Medan : Part I ~ Horas!!!
Friday, September 23, 2011
15/9/2011 : LCCT - Medan - Balige
Assalamualaikum.
Gigih nak taip entry mengenai Medan. Susah kalau semua benda kena bergantung pada mood. Lebih2 lagi dengan keadaan sekeliling yang kurang memberangsangkan, so idea memang terencatlah tapi saya cuba. Nak peram lama2 tu boleh tapi sure akan lupa banyak perkara maklumlah dalam kepala otak ne banyak benda yang nak difikirkan...
Plan ke Medan ne sebenarnya memang dibuat dalam keadaan mengejut. Idea giler datang tak sampai sebulan terus cari info2 yang berkaitan dan nekad 'aku mesti ke Medan'. Lagaknya macam dekat ajekan Medan tu, tapi hakikatnya memang dekat pun tak sampai 45minit dah sampai hehehe. Tiket saya beli 3 hari sebelum berlepas. Kalo tak silap time tu ada promo 20% diskaun utk semua destinasi AA, kiranya memang dah rezeki dapat 40% diskaun, RM260/return. Ya, saya tahu mahal tapi hentam ajelah labu. Hati dah nekad nak p, pejam mata ajelah huhuhu
Plan asal bertiga ke sana tapi tak tahulah nak kata apa, sorang batalkan 20/30 minit sebelum flight berlepas. Alasan yang diberikan, kesiangan. Oklah, malas nak ingat lagi buat darah mendidih aje. So, berdualah saya ke sana dengan budget giler lari waaaaaaaaa. Kecewa, sedih dan marah tapi takpelah saya anggap ajelah ujian utk kami berdua. Dah la masing2 bawa ngam2 Rp1juta, so memang harulah. Buat orang itu, terima kasih sebab membuka mata saya. Sampai hatikan?
Our flight 7.40am tapi 5.20am saya dah terpacak di LCCT. Time tula nak cari money changer, solat dan sarapan sementara menunggukan ketibaan rakan2 yang lain. Perjalanan mengambil masa 45minit dengan cuaca yang kurang memberangsangkan, mendung dan agak berjerubu. Tiba di Polonia Airport, Medan 7.35am; beza masa lebih kurang 1 jam. Pergerakan di imigration memang lancar sebabnya tahun ne aje dah beberapa kali saya ke Indonesia, so prosedur di kaunter pun berkurangan. Lega! Pantas pergerakan kami pagi itu. Alhamdulillah, sekurang2nya darah saya tak naik buat kali ke dua..
Saya terus mencari Ridu, supir yang saya kenali melalui fb. Ridu ini sebenarnya journalist di Medan so saya kira agak beruntung dapat berkenalan dengannya dan berjaya menggunakan khidmatnya. Destinasi pertama, rumah Ridu untuk menukar transport. Ala tak jauh pun dari airport, dalam 10minit aje. Sepanjang perjalanan dok layan Ridu berbual. Suasana di Medan, sama jugalah seperti bandar2 lain di Indonesia mecet sana-sini. Cuma bezanya di sini derang kurang main hon, lega. So settle everything kami terus bergerak ke Parapat. Menurut Ridu, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 6 jam bergantung kepada kondisi jalan. Ayakkk, 6 jam tu lebih kurang jarak macam nak ke Kuantan tu..giler jauh. Kematu bontot? Tidaklah. Lena pun sesekali aje sebab teruja dengan pemandangan di sepanjang perjalanan..
3 jam perjalanan kami singgah di Kebun Rambutan untuk makan lemang. Hah, jangan ingat kat Msia aje ada lemang tau, sana pun ada. Rasa, texture, cara penyediaan semuanya sama (sorryla lupa snap pic) cuma bezanya lemang di sana di makan dengan homemade kaya dan saiz buluh yang digunakan sangatlah comel. 1st time masuk mulut, tekak tak boleh nak terima kerana rasa lemang itu sendiri yang lemak2 masin dicampur pula dengan rasa kaya yang manis menyengat tapi bila beberapa ketul selamat masuk ke perut, ya, enak juga!! (mungkin sebab lapar kot). Selain lemang style sumatra, kami juga diperkenalkan dengan jus terung belanda (rupa macam tomato tapi saiz lebih kecil) yang hanya boleh ditemui di sumatera utara sahaja (katanyalah). Kalau di Msia ne, jangan haraplah saya nak makan terung apatah lagi kalo nak dibuat jus tapi kat sana, layan ajelah. Rasanya? Emm sebiji macam rasa jus jambu batu..Total kami habis Rp48,000 untuk sebatang lemang dan 3 gelas jus terung belanda..layannnnn..
Perjalanan diteruskan lagi hingga kami tiba di kawasan hutan penuh dengan rimbunan pokok pine (kot). Maknanya perjalanan sudah semakin hampir ke Lake Toba. Bila imej lake itu sendiri muncul di depan mata, haih giler teruja jadinya. Mana taknya dah lama pasang impian nak ke Lake Toba, akhirnya berjaya juga!! Syukran Ya Allah, umpama mimpi jadi nyata..
Perjalanan diteruskan lagi hingga kami tiba di kawasan hutan penuh dengan rimbunan pokok pine (kot). Maknanya perjalanan sudah semakin hampir ke Lake Toba. Bila imej lake itu sendiri muncul di depan mata, haih giler teruja jadinya. Mana taknya dah lama pasang impian nak ke Lake Toba, akhirnya berjaya juga!! Syukran Ya Allah, umpama mimpi jadi nyata..
Tak sure apa nama tempat ne, tapi dah tak jauhla dari Parapat. Emm, yang berbumbung ala2 minang tu adalah kuburan suku kaum Batak. Majoriti penghuni di Parapat/Lake Toba adalah terdiri dari kaum Batak dan beragama Kristian, tetapi jangan risau ada juga segelintir daripada mereka yang beragama Islam; jadinya jangan risau bab makan, ada aje yang halal menanti kita (masakan padang).
Cuaca di Lake Toba dan Medan itu sendiri, susah diramalkan. Kadang kala hujan, kadang kala panas dan kadang kala mendung. Apa yang pasti, hujan memang turun setiap hari tapi sekejap2. Jadinya, kalau nak ke Medan, sediakanlah apa2 yang patut..
Cuaca di Lake Toba dan Medan itu sendiri, susah diramalkan. Kadang kala hujan, kadang kala panas dan kadang kala mendung. Apa yang pasti, hujan memang turun setiap hari tapi sekejap2. Jadinya, kalau nak ke Medan, sediakanlah apa2 yang patut..
Church di Parapat. Saya minta Ridu berhenti sebentar di gereja memandangkan suasana ketika itu sangatlah cantiknya. Ala, boleh aje masuk, I'Allah..Takat nak ambil picture aje pun. Kami singgah sekejap aje di Parapat kerana destinasi utama kami adalah di Samosir (plan asal). Kebetulan kami sampai di Parapat ini dalam 1.30pm, so Ridu suggest utk pusing2 kawasan sekitar memandangkan feri pengangkut ke Samosir hanya akan tiba pada jam 4.00 pm. Cadangan dari Ridu ketika itu, Dolok Tolong; untuk snap pic Lake Toba dan kawasan sekitar dari puncak gunung, yeayyyy!!
Perjalanan ke Dolok Tolong mengambil masa lebih kurang satu jam la..Oleh kerana kami dah pun melepasi waktu makan tengahari, perut masing2 pun dah mulai berkeroncong. Ridu stop di salah satu warung masakan padang di Porsea kot (apatah nama tempatnya, sungguh tak ingat). Warung tepi sungai, suasana pula dingin jadinya kami makan dengan selera sekali. Settle makan, kami belasah pula rambutan yang dibeli oleh Ridu dalam perjalanan ke Parapat.
Menu kami, yang atas tu gulai kulit kerbau errkk, sumpah tak sanggup nak makan! huhuu..Kami sentuh ikan goreng, sambal cumi dan sayur kacang masak tempe berserta teh botol. Total untuk lunch kami bertiga Rp78,000, makkk aiiii sangat mahal ok!! huhuhu
Perjalanan diteruskan utk ke Dolok Tolong. Seperti perkampungan lain di Sumatera, mata dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang bikin gua teruja ok!! Haih, bilalah nak merasa berkubang dalam petak sawah ne huhuhu..
Akhirnya setelah mendaki gunung yang agak curam, kami tiba di puncak Dolok Tolong. Cantik giler tapi sayangnya cuaca kurang menyebelahi kami. Mendung dan hujan turun dengan selebat2nya. Lepak sat aje kat puncak tu sambil membelasah buah salak. Oleh krana hujan kami terpaksa bergerak turun dari gunung memandangkan keadaan jalan yang kurang baik utk sebarang pergerakan dari kenderaan. Takde rezeki kami..
Nak view yang best? Sila panjat tangga ini ye, kawan2. Waktu naik sedap aje, sedar2 dah sampai atas. View dari atas memang mabeles kalau cuaca ok. Yang menjadi masalah adalah time nak turun. Curam giler tangga ne. Masing2 pakat merangkak untuk turun sebab takut tergolok jatuh ke bawah. Menurut Ridu, di sebalik pencawang yang ada di atas Dolok Tolong ini terdapat jalan rahsia/persembunyian tapi sayangnya beliau lupa nak tunjukkan. Takpelah, next time..
Seterusnya kami bergerak terus ke perkampungan Balige untuk melihat cara hidup kaum Batak Toba. Sebelum itu kami lepak di kawasan perkuburan Kristian di sana untuk melihat dan merakamkan keindahan lake dari situ. Wow, memang terbaiklah kawasan tu, cantik tapi sayangnya tak ramai yang tahu kewujudan tempat ne. Kami lepak di sini hingga lewat malam semata2 untuk melihat bintang di langit; memang cantik bintang2nya, penuh permukaan langit...
Lake Toba sebelum hujan turun..Subhanallah, cantik sangat...
Lake Toba selepas hujan. Jenuh dok tunggu matahari muncul tapi tak muncul2, asyik berselindung di balik awan huhuhu
*bersambung utk hari pertama
13 comments
aku belum habis baca lagi tp gatal nak komen dulu sbb aku come across few things that amuse me.
ReplyDelete1. kejap ko taip nama dia Ridu, tetiba Rindu pulak...ecece...dah rindu ke? hehehe...
2. membaca air sungai? dkt paragraph Dolok Tolong tu...aku dah trgelak2..camne ko baca air sungai weh?
ok aku sambung baca.. :)
buah salak? omg, rindu giler buah salak..ni sume jijah punya pasal. aku ingt lagi kes aku baling kulit buah salak yg terkena korang tu. hahahaha :D
ReplyDeletebeb, aku teringin la nak pi...jom kita pi nak? agak2 klu kita naik motor sampai ke? jomla ajak jijah..
Zilla, cantiknyaa!!! saya akan terbang ke sana esok pagi. harap2 sume ok. tak sabar nk baca sume entry-entry awak..
ReplyDeletekena ikut cerita ni.. dah book tiket..he he
ReplyDeletefatt, ko tahu tak aku dah 2 malam tak tido..jadi kalo ada kesilapan tu ko abaikanlah, nanti kalo otak aku nak kembali waras, aku edit balik apa yang aku tulis hehehee
ReplyDeleteko giler apa nak naik motor.giler jauh beb..bukan sikit2 punya jauh tau.tapi kalo ko nak try apa salahnya hehehe..
aku pun plan nak repeat balik medan, byk lagi tempat yang aku tak cover..adik2 aku pun bising ajak aku bawa derang..tunggulah kalo ada promo nanti..
bdk2, wahhh esok ekk nak berangkat? enjoy2..medan ok, tapi udara tak begitu bersih.tapi kalo keluar kota, dijamin nak terlelap barang seminit pun tak sanggup sebab cantik sgt2..
peh mat john jalan lagi..gila cargas!
ReplyDeletezilla,
yelah2..aku abaikan typo ko tu. tapi klu ko nak ripit lagi roger aku ye...kita hangkut jijah sekali...wakakakaka~
norh, bila p medan ne? medan sgt best, percayalah heheh
ReplyDeletefatt, mcm mana boleh terniat hati nak ke medan ne? aritu kaw2 ko hentam aku bila aku kata nak ke medan hahaha..
ko tahu apa yang aku niatkan waktu tgk bintang2 di langit di Balige? aku niat, aku sure akan kembali lagi dengan korang semua. aku nak share keindahan yang ada dgn korang, jadinya nk atau tidak korang kenalah ikut aku hehehe. I'Allah boleh jadi ujung tahn ne dan boleh jadi awal tahun depan, ikut kepala dan mood aku hehehe ada byk tempat yang orang tak penah p, aku nak p dgn korang..I'Allah la hehehe
mak aih cun plak cuaca...masa kitorang gi, haram...tak cun sgt...
ReplyDeletepusing balik pulau tak?
Jumpa gak blog Zila..
ReplyDeletePengalaman travel sama mmg x bley dilupakn.
maso.tee, mana hilang cheqqq? no phone hilang, tak dapt nk contact..pengalaman tu ada yg sengal ada yang best..apa pun best dapat kenal semua di sana
ReplyDeleteecece..make a wish upon a shooting star gitew. bkn aku kutuk la..tp aku rasa cam ko dah pegi pastu ripit lagi, tp rupanya aku terconfuse dgn padang.hehehe..
ReplyDeleteklu thn depan nak pi boleh..tp biasala term aku percutian Rp1juta...lol! nak bajet travel la zilla, thn depan aku semput
fatt, hebatkan aku? hehehe.ala ko mmg, tiap kali kalo aku ckp nak p indon mesti berbakul ko bebel kat aku hehehe koser tau aku nak dengar hahaha
ReplyDeletekalo ramai bawah 1juta pun boleh beb..
assalam ....nak mintak tolong kasi n o supir yg korunk gune time kat sane ..tq
ReplyDelete