Medan : Part II (Hari Pertama)

Saturday, September 24, 2011

Masih lagi di hari pertama..


Sebenarnyakan, misi kami pada petang itu adalah menunggu kemunculan matahari tapi sayangnya sampai ke sudah tak muncul2. Merata kami pusing dan berpatah kembali ke tempat yang sama (perkuburan Kristian Balige) tetap menghampakan; haih, memang takde rezekilah nk tengok sunset di Lake Toba.

Destinasi kami berikutnya selepas puas melepak di kawasan perkuburan ialah perkampungan Balige. Mengikut cerita pak supir (malaihla nak sebut nama, takut tersalah sebut nanti orang ingat saya 'Rindu' padanya), perkampungan ini memang menjadi pilihan tourist dari Eropah disebabkan viewnya yang cantik. Ada sebahagian daripada mereka menyewa di rumah penduduk tempatan berbulan lamanya semata2 untuk menikmati gaya hidup di kampung. Kebetulan petang itu kami berjumpa dengan seorang pelancong dari Eropah yang dah 6 bulan bertapa di situ, wahhh dah boleh bersembang dalam bahasa Indonesia kau!  Hebat sangat!!

Segan sebenarnya nak masuk ke kawasan ini tapi bila supir kata derang ne ok, buat ajelah muka tak malu. Apa yang pasti derang semua sangat sporting dan ramah. Paling best, kerbau bersepah2 tu heheee. 1st time tengok kerbau dari jarak dekat, besar rupanya ye hehehe. Rumah beratap minang itulah rumah adat suku kaum Batak. Tingkap kecik sangat, saya bayangkan derang tak terhantuk ke bila berjalan dalam rumah tapi bila saya sendiri masuk ke dalamnya, rupanya dalamnya luas sangat2..Tulah dianya, suka buat rumusan yang bukan2 huhuhu. Bawah rumah pula (yang berpagar tu) merupakan kandang kerbau. Tak boleh bayangkan macam mana derang boleh hidup sekali dengan kerbau

'Ibu, saya ambil picture ibu ye? Bolehkan bu?'.. Izin tu perlu sebelum kena hambat dengan parang hehehe. Ibu ne memang sporting gilerla, muka manis je..Saya suka pic ne, sangat2 suka :-)

Ini lagi satu pic kegemaran saya..pandailah adik ini berinteraksi dengan kamera huhuhu

Puas merakamkan aksi di perkampungan tersebut, kami sepakat untuk berpatah balik ke perkuburan. Ini antara view kawasan sekitar. Saya buat kesimpulan kegiatan ekonomi utama penduduk di sini adalah pertanian..
Pertengahan perjalanan, pak supir bertanya kepada saya samada ingin melihat budak2 berkubang di longkang atau pun tidak. Katanya bagus kalau nak merakamkan aksi budak2 ini. Terus angguk 'nakkkk!!'. Apa yang bagusnya di sini, walaupun ianya merupakan kawasan terbuka tetapi jantina yang berlainan tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Memang ada tertulis 'Wanita', so lelaki memang tak boleh masuk ke kawasan ini. Bagus sangat ok sebabnya kawasan ini tidak ditutup dengan sebarang kayu atau kain, cuma dipagar oleh tumbuh2an liar. Kagum dengan semangat mereka yang menghormati antara satu sama lain. Cuba perkara sama diamalkan di Malaysia? Emm harulah.. 

Sedang asyik melayan kerenah adik2 yang sedang berkubang dalam parit, tiba2 kawan saya minta saya paling ke belakang dan lihat ke atas. Subhanallah, pelangi petang..Sekelip mata ianya muncul dan sekelip mata juga ianya menghilang.

Layan ajelah..si pengembala kerbau..

Kami kembali ke tempat lepak, pinggir lake toba untuk melihat sunset. Ini ajelah yang sempat dirakamkan walaupun hampir 11/2 jam kami lepak di situ. Kurang bernasib baik melihat langit bertukar warna kepada kemerah2an. Walau bagaimanapun, kami masih bernasib baik dapat melihat bintang2 di langit. Syukur, malamnya langit kembali cerah tidak berawan, kalau tidak sure penantian kami menjadi sia2.

Sambil2 lepak melihat bintang, supir offer kami bermalam dirumah temannya untuk save budget (maklumlah budgetkan dah lari huhuhu). Dok pikir nak, tak nak..Ikut hati memanglah nak sebab boleh save hampri Rp100k, tapi kesian la pulak takut temannya tak selesa. Fikir punya fikir kami minta supir carikan budget hotel aje utk kami, yang penting boleh tidur dan tiada momok (harus heheh). Jadinya kami kembali semula ke pekan Balige untuk mencari hotel dan di Mezra Hotel kami tercampak hehehe. Semalam Rp150k including breakfast. Oklah, bilik basic habis, tilam empuk, tv pun ada. Letak beg, kami bergerak keluar untuk mencari makan dan meninjau kawasan berhampiran.

Makan di warung aje, tapi kaw2 kena kelentong..2 pinggan mee goreng dan teh panas, Rp20k. Saya tahu mereka menipu sebab terdengar perbualan tokei warung dgn kawannya. Sangat ampehhhh!! Mee goreng sedap tapi pedasnya saya tak tahulah nak cakap macam mana, sampai saya rasa kepala saya nak pecah sebab menahan kepedasannya. Perut saya sampai keesokan harinya terasa panas, memang giler2 punya pedaslah. Haih, sapa2 yang turun Balige trylah makan kat gerai tu..tengok korang boleh  tahan ke tidak hehehe..

Perut dah kenyang, singgah di kedai utk beli sim card dan ke cyber cafe utk update status pada family di KL..Apa yang bestnya cc di sini, kalau nak check email dan layan fb ianya free. Pelik tapi benar. Apa motifnya saya pun tak tahulah..Settle semua urusan, patah balik ke hotel dan zzzzzzzzzzzz sampai pagi..

*bersambung utk hari ke-2

You Might Also Like

12 comments

  1. amboi aku pulak dituduh...mmg ko jap2 taip Ridu, jap2 Rindu...hahaha :D

    oi ko lepak kat kubur takde momok mengikut ke? ko pasti takde? hahaha

    masa ko pegi kampung tu dorg takde mintak sen ke sbb amik gmbr? mmg byk ke umah2 minang camtu? aku ingt la kan, klu aku pegi next time aku nak bawak baju2 lama yg tak pakai, sambil2 tu bleh sedekah kat dorg...mesti dorg seronok kan? insya Allah nak buat suatu hari nanti :)

    eh yg pasal cc tu mmg betoi ke pree? ko pasti? ntah2 tu cuma strategi tokey cc nak mengorat ko secara halus..hahaha...

    ReplyDelete
  2. norh, terima kasih byk..biasa aje dehh pic2 tu..



    fatt, awat sentap cheqqq?aku tak sebut pun nama ko tau hehehe.

    woitt apa momok2 ne.cukup2lah tu aku dah tak larat dh ngan momok2. I'Allah aku confirm derang tak ikut aku balik, kalau tak sure aku dah sakit2 dah ne ehehe

    wahh bagus niat ko tu..I'Allah bila2 ada slot, kita p aje tak payah nak pikir panjang..lepak lama sikit kat toba sebab medan takde apa pun sangat..

    yuppp free la beb..takde maknanya derang nak ngorat aku..kalo ko tak percaya ko tanya kawan aku tu..

    ReplyDelete
  3. ha dah pegi ye? so apa perasaan? hahaha...umah batak tu pun i ada singgah...tapi tak masuk la...

    ReplyDelete
  4. biqque, perasaan bercampur2 ne..tak puas hati, nak repeat hehehe

    ReplyDelete
  5. aww~ termiss rainbow
    smua psl batery pitam!

    ReplyDelete
  6. klu tiket return dlm 150 aku bley consider la..apa salahnya kan..tp ko kene ehem...bwk supir Rindu ko tu la...hahaha :D

    ReplyDelete
  7. maso.tee, next time bawalah bateri spare hehehe

    fatt, kalo promo ko boleh dpat tix bawah RM50 return tapi tu la, tak koser pula nak nunggu promo hehehe..owhh ko nak jumpa RINDU aku tu ekkk?ok2, boleh aje :D

    ReplyDelete
  8. huh nak ripit? hahahaha...kitorang dah sudah2 la ngan indon ni...banyak dah cover...

    ReplyDelete
  9. biqque, harus!!! kali ini nak angkut fatt dan tasyha pulak.hehehe..saya tak boleh stop ke indon,byk yang menanti saya di sana ;)

    ReplyDelete
  10. hahaha angkut fatt gi cari mamat jerman kat sana :D

    ReplyDelete
  11. hangkut, jgn tak hangkut. aku nak jumpa buah ati ko a.k.a Rindu itu...ehem...hahaha

    what???!!! return bleh dpt below RM50?? ko biar betik!! ko dpt tiket ni below 50 ke? omg!!

    ReplyDelete

Subscribe