I'm back!! yeayyy!!
Friday, June 17, 2011
Alhamdulillah, saya dan teman2 telah pun selamat pulang ke tanahair setelah 10hari memerah poket kasi garing di New Zealand. Saya tak tahu macam mana nak ceritakan/gambarkan pengalaman saya di sana sebabnya semuanya terlalu indah untuk dikenang (x sampai 24jam di sini dah terkenang2, haru sungguhla).
Apa yang saya belajar di trip kali ini adalah pentingnya semangat setiakawan; susah senang digalas bersama. Bukan mudah utk berada di tempat orang selama 10hari lebih2 lagi apabila keadaan persekitaran banyak membataskan 'keselesaan' kita. Makan minum terutamanya dari segi halal/haram, culture dan sebagainya perlu diambil perhatian. Apa pun bak kata pepatah "masuk kandang kambing, mengembek; masuk kandang harimau, mengaum; masuk kandang lembu, menge'muuuuuuu (erkkk!)"; pandai2lah sesuaikan diri. Jangan kita ingat atau berharap sangat2 situasi di sini sama dengan situasi di sana. Mana2 pun kita pergi, kenalah pandai sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kalau rasa macam susah/payah sangat, duduk ajelah di rumah tak payah buang masa, buang tenaga dan buang $$$, travel sana-sini.
Ini pengalaman pertama saya keluar dari zon selesa saya dalam erti kata yang sebenar2nya. Yelah, apa2 jadi jauh giler tu nak patah balik. Nak naik tongkang pun rasanya tak sanggup. Paling saya risaukan sebenarnya masalah bahasa. Almaklumlah penguasaan bahasa Inggeris saya setakat sedang2 sahaja; nak paham tu I'Allah ok tapi utk berkomunikasi rasa takut2 tetap ada. Tapi, yelahkan tak cuba kita tak tahu. Bila berada di dalam komuniti mereka, kenalah mencuba. Alhamdulillah, takde pun pengalaman kena 'terkam' atau kena 'sekeh' atau apa2 ajelah bila 'nahu' tak betul. Derang ok sahaja, so rasa confident tu datang dengan sendirinya. Alhamdulillah. Jadinya, terus terang saya selesa sangat berada di NZ; tak terasa pun macam orang asing atau makhluk asing yang datang dari planet tah mana2. Ikut hati memang tak nak balik, tapi akal mengingatkan saya betapa beruntungnya saya menjadi rakyat Msia; semuanya ada di sini, jadi saya mesti balik. Oh ye, rakyat Msia yang kami jumpa di sana pun majoritinya teramatlah peramah (kecuali 2-3 org yang poyo tak ingat dunia).
Tunggulah weekend ini kalau saya rajin, saya akan start kongsi pengalaman saya di sana. Kalau tidak, nanti2lah...
*kepala bagai nak pecah sebab tak boleh tido malam tadi, terkujat dengan perubahan waktu & cuaca ahakkss!! (poyo ajekan :D)
2 comments
zilla! aku menanti pengalaman kamuuu....pasni giliran aku lak! x sabarnyaaa....
ReplyDeletepls letak teaser skit. kekeke
waaa...bez nye pegi nz..btw sy travelholic juga di sini.. dah msukkan blog kamu dlm blog list :)
ReplyDelete