New Zealand : Part I

Saturday, June 18, 2011

Dari malam tadi sebenarnya saya cari mengadap pc ne dengan harapan adalah idea datang utk saya update perihal pengalaman saya di NZ tapi jenuh idea tak juga kunjung tiba. Hingga saat ini, idea tetap tiada; untuk mukadimah pun jenuh dok pikir2, sampai terpaksa minta idea dari kawan saya tapi cehh idea merepakla pulak yang dibagi hehehe~ So, maaflah kalau ayat/susunan bahasa yang tahapa2 ye kekawan, anggap ajelah saya terpaksa/dipaksa untuk membuat entry kali ini :D

Trip ke NZ ini sebenarnya idea asal datang dari tasya dan mofu yang berjaya merembat tix murah dari website jetstar tetapi mgkn sebab nasib kami ber’4 ini agak baik, AA pulak buka route ke NZ, direct flight ke Christchurch takan nak lepaskan peluang ye tak? Tak acilah derang berdua aje yang p, kitaorang pun nak p jugak :D jadinya, nahhh dari berdua menjadi 7 orang; meriah2 :D

Untuk trip kali ini, kami berpecah kepada 2 kumpulan. Mksudnya tasya dan mofu gerak ke CH pada 3hb manakala yang selebihnya pada 6hb; flight 11.40pm, terus ke CH.

6 - 7 June 2011 : Puchong - LCCT - Christchurch

Kami di kehendaki berkumpul di hadapan McD, LCCT 8.40pm tetapi biasalah janji melayu hehehe. Saya bertolak dari rumah ke ERL Putrajaya pada 8.00pm. Kononnya sempatlah sampai on time tapi nan ado!! Hehehe~ Saya terlepas train, dan terpaksa menunggu hampir 30minit utk train yang berikutnya huhuhu~Dari stesen Putrajaya ke Salak Tinggi, tambang sebanyak RM5.50 including tambang shuttle bus ke LCCT. 1st time sebenarnya saya ambil shuttle bus ne, kebiasannya ada yang sudi menghantar terus ke LCCT. Takpelahkan, pengalaman baru hehehe~ Dari Salak Tinggi ke LCCT pula mengambil masa 20minit utk tiba. Jadinya, saya sampai ke LCCT ngam2 9.30pm, dan kawan2 yang lain sedang elok check in di kaunter AA. Fuhhhh, lega!! Bertambah lega apabila, kami dapat seat sebelah menyebelah; skurang2nya adalah teman berborak di waktu kebosanan.

“Sekadar makluman, tiket utk shuttle bus ini tidak dijual berasingan, jadinya kalo tak beli sekali dgn tiket ERL, terpaksalah cari alternatif lain seperti teksi utk ke LCCT. Dari stesen ST ke LCCT mengambil masa dalam 20minit. Jadinya, kalau plan nak naik ERL, sila plan betul2 perjalanan korang....”


Ini pengalaman pertama saya menaiki AirAsiaX. Seat takde bezanya dengan flight yang pernah saya naiki sebelum ini. Perjalanan dari KL-CH mengambil masa dalam 10jam; kematu giler montot tau. Kami tiba di CH dalam 1.45pm (perbezaan waktu adalah 4 jam awal); 10minit awal dari yang sepatutnya.

Jangan lupa isi arrival card ne. Patutnya column 2a tak payah diisi tapi excited terlebih, semua benda habis diisi, bila baca balik "laaaaa, x payah isi rupa2nya" :D Apa2 aje makanan/ubatan yang ada dalam beg (wpun sebiji panadol @ sebgkus biskut) declare aje..jgn risau, takde apa2 pun.

Yeahh, finally tiba juga di CH!! Giler teruja ko ahakkks! Memandangkan kami membawa 2 kotak barang makanan dari Msia, jadinya kami agak lama sangkut di Imi. Mujurlah kami dah sedia ada listkan barang2an yang dibawa, urusan menjadi agak mudah. Alhamdulillah, lega sangat2 bila semuanya settle tanpa ada apa2 masalah.

Seterusnya kami terus gerak keluar untuk menunggu ketibaan tasya dan mofu. Rasanya hampir 20minit jugaklah kot kami menunggu tapi takpelah, sabar itu separuh dari iman :D Seterusnya kami terus gerak ke Kiwi House untuk bermalam semalaman di sana sebelum bergerak ke Lake Tekapo keesokan harinya. Cuaca, agak dingin tapi tidak sesejuk mana pun. Pemandangan di kiri kanan, memang best err maksud saya sangat cantik. Maklumlah dah masuk winter, jadinya pokok2 byk yang dah togel. Satu pemandangan yang baru buat saya; syukur alhamdulillah diberi peluang utk menikmatinya. Sesekali kami dapat melihat kesan dari gempa last year; bangunan banyak yang retak dan ditinggalkan kosong + jalan2 pun banyak yang ditutup. Lantaran dari itu, kalau saya katakan kami tak sesat nampak sangatlah menipunyakan? Sesekali sesat jugak dan terpaksa mencari jalan alternatif utk ke Kiwi House. Setelah beberapa ketika, dalam 3.25pm kami selamat tiba di Kiwi House.

Bilik dah ada, katil pun dah ada, rasanya korang boleh teka kot apa aktiviti kami seterusnya :D Hah, takat berkubang aje yekk, tido2 takde sebab kami perlu bergerak ke PakNSave untuk shopping barang2 makanan. Ohh ok, sebelum citer pasal makan kita citer pasal bilik dulu la yek hehehe~ Memandangkan kami ber'7 jadinya dorm adalah yang terbaik. Terasa macam kembali ke zaman sekolah la pulak hehehe~ Rate NZD23/person. Di sini kelengkapan asas semua ada termasuklah dapur/washing machine dah sebagainya. Guna ajelah sebaik mungkin dan kemas setelah digunakan. Kalau nk membasuh, sekali cucian NZD2 dikenakan dan tambahan NZD2 untuk dryer. Internet pulak NZD1 untuk 15minit. Barang2 kelengkapan di dapur seperti dapur,sudip, pinggan dan lain2 adalah free, guna ajelah..

PakNSave lebih kurang macam Giant jugaklah di M'sia. Harga amat berpatutan asalkan jgn dok gatai2 p convert harga ke RM :D Haih, pejam mata ajelah gunakan $$$. Kami borong sayuran yang 'tahan lasak' utk menampung 10 hari kami bertapa di sana. Selain itu juga, rembat susu, biskut dan lain2lah (issh tetiba tak boleh nak ingat apa yang kami borong huhuhu). Seketika kami di sana, terus gerak kembali ke Kiwi untuk prepare dinner.

Menu kami malam itu -> telur dadar, sup sayur campur, sambal ikan bilis dan hot milo. Satu kombinasi yang sangat mantapkan? hehehe~ Masing2 ambil peranan masing2la, ada yang sediakan sup, ada yang goreng telur, ada yang masak nasi, ada yang sediakan minuman, tukang basuh pinggan dan sorang tukang snap pic ahakkks! Uihh, pendek kata memang meriahla suasana, seronok pun ada. Settle semua, waktu utk santap..Perghh giler sedap ko walaupun makanan simple giler (lapar punya pasal :D). Settle urusan di dapur, terus ke bilik untuk mandi, solat dan zzzzzzzzz (baguskan lepas makan mandi dan tido hehehe)

Dalam 10.00 lebih kami ambil keputusan untuk keluar ke bandar untuk lihat2 kawasan sekeliling, memandangkan mata tak boleh nak lena walaupun jenuh dok paksa. Keadaan memang sejuklah tapi redah aje. Pusing2 bandar ehhh takde apa2 aktiviti pun. CH memang bandar matilah kawan2. Rasanya kalo korang nak golek2 tengah jalan beratus2 kali pun takpe sebab takde kenderaan pun yang lalu lalang huhuhu~ Oleh kerana bosan takde apa2 yang menarik, patah balik ke Kiwi House dan bincang2 kami ambil keputusan utk makan lagi :D kali ini kami sediakan salad kentang, roti + nutella berserta hot milo..sedap, panaskan badan. Borak2 sat, dan gerak balik ke blik..sambung balik bercerita, dan masuk tido dalam 1.00 am..

*bersambung..

You Might Also Like

5 comments

  1. yeaaah! dah selamat balik!! best nyaaaa.. anyway, i love paknsave. murah even after convert to rm.

    ReplyDelete
  2. err jelez nyeee!! sy nk gi hatyai pas raye nnti.. nak tips sikit :)

    ReplyDelete
  3. maharani, tqvm. NZ memang best!!rindu dgn biskut peanut brownies..kat sini takde jual huhuhu

    kemang, jgn jeles. I'Allah satu hari nanti sure akan sampai juga di NZ.hatyai?I'Allah saya boleh tolong takat yg saya tahu..apa2 nanti bgth ajelah ye..

    bdk2, trujakan dgn nz? :D

    ReplyDelete
  4. sy suka coklat whittaker's. sedap gilosss! eh! yang zila terMaharani maharani ni apa hal?? Ni TOM la!! TOMATOSAUCE.

    ReplyDelete

Subscribe