Bali : Part IX (Bye2 Bali)
Tuesday, December 06, 2011
29/10/2011 : Legian - Kuta
Lama giler tertangguh entry mengenai Bali. Nak buat macam mana, inilah padahnya kalau mood hanyut ke laut mati. Ohh ok, teruskan dengan cerita asal..
Previous entry di sini Part VII
View sebahagian daripada Sanjaya Hotel & Spa, Legian, Bali
Inilah rezeki namanya. Dalam pada budget masing-masing tidak mencukupi Allah buka pintu rezeki buat kami. Hari-hari terakhir di Bali, kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penginapan di bawah Rp100,000/person di Kuta. Ada losmen yang menawarkan harga sebegitu tetapi keadaannya amat-amatlah tidak memuaskan. Bagaimana kami berpeluang menginap di Sanjaya ini? Hah, sila pamerkan muka kasihan hehehe. Sebenarnya balik sahaja dari Tanah Lot, supir telah menurunkan kami di Sanjaya Hotel ini. Katanya budget hotel tapi bila ditanya harga sebuah bilik, erkk memang di luar kemampuan kamilah. Jadinya, kami berpecah. 2 orang pergi ke Jl. Poppies II untuk mencari losmen/budget hostel manakala 2 orang lagi tinggal menumpang di Sanjaya Hotel untuk menjaga barang-barang. Kebetulan waktu kami santai2 di sofa yang disediakan sambil menunggu kepulangan 2 orang teman, owner hotel ini hadir dan berborak2 dengan kami. Borak punya borak, beliau offer kami family room dengan harga Rp800,000/2 night. Kami tak berani nak bagi kata putus dan perlu menunggu ketibaan 2 orang lagi teman dan apabila semuanya sudah berkumpul, berbincang dan melihat sendiri kamarnya, kami pun setuju memandangkan harganya yang boleh diterima pakai oleh otak (Rp200,000/person) lebih dari berbaloi dari keadaan bilik yang amat selesa + kami yang teramat keletihan dan hari sudah lewat malam untuk terus mencari losmen yang memuaskan hati. Alhamdulillah, lena tidurnya.
Lokasi Sanjaya Hotel adalah bersebelahan dengan Monumen Tugu Tragedi Bom Bali. Berdekatan dengan Jl Popies I & II.
Hari baru bermula lewat tengahari kerana masing2 tak sanggup nak tinggalkan bantal. 2 hari tidur hanya 2-3 jam, masuk hari ke-3 memang masing2 angkat bendera putihla. Waktu untuk memulihkan diri. Selepas membersihkan diri kami bersiap-siap untuk pusing Kuta dengan berjalan kaki sahaja. Plan asal untuk menyewa speda/motor untuk ke Dreamland terpaksa kami lupakan atas sebab-sebab tertentu. Frust memang frust memandangkan Dreamland ini antara tempat yang menawarkan pemandangan yang sangat indah tapi ya optimis sahaja, tiada rezeki kami. Tak apalah, Kuta pun ok juga.
Pekan Kuta, Bali
Kuta sangat panas; kepanasan yang amat luar biasa pada saya berbeza dengan bahagian lain di Bali. Kepanasan akibat cuaca + kepanasan dari view yang dijamukan di hadapan mata, bersatu menjadi satu. Fuhhh, berpeluh beb. Panas, panas!!! hehehe. Kami hanya membuang masa menyelusuri pekan Kuta, mencari money changer dan shopping sedikit ole-ole untuk dibawa balik ke Msia. Emm, saya tak tahu orang lain macam mana tapi pada saya tiada yang menarik pun di Kuta.
Seperti biasalah, butik-butik jenama terkenal memang bersepah di area Kuta, hanya perlu sediakan ongkosnya sahaja....
Hard Lok Rock Cafe, Bali
Pemandangan yang sangat berbeza berbanding di Kuala Lumpur. Mungkin juga Kuta ini kecil sahaja kawasannya, jadi bolehlah dilakukan secara manual sebegini.
Monumen Tugu Tragedi Bom Bali, Legian
Penat pusing-pusing, kami ambil keputusan terus ke Kuta Beach untuk melihat sunset. Walaupun agak terlewat tapi masih berpeluang menyaksikan keindahan ini..Subhanallah, memang indah.
Puas lepak di beach, kami langsung ke KFC untuk dinner sebelum bergerak kembali ke hotel. Ada pengalaman menakutkan, di mana kami diekori oleh 3 orang lelaki (tak sure local people atau pun tidak). Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kami berjaya menghilangkan diri di tengah-tengah lautan manusia di Jl. Poppies II dan terus berlari balik ke hotel kerana takut. Malamnya masing2 tak dapat tidur lena kerana suasana teramatlah bising (muzik2 dari pub berdekatan hotel), bengang giler tak ingat dunia...
30/12/2011, seawal 4.30am (kot, tak ingat) kami dah pun bergerak ke airport untuk pulang ke Msia. Kesimpulan dari trip ini, Bali bukan untuk saya....
Sekian...
14 comments
Fuh lama gak tunggu entry bali ni..akhirnya .....kuta memang bising. masa kami duduk kat sana dulu, memang sampai ke pagi bisingnya..sebab life start at 12am katanya hahaha
ReplyDeleteberminat nak pegi bali...tp bila baca entry awak ni...mcm berbelah bahagi pulak. mybe lain org lain pendapat kan?
ReplyDeletetak pegi phuket? ke dh balik?
Janggel, hehehe penyakit M tu tebal sangat, ini pun digagahkan jugalah diri kalau tidak sure tahun depan baru bersambung.
ReplyDeletenext time kalau ada rezeki utk repeat saya sanggup dok kat ubud atau lovina..biar dekat dengan alam dari dekat dgn manusia huhuhu
John, ala janganlah begitu.p ajelah, rugi tak p sebab bali sgt cantik.mungkin awak nanti akan dapat pengalaman yang lagi menarik dari saya :)
phuket? hehee
john, pegi jer...lain orang lain cerita :D
ReplyDeletebaru pasan, surfing board tu ada riben merah...dulu takde :D
hihihi..insyaALLAH, kalo ade rezeki. agak2 brape hari yg sesuai utk explore bali?
ReplyDeletebiqque, ya betul itu.lain org lain ceritanya..tak pergi tak dapatlah ceritanya ;)
ReplyDeletejohn, bali sangat luas kena tahu mana tujuan utama.kalau nak cover keseluruhan mungkin ambik masa dalam 5 hari kot hehee (entah tak tahu)
JHaZKiTaRo, iya salam kenal..tq singgah sini.I'Allah nanti saya singgah blog awak ye :)
cis, baru2 ni terpaksa cancel tiket ke bali sebab ada i/view... hampeh!
ReplyDeletezila.. saya setuju dgn awak...
ReplyDeleteBali juga rasanya bukan utk saya.
kalu diberi pilihan, saya pilih lake toba, medan berbanding pantai kuta di Bali. :)
aku nih haa ntah bile nk smpai Bali.. haihhh kena pegi nih. mmg betol tu John lain org lain cerita. tp cerita aku kompom ala mak datin tp gambo jgn harap la nk santek mcm zilla hahaha
ReplyDeleteAieSha, takpelah anggap aje takde rezeki nak ke sana hehehe
ReplyDeletemawar, lake toba tenang tidak seperti di kuta.pelancong pun tidak semeriah di kuta..apa pun masing2 ada pandangan yang tersendiri ;)
Ely, saya dah lama ngidam nak p bali tapi tiket tak penah murah, manjang mencanak regenya;memang menci hehehe..ala pic saya ini biasa aje pun,lepasla utk kenang2an :)
wohooo.... i love the last pic. thanks zilla. hahaha.... tetiba.
ReplyDeleteya. lain orang lain cerita but for me bali is overrated. especially kuta. tak cantik pun pantai dia. dah la takde org topless. ;p.
zilla, lepas ni p Hanoi. Hanoi ok. takde la over the top mcm bali nak beli souvenier kat krishna pun kena bayor parking dia. heh! entrance fee utk place of interest of murah. puas hati.
Maharani, keh3..macam kenal aje sapa dalam pic tu ye? ;)
ReplyDeleteyupp betul tu..tapikan tom kalau diberi rezeki utk ke bali lagi, saya sure akan cari hostel area ubud atau kawasan2 pedalaman. biarlah takde orang asal dekat dengan alam..kalau dekat dgn org tapi tak tenang pun tak best jugakan? ;) tom tempohari sempat tak singgah dreamland? ini antara tempat yang saya agak frust sebab tak singgah huhuhu..
Hanoi?coming soon soon haha..nak p Halong Bay hehe..
kak long, ade simpan lgi tak nombor supir tue? member yana nak pegi, dieorang tak tau cm mne nak cari supir.. haha :D
ReplyDeleteada yana.,+628179766025 - Ari Rahman ..try sms/call, kalau tak berjaya bagitahu ya..akan diusahakan emailnya pula
Delete