Phuket : Part III
Tuesday, December 27, 2011
Hari ke-3 bermula dengan keadaan kami bertiga yang agak kurang baik kerana diserang cirit-birit. Celik aje mata, masing-masing menyuarakan kebimbangan untuk mengikuti trip to Phang Nga Bay; hampir-hampir kami membatalkan trip ini tetapi apabila agent yang terlibat mengatakan segalanya sudah pun tersedia dan duit tidak boleh dipulangkan semula kami cuba untuk mengambil risiko. Harap-harap boat/feri yang bakal kami naiki akan dilengkapi dengan toilet; kalau tidak harulah :P.
Dalam 8.30 am kami bergerak menuju ke Ao Po Pier yang terletak bertentangan arahnya dengan hari sebelumnya. Kami tiba di sana bersama-sama penumpang lain 1/2 jam berikutnya; layan breakfast yang telah disediakan oleh agent sebelum berjalan kaki menuju jeti dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut pakej yang diambil.
Dari pondok menunggu ke jeti boat/ferry perlu menaiki kenderaan yang disediakan. Agak jauh kalau nak menapak tapi dengan menaiki kenderaan ini perjalanan mengambil masa dalam 2 @ 3 minit aje. Alhamdulillah, cuaca agak pagi itu walaupun berawan. Destinasi pertama kami pagi itu adalah Panak Island dengan perjalanan mengambil masa 45 minit
View pulau-pulau yang ada di sekitar Phang Nga Bay.
1. Panak Island - Mut Cave
Subhanallah, itu sahaja yang mampu dilafazkan tatkala ferry tiba di perairan ini. Dengan warna air kebiru-hijauan, dengan cave-cave yang saujana mata memandang; memang berbaloi trip yang kami ini walaupun pada asalnya tiada dalam itinerary kami. Teruja setelah blogwalking diblog Phuket101, tak sangka ianya akan jadi kenyataan. Terima kasih buat teman2 kerana korang merealisasikan impian saya (cewahhh) - sebenarnya teruja sebab di sini boleh berkayak memasuki gua.
Untuk explore gua, kami perlu menaiki kayak yang disediakan. Sebuah kayak boleh memuatkan 2 hingga 3 orang sahaja dan jangan risau kalau tak pandai berkayak ada guide yang akan membantu; korang duduk ajelah menikmati pemandangan yang ada. Ini pengalaman pertama saya berkayak; risau kerana tidak memakai life jacket (boleh aje kalau nak pakai tapi perlu minta dari pihak berkenaan) tetapi yakin aje dengan guide yang ada. Alhamdulillah, perjalanan kami dari feri ke pintu gua berjalanan baik (lupa diri jadinya sebab teruja dengan keindahan yang ada).
Kalau di darat kita selalu merungut dengan traffic jam, di air pun sama. Jadinya, bersabar ajelah. Kalau tak sabar boleh aje terjun dan berenang menuju ke dalam gua :P.
View di dalam gua. Kami disambut dengan sekumpulan monyet di pintu masuk gua. Jadinya hati-hati ajelah (monyetnya tidak seagresif monyet-monyet yang terdapat di Monkey Island). Keadaan keliling memang gelap-gelita, cuma mengharapkan flash dari kamera.
2. Hong Island
Destinasi berikutnya adalah Hong Island yang terletak tidak jauh dari Panak Island (masih digugusan kepulauan yang sama cuma berada di bahagian yang berbeza). Di sini kami masih perlu berkayak untuk memasuki dan menjelajahi gua-gua yang ada. Sayangnya, saya kurang menikmati keindahan sekeliling kerana keadaan diri kurang memberangsangkan (hanya ingat toilet aje huhuu).
1/2 jam berkayak di kawasan sekitar, kami kembali ke boat untuk lunch. Sebelum beredar, kami menyerahkan 200THB kepada guide atas khidmat yang baik dan bagus yang diberikan. Menu kami tengahari itu, lazat (pada sayalah) dan berasaskan kepada seafood. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan apa yang telah disediakan kepada kami.
3. James Bond Island
Perut kenyang, James Bond Island kami tuju. Sekali lagi, impian jadi nyata ini. Sekian lama dok pendam hasrat nak ke sini selepas menonton keindahannya dalam rancangan Amazing Race (besar sungguh pengaruh TAR). Dari ferry kami perlu menaiki speedboat yang telah disediakan menuju ke JBI. Dari pemerhatian saya berdasarkan kepada trip to Phi Phi Island dan James Bond Island ini, penduduk tempatan sangat berbangga dengan apa yang mereka miliki dan lebih-lebih lagi kedua-dua perairan ini telah mendapat perhatian dari pelancong seluruh berdasarkan kepada filem-filem Hollywood yang telah menjalani pengambaran di pulau-pulau yang ada sekitar Phuket. Phi Phi Island boleh dilihat keindahannya melalui filem The Beach, manakala JBI atau nama asalnya Ko Tapu Island telah mendapat nama dari filem James Bond - The Man With The Golden Gun.
Di sini, jumlah pelancong yang keluar masuk direkod oleh pihak berkuasa tempatan dan terdapat gerai-gerai menjual pelbagai cenderamata; satu pemandangan yang berbeza dengan pulau-pulau yang sempat saya jelajahi sebelumnya (tapi sayang satu pun tak menarik minat saya).
Sebahagian pemandangan dari JBI. Kami disini dalam 45minit sebelum berkumpul semula dan kembali ke ferry menuju destinasi terakhir Lawa Island untuk berkayak dan berenang di kawasan sekitar (bukan snorkeling ye).
4. Lawa Island (pic tiada, malas nak tempek).
Di sini kami diberi kebebasa untuk menikmati kawasan sekeliling samada ingin berkayak atau berenang. Saya pilih apa? hehee (ikut hati nak lepak aje atas ferry). Saya dan tasyha berkayak manakala adik berenang. Saya kira, ini pengalaman pertama tasyha berkayak sama seperti saya ;-) (kalau salah maaflah ye). Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya, kalaulah kayak terbalik sure habislah kami memandangkan waktu itu air sedang pasang, kami tak tahu berenang dan tidak memakai life jacket. Tetapi saya teringat sesuatu 'kadangkala kita perlu percaya dan yakin pada teman-teman disekeliling' jadinya, saya yakin pada keupayaan teman saya itu. At least kalau lemas pun kami akan lemas bersama-sama heheee. Alhamdulillah, setelah gigih melawan arus kami selamat tiba di darat. Berendam sat dalam air dan kami berpatah semula ke ferry dengan selamatnya, syukran. Setelah seharian di Phanga Bay, kami bergerak kembali ke Phuket.
Berehat sebentar menunggu maghrib sebelum kami ambil keputusan untuk bergerak menuju ke masjid Patong.
Nasi minyak, 50TBH/sepinggan, dinner malam itu. Sedap cuma saya mengharapkan ayam itu serupa dengan ayam goreng yang kami makan di Hatyai tempohari. Alhamdulillah, perut kenyang kami kembali ke pekan Patong untuk mencari sedikit ole-oleh untuk dibawa pulang.
0 comments