kau dan aku..kita berbeza

Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum


Saat entry ini ditulis, perasaan saya bercampur baur setelah menatap dan menyelami bait2 perkataan yang dititipkan oleh teman saya. Begitu indah bahasa yang digunakan, hingga terberkas dihati, sendu menguasai diri. Ya Allah, sungguh saya insaf!!

Sudah lama saya tinggalkan blog saya ini tanpa sebarang entry terbaru. Sungguh mood tidak menyebelahi saya dan saya agak busy dengan rutin harian saya di rumah dan di pejabat di samping kerja2 sampingan yang lain. Jangan ditanya apa rancangan terkini di televisyen kerana saya tiada waktu utk menatap apa yang berlaku di kaca televisyen. Saya stress!! Dan nah, gara2 tekanan yang melampau hampir seminggu kepala saya meragam, Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala saya seolah2 setiap urat dan salur darah yang ada berperang sesama sendiri. Dari pagi bawa ke malam, kesakitan tetap berulang dan Alhamdulillah, kesakitan ini semakin menghilang tanpa mengambil sebarang ubat2an. Mungkin Allah ingin menguji saya..

Kelmarin berjumpa dengan tasyha, berbual mengenai pelbagai perkara dan satu yang saya tertarik dan hingga saat ini membuatkan saya tidak berhenti berfikir 'matlamat/tujuan kita travel'. Ya, saya percaya, kita punya tujuan yang berbeza. Begitu juga saya. Saya travel bukan untuk menunjuk-nunjuk. Dan saya percaya setiap daripada kita juga tiada niat seperti itu; cuma kadangkala kita tiada daya untuk menghalang persepsi orang terhadap diri kita ini. Sejujurnya, saya travel untuk mencari diri saya sendiri. Orang tak tahu pergolakan dalaman yang berlaku dalam diri saya sepanjang tempoh 3-4 tahun ini. Saat di mana saya tercari2 ke mana hala tuju hidup saya; tercari2 dahan berpaut. Demi Allah, saya pernah melalui zaman kelam dan Alhamdulillah atas bantuan 2-3 orang kenalan rapat, saya temui diri saya sebenar, saya temui dahan utk saya berpaut dan yang paling penting saya temui Dia. Dia yang tak penah sedetik pun meninggalkan saya.

Kawan2 sering bertanya, kenapa saya kerap ke Indonesia. Family saya beranggapan saya punyai pacar di sana sedangkan hakikatnya saya sendiri sudah jatuh cinta dengan Indonesia itu sendiri; maksud saya, saya jatuh cinta dengan sketsa kehidupan di sana. Saya ke sana bukan mencari cinta hati tetapi saya ke sana kerana sketsanya.

Terimbau kenangan 2 tahun lepas ketika bercuti di Bandung; kali kedua saya travel ke luar negara. Saat di mana saya dikejar oleh seorang pengemis hingga ke lubang cacing. Bila saya fikir2kan balik, kenapa susah sangat untuk saya dan teman2 saya yang lain menghulur seribu dua kepadanya. Kenapa hati saya tidak terbuka untuk membantu mereka yang butuhkan pertolongan. Dek kerana terlalu memikirkan pesanan teman2 'jgn sesekali hulurkan wang pada pengemis di sana, nanti yang lain2 akan datang mengejar' hilang sifat2 kemanusiaan saya. Entahlah, banyak lagi peristiwa yang bila saya fikir2kan balik saya jadi insaf. Betapa kerdil nya saya..

Hidup ini, serba-serbi yang kita miliki saat ini hanyalah satu pinjaman; persepsi kita terhadap kehidupan juga berbeza-beza. Sampai masa, kita akan tinggalkan kesemua yang kita miliki. Nah, apa lagi yang akan menemani kita selain dari amal yang kita lakukan saat nyawa masih sentiasa menemani diri. Apa yang saya lakukan saat ini lebih kepada mencari ruang untuk merenung kembali kekhilafan diri, mencari ruang untuk perbaiki setiap lompang yang ada dan terus bertahan hingga ke titisan nafas yang terakhir. Apa yang saya harapkan saat ini, family saya faham dan menyokong setiap apa yang saya lakukan. Kita adalah berbeza; saya dengan matlamat saya, kawan2 dengan matlamat kawan2 tetapi jangan dilupa destinasi terakhir kita tetap tempat yang sama. Sehebat dan segagah mana pun kita menakluki dunia, lihatlah ke bawah; lihat di mana kita berpijak, jangan berterusan mendongak ke langit..

*sekadar luahan menginsafi diri. saya bukanlah penulis yang hebat tetapi di sinilah saya berkongsi rasa. maaf jika ada yang terasa

You Might Also Like

8 comments

  1. saya suka post ini...mudah-mudahan kita semua sedar. InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  2. klu ada button like mmg aku dah like. apapun aku like 100x.

    betul ckp ko, setiap org ada tujuan dia berjalan. masa mula2 aku terjun dlm hobi ni aku kalut sgt travel smpai aku tak tau apa sbnrnya yg aku cari...dan akhirnya aku dapat masa kali ke-? (dah lupa) travel secara solo. waktu tu barulah aku tau apa yg aku cari. sbb tu aku suka travel solo (jgn slah tafsir mksd aku, aku still sukaaaa travel dgn korang) sbb bila aku sorg2, itulah masa aku nak kenal siapa diri aku, strength & weakness aku dan mcm2 lagi. itu dr pandangan aku..

    aku masih tak puas mencari siapa diri aku, wlpun dah kenal sikit tp aku still blum rasa belum puas nak test setakat mana limit aku (setakat mana aku mampu handle pressure sorg diri)..dan aku rasa pasni more solo travel coming, and along the way aku hrp pencarian aku akan bertemu jgk...ecece...

    keep travelling beb! world is big enuff that we only hv explored 20%..byk lagi percent yg kita kena habiskan..hihi...


    ps : rindu la nak lepak dgn korang...sob sob sob... Y___Y

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. i suka entry u yang ini and i agree. setiap kali travel, hasil yg kita kutip semuanya berbeza walaupun kita pernah ke sana sebelumnya. kadang2 pengalaman kita dgn orang lain berbeza sama sekali, kerana kita melihat dr sudut yg berlainan.

    mulut orang sampai bila pun kita tak mampu nak kawal. semuanya tak betul ttg apa yg kita buat. biarkan aje mereka2 tu semua, asalkan kita x ganggu diorg sudah.

    i selalu ckp dkt my mom, kalau dah Allah takdirkan i mati masa travel, siapa kita nak mengubahnya? selagi niat i tak menyimpang, i rasa i tak perlu risau yg keterlaluan.

    harap u kuat dgn apa yg berlaku.. :)

    ReplyDelete
  5. zila.. tabahkn hati ok.
    aku suka sangat2 post ni.. motivate diri sekejap.
    keep on blogging ok..
    biarla org nk kata apa.

    peace !!! ~ rose ~

    ReplyDelete
  6. bdk2 @ john : terima kasih byk2..yupp mudah2an pengajaran yang kita dapat akan menjadi kita insan yg sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-Nya.



    fatt : tak payah la like sampai 100x..sekali pun dah cukup hehehe

    Aku banyak berfikir kebelakangan ini, tak tahulah kenapa, mungkin faktor umur kot (bak kata tasyha).

    Aku penah share dgn ko mengenai hadis 40, kan fatt? 1st hadith pun ada menyebut mengenai niat. So apa jua yang kita lakukan, apa jua yang kita perolehi semuanya hasil daripada niat kita. Sebagai contoh, kita niat travel sana-sini utk mendapat nama, utk kelihatan gah di mata orang..dan nah, itulah yang kita akan dapat. Persoalannya, adakah pengisiannya?

    (err macam ustazah la pulak aku hari ini)

    Bumi Allah ini luas kan fatt? Berpa % yg dah kita explored, kalau tgk diri aku ne rasanya tak sampai pun 1% hehehe. Setiap tempat ada warnanya. Indonesia begini warnanya, Singapore, India, China dan sebagainya juga punya warnanya yang tersendiri; bahagia dengan warna2nya. Warna2 ini, jika kita telusuri satu persatu, sure kita akan kembali kepada fitrah kehidupan, kan fatt? Entahla, susah aku nak luahkan apa yang terbuku di hati aku saat ini. Apa pun aku harap ko faham apa yang aku cuba ingin sampaikan...

    Aku teringin ke Jakarta sendirian, menyelusuri kota jakarta ’moden’ terus ke kota tua, tapi mereka2 yang berkenaan tak benarkan. Even kawan aku di sana pun tidak benarkan aku bergerak sendiri. Terlalu bahaya, katanya. Yelah, aku perempuan banyak yang perlu aku fikirkan terutama dari sgi keselamatan diri dan inilah yang aku nak ko titik beratkan. Dalam mencari diri, keselamatan perlu diutamakan. Bahaya ada di mana2, beb!!

    Yeahhh, keep travelling (bak kata ko).. tapi mak aku dah berbumyi, ayah aku dah bising..waaaaaaaaaa, aku harap mereka faham minat dan tujuan aku..It’s not about the money, kan fatt...aku rasa ko pun hadapi masalah yang sama..mudah2an satu hari nanti mereka akan faham keinginan kita I’Allah..

    * rindu nak lepak ajekan? bukan rindukan kitaorang hehehe


    anne : agreed with u!! mulut orang memang susah nak tutup. Kadangkala kita rasa kita dah buat yang terbaik, still ada sok sek, sok sek dibelakang. Akhirnya, lantak p lah korang nak kata apa, malas nak ambik kisah..
    Yupp, kematian sentiasa memburu kita, kan anne. Saya pasrah. Apa pun, saya harap satu hari nanti my family akan faham...


    lee_yana : trima kasih banyak ye..tapi err kenapa sekejap aje diri tu termotivasi? hehehe

    ReplyDelete
  7. like like like..actually kite buleh blaja something dari kehidupan dieorang..sy suka pegi tmpat yg lg mundur dri negara kite...supaya mata kite terbukak luas, belajar dari cara hidup dieorang.. kalo negara2 yg dah membangun ni, sy cam xde feel sgt nak pegi sane..cume bleh blaja pasal culture je la..

    err sori kalo silap

    ReplyDelete
  8. kemang~ ye betul tu..kalo nak belajar erti hidup, negara dunia ke3 tempat terbaik..byk yang kita boleh di sana..cuma tak semua orang yang boleh travel tempat2 seperti itukan? takpelah, as long as kita tahu apa yang kita nak, apa yang kita cari itu dah memadai..paling penting kita enjoy trip kita sebaik mungkin..

    ReplyDelete

Subscribe