Trip to Bangkok Part III

Sunday, December 12, 2010

2nd day bermula seawal 8.30am; hari untuk mematahkan kaki. Mana taknya dari pagi sampai ke malam kejenya menapak tak henti2...best2, terbakar lemak2 aii tau...hehehe~ Seawal pagi kitaorang gerak ke Chatucak (again) by train...Sampai market pun masih byk kedai tak buka tapi aktiviti melawat setiap kedai yang ada tetap kami teruskan dengan jayanya. Pusing punya pusing, punya pusing rasanya2 sampai ke petang kot kitaorang kat situ. Makan? Uihh, apa aje yang ada depan mata kitaorang bedal dgn seleranya hehee~Takdelah, kitaorang makan buah, kembungkan perut dgn pelbagai jenis air dan aiskrim...Jadinya takdela lapar..

Puas di market, kitaorang buat keputusan balik ke hotel utk solat dan makan dan CPR. Apa lagi belasah nasi puas2 atila..kitaorang share tomyam ayam dan telur dadar..Alhamdulillah kenyang. Dari CPR kitaorang menapak ke train sala daeng untuk ke siam (nak serang platinum dan kawasan skitar)..Sekali lagi, terbakar dengan jayanya lemak2 kat badan :D Jauh wooo berjalan, muka masing2 tak usah cakapla, letih tak hengat dunia..Nak ke Platinum tu memang agak jauh kena menapak tau, sampai sana rambang mata..kalolah mesin pencetak duit ada dalam poket sure saya beli sekali ngan kedai2 sekali bawa balik KL...murah la. Tak caya? Hah, p sendiri, tengok! Oleh kerana keesokan harinya banyak nak pakai duit utk aktiviti selanjutnya, saya takat mampu telan air liur ajelah (dalam ati siap pasang azam "aku mesti datang sini lagi"). Kitaorang tak habis pusing pun Platinum then terus ajak tom p massage kaki...yeayyyyyyyyyy kaki dah nak tercabut..lagi sekali kena menapak, turun naik jejantas sampai2 kedai tu dah nak tutup pun tapi mgkn kerana derang tgk kitaorang ne ramai (sure masyukkknya), cancel terus nak tutup kedai hehehe (boleh pulak mcam tukan?)So apalagi, bermassage lah kitaorang malam tu...Macam2 benda jadi time ne, pecah perut dibuatnya sebab gelak tak sudah2 :D Settle semuanya, menapak lagi utk ke train station utk gerak balik ke hotel..ehhh, jgn ingat kitaorang terus boleh hotel pulak, dalam penat2 tu sempat lagi singgah PatPong utk cari t-shirt lagi tau..hehehe~

Jom layan gambar (gambar lagikan?) :D


Sebelum gerak, ambil gambar dulu buat kenangan (tq tasya)

Naik MRT, tambang 20 bth..


odw ke MRT, terjumpa temple derang so apalagi.... (sendiri mau ingatla)

Beginilah keadaan di chatucak, sempit sgt2...

sapa minat pasu2 antik seperti ini, sinilah tempatnya. boleh dapat dgn harga yang berpatutan sgt2..

kipas yang sangat best, laju tu...nyaman sungguh rasanya..sebiji 4200bth bergantung pada size...

Jalan2 jumpala satu gerai ne jual udang panggang..apa yang menariknya udang ne dipanggang hidup2 tau...so rasa udang ne memang sgt fresh dan manis..sepinggan 200 bth, daptlah seorang 2 ekor (share 4 org)

hah, coconut icecream ne memang saya rekeman pada semua..sedap tak ingat dunia..kat chatucak memang byk gerai yang jual icecream ne tapi beli kat gerai belakang (ngadap gerai buah2an, sebelah dgn gerai2 jual barangan kaca), semangkuk 30 bth...

di Sala Daeng Station utk ke Platinum..

terserlah letihnya, tapi senyum tetap maintain yekkk hihihihi

odw ke Platinum, tak singgah pun so tak boleh nak komen lebih2..
yeahhh, part yg ditunggu..murahkan? kitaorang ambil satu jam..satu badan rasa lega yang amat...
*bersambung

You Might Also Like

0 comments

Subscribe