Ini kisah dapur saya
Monday, January 09, 2012
Dah terlalu lama rasanya saya tak bercerita mengenai minat saya yang satu ini. Walaupun kualiti makanan yang saya hasilkan tidaklah setaraf masakan peserta-peserta Masterchef (adalah 2-3 kali aje saya menonton) tapi oklah, buat penyedap diri sendiri. Tapi janganlah pula salah sangka, saya ini nama aje minat tapi nak buat sesuatu perlu ada mood yang baik dan semangat, kalau tidak jangan diharaplah.
Pai Labu. Ini pertama kali saya buat dan rasa, gara-gara tergoda dengan bisikan teman seforum saya. Katanya sedap tapi bila diminta resepi, katanya hilang. Oh ok, takpelah. Semangat nak try tak penah surut jadinya 2 minggu lepas google sana-sini, jumpalah resepi pai labu yang teramatlah simple. Minta mak belikan labu time itu juga tapi bila lihat pada resepi perlu ada whipping cream lah pula. Alahhh, malasnya nak keluar. Jadinya saya peram ajelah labu yang ada. Sabtu baru-baru ini, habis lepak dengan tasyha, mofu dan linot, saya singgah di pasaraya berdekatan untuk beli UHT Whipping Cream (sila tgk betul2 ye, sebab WC ini ada 2 jenis) dan hasilnya seperti dalam pic. Tak sangka, memang sedap rupanya pai labu ini. Kalau biasanya saya buat apa-apa ambil masa 3-4 hari untuk habis tapi kali ini tak sampai ke petang dah licin dikerjakan adik-adik dan sepupu-sepapat (maknanya tekak saya tak tipulah tu, memang sedap). Pada sapa-sapa yang ingin mencuba, ini dia resepinya...
Pastry
200g butter
50 g gula icing
20g susu tepung
200g tepung gandum
sedikit garam
- Ramas guna hujung jari hingga menjadi seperti bread crumb dan uli dengan 2 1/2 sudu besar air hingga menjadi doh. Kalau doh agak keras, titikan sedikit air dan uli rata. Simpan dalam fridge 30 minit. Keluarkan dan ratakan dalam acuan pai. Bakar dengan suhu 175 darjah celcius selama 15 minit atau hingga kekuningan.
Filling
450g labu
3 biji telur
200ml UHT whipping cream
110g gula pasir
1/2 sdb serbuk kayu manis*
1/2 sdb serbuk halia
1/2 sdb serbuk bunga lawang*
sedikit garam
- Rebus labu hingga empuk. Toskan air dan hancurkan.
- Ambil blender (kes malas), masukkan kesemua bahan-bahan kering berserta dengan labu tadi dan blend hingga sebati. Tapiskan dan tuang ke dalam pastry tadi. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan hidangkan...
*ambil aje kayu manis dan bunga lawang, blender atau tumbuk aje guna lesung batu; tak payah pening2 kepala nak beli bukan pakai selalu pun, betul tak?
Resepi ini juga khas untuk Mita. Selamat mencuba ye mita. Kalau tak tahu mana nak cari whipping cream, gantikan aje dengan fresh milk (saya tak sure di Indonesia whipping cream dipanggil apa huhuhu)
8 comments
wow!!! cam senang je barang nya!!! boleh try test tengok.
ReplyDeleteKaka... makasih resepnya but betul kata kk ada yg tak ditemukan disini bahannya... So kapan kita diskusi soalan pengganti bahannya....hehe
ReplyDeletelibur akhir pekan mau mita try... nampaknye sedaplah.....yummy
MasMZ, memang senang pun..trylah sebab sedap sgt2 :)
ReplyDeletePutri Biru @ Mita, apa bahan yang tiada itu mita? kalau jadi saya libur ke sana, harus saya belikan bahan tersebut hehehe
Wew lamanyeee nunggu bahan dari kaka.... hmmm jadi terpikir kk kesini wajib mengaduk-aduk dapur mita... nanti kita buat empek-empek bareng ya....hehe
ReplyDeletePutri Biru @ Mita, hehe.sabar itu separuh dari iman, jadinya tunggu. uihh mita yang seharusnya cooking for me.special menu ye tapi bukan instant noodle :D
ReplyDelete*empek2?mahu2 heehee
Owh... tenanglah ka, nanti mita masak yg special for u.... but enak tak enak wajib habiskan,haha
ReplyDeletetak payah boh tepung ke dik utk pastry tu.
Deletetak payah boh tepung ke dik utk pastry tu.
Delete