Prosedur bagi kehilangan pasport
Friday, October 21, 2011
PENAT!! Itulah yang saya rasakan saat ini. Semuanya gara-gara pasportku yang menghilangkan diri. Cuak ok. Menangis airmata darah sekali pun belum tentu pasport saya akan muncul. Bak kata kawan saya itu "gk mungkin kl pasport punya kaki?" (fatt, ko sure tahu ini ayat shiyappa :D). Iyalah, pasportnya gak mungkin punyai kaki. Seharusnya ianya tetap berada di situ, di rak buku selagi tiada shiyappa2 yang berani mengusik ;-)
Pada siapa2 yang kehilangan pasport, meh sini saya nak citer sikit prosedurnya. Jangan jadi macam saya, pergi-balik-pergi gara2 info yang saya dapat melalui talian hotline imigresen tidak selari (sengal) dengan maklumat yang diberikan dikaunter aduan. Mujurlah rumah dengan office dekat, boleh la juga saya gagahkan diri untuk pulang ke rumah utk mengambil surat beranak. Cuba bayangkan kalau rumah saya nun jauh di KL, koserlah nak balik.
Pada siapa2 yang kehilangan pasport, meh sini saya nak citer sikit prosedurnya. Jangan jadi macam saya, pergi-balik-pergi gara2 info yang saya dapat melalui talian hotline imigresen tidak selari (sengal) dengan maklumat yang diberikan dikaunter aduan. Mujurlah rumah dengan office dekat, boleh la juga saya gagahkan diri untuk pulang ke rumah utk mengambil surat beranak. Cuba bayangkan kalau rumah saya nun jauh di KL, koserlah nak balik.
Dokumen yang diperlukan:
- 2 salinan kad pengenalan
- 2 salinan surat beranak (kalo takde, p la buat yang baru di Pejabat Pendaftaran)
- 2 keping gambar
- Duit RM300
Apabila semua dokumen ini dah ada, pergilah ke mana-mana cawangan imigresen, Bahagian Kehilangan dan Kecurian. Bagi kes kecurian, report polis perlu dibawa-bawa bersama manakala bagi kes kehilangan biasa (salah letak dan sebagainya) laporan polis tidak diperlukan, memadai mengisi borang soal selidik yang boleh diperolehi di kaunter imigresen. Borang soal selidik perlu diisi sepenuhnya (jgn gatai2 nak skip mana2 section) dan perlu dibawa ke Pesuruhjaya Sumpah untuk pengesahan (gua capekkk hehehe). Oleh kerana saya bekerja di Putrajaya, saya hanya perlu pergi ke Istana Kehakiman di Presint 2 untuk mendapat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah dengan bayaran RM4.00 untuk satu borang. Selain daripada borang soal selidik, kita juga akan diberikan borang permohonan pasport, so isi lah baik2. Semua sudah lengkap, kembali ke pejabat imigresen, section kehilangan dan kecurian untuk proses permohonan yang akan mengambil masa dalam tempoh seminggu hari bekerja. Pasport siap, mereka akan hubungi kita untuk proses tuntutan. Di sinilah kita perlu membayar RM300. Walau bagaimanapun, tempoh sah laku pasport yang baru adalah bergantung kepada budi bicara Pengarah imigresen.
Alhamdulillah, pegawai2 imigresen di section ini sangat helpful, fail saya pun dah dibuka berdasarkan kepada surat pengesahan permohonan yang diterima dari pihak imigresen. Hopefully, saya berjaya dapatkan pasport sebelum Rabu ini, kalau tidak hai2 bye2 lah jawabnya.
Kesimpulan dari kes saya, sentiasalah pantau pergerakan pasport masing2 hehehe. Walaupun pasport tu tak berkaki, tapi berhati2lah :-) Malang tidak berbau ;-)
5 comments
masa kena pecah rumah, passport laki aku hilang, masyaAllahhhhhh! jap sana jap sini, ada je benda yg dia nak. awal2 tak ckp. surat sumpah la ape la, cawangan ni tak leh, cawangan tu je bleh...haih...
ReplyDeleteSaya pernah lalui kes hilang passport ni thn 2009.. passport dah nak expired, so bwk lah dlm beg sbb nak gi renew.. masa tu lagi 8 days before kena fly to Hong Kong to work.. skali kena snatch. Suddenly they said kes kecurian passport kena tunggu sebulan baru dpt passport baru, kena tunggu siasatan selesai. Masak.. akhirnya kena buat mcm2 sbb nak dapatkan cepat, get confirmation letter from employer that I have to fly urgently, kena mintak confirmation from my office in HK to confirm I really am going to fly, kena bagi tiket bla bla bla.. finally dorang issue 2 days before saya due to fly. Pheww...
ReplyDeleteharapnye sempat la ko dapt passport masa nk g travel rabu ni.. doa2 bebanyk.. amin
ReplyDeleteinsaf lepas baca cita ni, lepas ini akan jaga passport dengan lebih berjaga jaga...
ReplyDeletethanks.helpful sgt2!! mmg mcam nk menangis air mata darah gak arrr ble passport menghilangkn diri entah ke mana :'(
ReplyDelete