Trans Java : Part IIII -> Jogja (1st day)
Sunday, April 10, 2011
Hari baru di Jogja bermula seawal 5.30am. Sedar pun sebab jam hp berbunyi (lena sungguh tidonya). Cuaca cerah tapi sayangnya hujan turun secara tiba2 dgn agak lebat. Sementara menunggu hujan redha, kami layan breakfast (nasi goreng + teh o + betik) yang disediakan oleh pihak hotel.

Cuaca kembali ok, kami terus ke bangunan sebelah utk menyewa 2 biji motor. Lokasi pertama yang diterjah pagi itu adalah Tamansari yang terletak di kota jogja. Tamansari ini dahulu2nya merupakan royal garden bagi sultan jogja dan kaum kerabatnya (termasuklah gundik2 beliau). Kawasannya sangat luas, ada kolam untuk mandi-manda & ada kawasan untuk anakanda2 baginda bersantai. Entrance fees Rp7k/person dan tambahan Rp1k untuk kamera huhuhu. Jadinya, sila simpan dahulu kamera masing2 ye.. saya tak tau pun ada tambahan bayaran utk kamera, jadinya terkenalah huhuhu~ Kalo nak ambik local guide pun boleh, bayaran bergantung kepada kita (kira sedekahlah). Apa pun tak rugi ambil derang ne sebabnya info yang disampaikan mmg bagus dan berbaloilah kalo korang keluarkan duit utk tujuan itu. Apa pun, pilihan ditangan masing2. Di sini jugak terdapat bahagian di mana terdapat demo untuk membuat wayang kulit, kalo berkenan blh beli sebagai kenang2an (x beli pun, ongkosnya enggak ada). Puas pusing2, bergambar sana-sini kami ambil keputusan untuk ke destinasi seterusnya, Kraton Jogja (Sultan Palace).




Keadaan parangtritis agak kurang terurus (pada saya). Banyak sampahlah kawan2, sayang rasanya kawasan tumpuan pelancong seperti ini diabaikan. Ombak di sini agak tinggi dan agak menakutkanlah bila2 sesekali kelihatan huhuhu~jadinya disini tidak digalakkan untuk aktiviti mandi-manda (tapi ada gak yang berkubang). Apa pun yang penting berhati2… Kami lepak di sini lama jugaklah semata2 untuk menikmati sunset. Sambil2 tu kami pekena jagung bakar panas (tasya sure suka part ne) yg dijual oleh penduduk tempatan. Habis makan baru gerak balik ke kota Jogja (ujan lebat lagi, lencun dibuatnya).

rasa jagung ne, manis2 pedas..macam mana tu?
Kami singgah di hotel sebentar kerana hujan yang lebat walhal plan asal nak terus ke Jl. Malioboro untuk dinner. Lepak2 di hotel sat, pastu masing2 buat keputusan utk redah ajelah. Sekali lagi, lesehan yang kami serang. Apa yang istimewanya lesehan di malam hari, kita akan duduk bersila sambil menikmati hidangan, takde dah kerusi macam di siang hari (seolah santap di rumah sahaja gayanya). Sambil2 makan, pemuzik jalanan (ngamen kan fatt?) akan menghiburkan kita (nk request lagu pun boleh). Menu kami mlm itu masih sama seperti di siang hari; berselera menjamu selera sambil menikmati muzik yang dihidangkan. Setelah puas, akhirnya kami kembali ke hotel untuk merehatkan badan…
2 comments
akak.. sedap x makan jagung tu? kekkekke.. nak saya share pic x?
ReplyDeletep/s: cantik gambo2 awok tu..
pssssttt adik jijah, awok jgnlah buet koi mcm ne weeeeehhhh!!koi meghajuk ngan awok nanti, baru awok tahu kuui3
ReplyDelete*tak payah puji, mmg dh lama tahu gambo2 koi tu cantik2 belaka ahahaha