Trip To Bangkok Part V

Tuesday, December 21, 2010

Last day kami di BKK, masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Almaklumlah kitaorang ambil flight malam so memang ada byk masa utk round2 kawasan sekitar. Next place yang kitaorang p Grand Palace by boat menyusuri sg. chao phraya..
Ini pemandangan di sebelah kiri saya, BKK yang moden...Saya kenal hotel ne pun menerusi rancangan Amazing Race, kalo idak tak heran pun hehehe

Ini pulak pemandangan di sebelah kanan saya, perbezaan yang ketarakan? Sekali tgk tak ubah macam rumah dalam citer Nang-Nak..hehehe

Nak ke Grand Palace dari boat stesen memang kena menapakla. Ala bukan jauh pun, dalam 5-10 minit berjalan kaki..Kalo tak tau nak ikut arah mana, ikut aje pelancong2 yang ada sure derang pun menghala ke destinasi yang sama *wink* Sini memang sesakla dengan pelancong dan kenderaan yang lalu-lalang...Jadinya, hati2lah ye..

Jgn ingat nak masuk tu free ye? Semuanya berbayar tau..So seorang 350bth lebih kurang dalam RM35 duit kitalah..Kalo kedekut, sila dok luar yek :D. Nak masuk sini kena pakai pakaian yang sopan (macam kita masuk masjid jugakla), kalo tak kenalah sewa kain yang derang sediakan (kena bayar tau, tapi time keluar boleh minta balik duit deposit itu)..

Inilah keadaan di dalam Grand Palace..Meriah tak hengat donia!! Kawasan memang luas, rasanya hampir separuh hari kitaorang habiskan di sini, berposing selagi ada ceruk yang menarik utk diabadikan di lense kamera (cewahhh giler skema ayat)...

Ini pulak dari sudut yang berbeza (area toilet). Cantik dan terjaga sungguh kawasan nie...

Kalo rasa2 nak sesat, sila baca signboard yang ada...Hah, jgn ingat pulak takde yang sesat dalam tu tau hihihihi (kitaorang dok pusing2 kawasan yang sama utk cari jalan keluar :D)

Cantikkan? (saya takde idea nak mengarang hari nie)

Setelah puas berposing di GP, kitaorang gerak ke Mak Yah Restoran berdasarkan kepada review2 best yang dibaca di tenet. Mula2 ingat nak ke CPR aje tapi disebabkan nak kelainan kitaorang pun buat keputusan utk cari Mak Yah sampai jumpa (cewahh, ayat penyedap cerita aje ne). Dengan bantuan Samat (driver taxi yg kitaorg jumpa di area GP), setelah singgah di kedai cenderamata tah kat mana tah, berjaya jugak kitaorang ke MYR...yeaaaaaayyyyy, sekali lagi apa yang kitaorang plan berjaya direalisasikan. Nasib agak baik mgkn sebab dah lepas lunch hour, banyak meja kosong..Apa yang bagus kat sini derang boleh berbahasa melayu tau dan sgt2la friendly nya



3 gambar di atas antara menu yang kitaorang ambil...Sedapnya, tak tahu nak kata macam mana, pendek kata terasa hingga ke tulang hitamla (tu dia ko). Saya rasa kat sini masing2 at least 2 pinggan nasi seorang tau..Jadinya korang boleh bayanglahkan betapa sedapnya :D Tom yam dia memang terasa hingga ke lapisan terakhir perut (erk! :D) Ikan siakap kukus ngan lada tu (tah apa namanya) sedap hingga menjilat jari (kalah kfc)..Ishh senang citer p la rasa sendiri baru korang tau kesedapannya macam mana hahahah...Apa yang best kat sini (selain makanan) kitaorang dilayan seperti di 5 star hotel tau..adoiii syoknya, sukanya! :D So pada sapa2 yang nak p BKK, restoran ne wajib singgah ye...

Betul tak cakap saya, licin hingga ke titisan yang terakhir tu :D Masing2 dah senak dah time ne, lama jugakla kitaorang lepak kat sini sambil beramah mesra dgn tokei kedai suami isteri (mmg bagusla derang ne)..setelah puas, then jalan kaki ke train yg terdekat utk balik ke hotel..

Yeahhhh, perut dah kenyang kena pulak berjalan kaki ke MRT terdekat dgn hotel utk ambil express train ke airport...dipendekkan citer (dah malas nak ngarang dah ne), saya sgt puas hati dengan percutian kali ini + teman2 yang tersangat best..Ikut hati tak mau balik dah, nak cari orang sana terus (wakakaka)... Ada rezeki, I'Allah pertengahan tahun depan nak join derang ne ke NZ pulak...Jumpa lagi la ye di percutian akan datang :D
*Coming soon Bkt Tinggi, Indonesia

You Might Also Like

0 comments

Subscribe