Medan : Part III

Sunday, September 25, 2011

16/9/2011 : Toba Samosir - Medan

Bangun seawal 5.00 am. Janji dengan supir jam 8.00am bertemu di depan hotel. Pagi itu, perut saya meragam giler2 gara2 mee goreng pedas membahang. Mujurlah takat buat hal di hotel aje, kalau sepanjang hari jenuhlah. Manala nak cari public toilet huhuhu.

Breakfast pagi itu sangat hebat ok. Err maksud saya bukan dari segi makanan tapi dari segi layanan pihak hotel kepada kami. Breakfast dihantar terus ke bilik, oowhhh tiba2 'hebatnya!!!'. 5 stars hotel pun tak bagi layanan mcm ne tau hehehe. So sambil bermalas2 atas katil, kami layan breakfast; menu biasa aje roti, homemade kaya, telur rebus dan teh o. Alhamdulillah, tak payah nak pening-pening kepala nak mencari breakfast. Perut dah kenyang, kita jalan2 la pulak ye..

Pekan Balige

Pekan ini terletak 25km dari Parapat dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Kebetulan kami ada di sini pada hari Jumaat so sempatlah merasa suasana pasar pagi di pekan tersebut. Menurut supir, pasar pagi Jumaat adalah ditunggu2 kerana petani2 dari pelbagai tempat akan turun ke kawasan ini untuk menjual/memasarkan hasil tuaian mereka. Actually, setiap hari akan ada pasar pagi tapi tidak sebesar/semeriah pasar pagi di hari Jumaat. Pasar bermula jam 11.00am dan berakhir lewat petang. Kami tak sempat nak merasa kemeriahan pasar ini kerana perlu bergerak ke destinasi seterusnya akibat kesuntukan masa.

Bangunan beratap minang merupakan pasar bagi kawasan Balige kecuali hari Jumaat, gerai2 akan memenuhi sepanjang jalan pekan ini. Kami sempatlah merayap ke dalam kawasan pasar ini, ala takde beza pun mcm pasar pagi di Jln Othman, PJ. Kawan saya berminat dengan sehelai kain ne try tanya harga agak mahal + kualiti agak kurang baik.  

Beca di Balige. Setiap kawasan bentuk/rupa beca adalah berbeza.

Makam Nasional Raja Sisingamangaraja XII

Setelah seketika di pekan Balige, kami meneruskan perjalanan ke Soposurung untuk menziarahi kubur Raja Sisingamangaraja yang menjadi kebangaan kaum batak atas keberanian beliau melawan penjajah ketika Belanda menawan bumi Toba suatu ketika dahulu. Meninggal dunia pada 17 Jun 1907. Berdasarkan apa yang saya baca, kuburan asal beliau terletak di Taruntung tetapi atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tak tahu (hehehe!), ianya dipindahkan ke Balige. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk menziarahi tempat ini dan dari pemerhatian saya kawasan ini memang dijaga dengan rapi apabila melihat kepada kebersihan kawasan setempat.

Makamnya di tengah. Menurut Ridu dalam bekas putih itu terdapat tulang-temulang beliau. Manakala 2 makam yang berada di kiri kanan merupakan mereka yang gugur bersama2 dengan beliau. Saya ada baca tadi di blog Indonesia, setiap tahun akan diadakan upacara memperingati ulang tahun kematian beliau di sini sama seperti yang kita lakukan di Tugu Negara dalam mengenang gugurnya pejuang negara suatu ketika dulu.

Inilah monumenRaja Sisingamangaraja yang saya snap di Museum Batak.

Ukiran kaum batak, memang mudah dijumpai di sini. Yang saya ingat kalau warna merah diambil dari darah kerbau, 2 lagi kaler (hitam dan putih) tak sure diambil dari mana...

TB. Silalahi Center & Museum Batak

Seterusnya kami bergerak ke TB Silalahi Center yang terletak di Desa Pagar Batu; tak jauh pun dari Makam Nasional. Honestly, saya tak kenal pun sapa TB Silalahi ne hehehe. Rupa2nya beliau merupakan wira kebanggan Indonesia. Kedua2 tempat ini (center & museum) berada di dalam kawasan yang sama dan terletak bersebelahan di antara satu sama lain. Entrance fee sebanyak Rp10,000/person dikenakan untuk local people manakala Rp50,000 (kalo tak silap saya) dikenakan utk tourist. Kami? Ohhh, nasib sangat baik ok, kami perlu mengeluarkan Rp10,000 sahaja kerana derang kata rupa kitaorang tak ubah mcm local people. Err whateverlah, janji murah hehehe.

Antara yang menyambut kedatangan kami, terletak berdekatan dengan pintu masuk pelawat...

Ruang dalam TB Silalahi. Masih baru lagi tempat ini dan menurut supir center ini dibangunkan sendiri oleh beliau. Kalau tak silap saya, beliau telah pun bersara dengan jawatan tertinggi sebagai Mayor Jenderal.

Sebahagian daripada barangan yang dipamerkan di dalam center. Kebanyakannya merupakan cenderamata yang diterima dan barangan yang digunakan oleh beliau sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan (ayat memandai2 ye ne) :D

Ini pula Museum Batak, utk masuk ke sini sebarang beg tidak dibenarkan dibawa masuk untuk mengelakkan barangan pameran dicuri oleh pengunjung memandangkan kebanyakan barangan yang dipamerkan adalah barangan antik. Museum ini baru aje dibuka kepada pengunjung awal tahun 2011 dan senibinanya sangat cantik.

Antara barangan yang dipamerkan kepada pengunjung

Ini pula 4 daripada 6 suku etnik batak yang ada di Sumatra Utara. Tak sure lah kenapa saya tak snap lagi 2 suku, lupa kot. 6 suku etnik tersebut ialah Pakpak, Simalungun, Karo Toba, Mandailing dan Angkola.

Huta Batak, rumah etnik batak..
View Lake Toba dari Museum Batak..Subhanallah, sekali lagi saya terpaku dengan keindahannya.

*bersambung lagi hehehe

You Might Also Like

15 comments

  1. kalo takde awan lagi cantik kan zilla?

    ReplyDelete
  2. bdk2, yupp betul tu.tapi takpelah, asalkan tidak hujan..kalau ujan apa aktiviti pun tak dapat dilakukan..

    *masih di medan?

    ReplyDelete
  3. tula...kat lake toba ni byk kabus. Dari jauh macam tak nampak tasik yang luas tu.. hrp2 cuaca esk elok skit. Nasib baik tak hujan...just mendung je.

    ReplyDelete
  4. bdk2, rasanya cuaca mmg kurang baiklah skrang. pic lake toba saya adalah 2-3 keping yg biru awannya..lain2 semua hancur..tak merasa lagi hujan setempat di toba? harap2 turunlah agar awak boleh rasa pengalaman teruja melalui hujan setempat hehehe

    ReplyDelete
  5. suka tgok bangunan beratap minang tu..unik

    ReplyDelete
  6. suka tgok bangunan beratap minang tu..unik

    ReplyDelete
  7. merata si john ni...tiap2 minggu jalan. jeles tul aku T___T

    ReplyDelete
  8. kemang, tu baru luarnya..dalam lagi unik tau hehehe

    fatt, jom kita cari mesin cetak duit!! :D

    ReplyDelete
  9. biqque, kitaorang sampai dah malam, tak nampak apa..that's whyla harus repeat hehehe

    ReplyDelete
  10. hayohhh bwt fatt, jgn laa jeles. trip ni pun sbb kwn belanja tix flight. kalo idok. takde mknanya nak ikut...huhu.

    zilla, tak dpt tgk hujan setempat tu. jrg2 berlaku kan. sy penah tgk skali kat msia. mmg menakjubkan!

    ReplyDelete
  11. bdk2, di sana saya sempat rasa 2x ujan setempat..satu di lake toba, satu di dolok tolong..sgt menakjubkanlah..di msia tak penah jumpa lagi la pulak hehehe

    ReplyDelete
  12. sipiso-piso tu kalo sebelum tengok waterfall kat milford sound, agak kagum la...hahaha!

    ReplyDelete
  13. john, bestnya kwn ko belanja...mmg jeles aku...eh ko dah habis mgu audit ye..merata jalan...bestla wei..takyah potong annual leave


    zilla,
    jomla, aku mmg nak cari mesin pototstat duit..thn dpn byk gila trip..mati!

    ReplyDelete
  14. fatt, tu pn thanks utk dorang. expenses yg lain aku cover sendri. abeslaaa duit aku! btw, peak audit bru nk stat oct..pasni susah nk dpt cuti ni...aku kene guna time-off and annual leave aku. kalo tak, expired nnt.

    ReplyDelete

Subscribe