang Ular?...eh akak pun tak nak pergi sebut nama pun dah tak sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya membayangkan bukan2 kak bila melihatkan nama tu...tu yang tak berani nak singgah

      Delete
  2. walaupun duduk di Kuantan, tasik Chini ni tak pernah sampai. Nk sampai jgk suatu hari nanti, bila masa sesuai pun ntah la

    ReplyDelete
  3. Akk dh pergi 7 tasik di tasik chini.
    Mmg terbaik view.kalah tasik tone le sap di siem reap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tapi misteri sangatlah keadaan di tasik chini ni...tak tau nape mmg terasa aura kemisteriannya itu :)

      Delete

Subscribe