Cambodia : Part IV

Tuesday, February 07, 2012

24.01.2012 : Phnom Penh


Entry kali ini saya pecahkan kepada 2 bahagian dan maaflah sebab terlalu banyak picture.

Hari baru di Phnom Penh dan kami perlu bersediah sebelum 8.30 am kerana kami telah pun menyewa tuk tuk, USD15 untuk mengelilingi Phnom Penh. Urusan tuk tuk telah pun kami settlekan sewaktu check in di hotel malam sebelumnya. Suasana pagi tu memang sengal habislah. Owner hotel yang sangat kurang ajar begitu juga pekerja-pekerjanya; agak tegang kerana kami ingin check out dari hotel tersebut dan try untuk mendapatkan semula wang kami tapi tak dilayan. Kami try untuk dapatkan tiket bus ke Saigon tetapi katanya kami boleh menggunakan resit yang diberikan sebagai tiket. Owhh, ok. Jadinya dengan panas hati, kami meneruskan agenda kami untuk hari tersebut (nak bercakap lebih2 pun tak guna, buat sakit hati je).

Destinasi pertama kami pagi itu adalah Tuol Sleng Genocide Museum. Main reason ke sini hanya untuk snap picture tanpa menjangkakan apa yang bakal menanti kami di sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari hotel. Bayaran masuk USD2/person. Sebelum kami melangkah masuk, kami sempat membeli secawan kopi susu ais untuk setiap seorang bagi menggalas perut yang belum berisi (ini pun nak cerita? Ada kaitan dengan cerita berikutnya).

Kami tidak tahu makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam kawasan penjara,  jadinya masing-masing menonong ajelah hingga dengan tiba-tiba kami ditegur oleh seseorang dalam bahasa Melayu; tidak boleh minum di kawasan penjara. Oh ok, maaf kami tak tahu jadinya kami bergerak ke bangku yang disediakan mengadap kuburan. Waktu saya ingin membuang bekas minuman ke dalam tong sampah, saya disapa oleh orang yang menegur kami tadi. Katanya "dah habis minum? Jom follow saya kalau nak tahu tentang sejarah".  Saya maklumkan pada teman-teman yang lain perkhabaran tersebut dan apa lagi,  'pucuk dicita, ulam mendatang'; peluang baik sebegini kenapa perlu dilepaskan begitu sahaja, betul tak? Untuk upah guide, kami tak mampu (USD15-USD20) dan tak sangka pula beliau memang sedang menantikan kami untuk turut serta menyelusuri sejarah S-21 ini. Beliau merupakan Ustaz Salleh, tour guide yang boleh berbahasa Melayu kerana pernah belajar agama di Malaysia. Alhamdulillah, murah rezeki kami. Kebetulan beliau  ke situ membawa rombongan dari Kuala Lumpur dan Singapore, walaupun kami agak risau kerana mengikuti tour tanpa apa2 bayaran tetapi apabila melihatkan keramahan ahli rombongan tersebut, syukur Alhamdulillah.

Sekadar info buat teman-teman mengenai Tuole Sleng (S-21) - copy from Tuol Sleng visitor guide.

"Tuol Sleng Genocide Museum, the former security office 21 in Democratic Kampuchea was created on orders of Pol Pot in April 17, 1975. Office 21 was called S-21 and designed for detention, interrogation, inhuman torture and killing after confession from the detainees were received and documented.

On 7 January 1979, the party and the government collected all the evidence in S-21 such as photographs, films, the prisoner confession archives, torture tools, shackles and the fourteen victim corpses (one of them was female). Now the evidence of the criminal regime is at display for Cambodian and international visitors.

Tuol Sleng was opened on 19 August 1979 when Kampuchea People's Tribunal started the prosecution of Democratic Kampuchea, leaders: Pol Pot, Ieng Sary, Khiev Samphorn, the former officer S-21, covered the area of 600 x 400m. The compound is surrounded by two rows of corrugated iron fence covered with dense barbed wire.

The four buildings of high school have seen classrooms turned into small cell 0.8 x 2m caging individual prisoners. The front of the buildings was covered in a fishnet of barbed wire, preventing prisoners from committing suicide by jumping down. In 1977-1978, Building A was converted into a set of rooms 6 x 4m each, the window were paneled with glass to minimize the sound of prisoners scream heard outside the facility in time of torture. That building was used for detaining cadres who were accused of leading the uprising against Pol Pot revolution. Their cages were furnished with a bed, blanked, cushion and mat. An iron bucket or a plastic water container was provided to dispose their body waste. Building B, C and D have been reconstructed differently; the ground floor was divided into small cell by brick walls; the first floor and upper floors were used for large cells where many prisoners were crowded together.

The bodies of 14 victims were discovered by the United Front for the National Salvation of Kampuchea on 17 January 1979, the corpses, were unidentifiable due to bad decomposition. Were carried out and buried in front of Building A. The 14 corpses, were the last people to be tortured and killed by S-21 personnel before they fled"...

Buat kawan-kawan yang berkunjung ke Phonm Penh, S-21 dan Killing Field antara tempat yang wajib dilawati. Banyak yang boleh dipelajari di sini. Mulai perjalanan dengan S-21 terlebih dahulu kerana di sinilah mangsa diseksa sebelum dibawa ke Killing Field untuk dibunuh.

Jom layan picture...

Megah berdiri. Kata Ustaz Salleh "kamu sebagai rakyat Msia patut berbangga dilahirkan di negara yang aman dan damai tidak seperti di Cambodia". Betul itu tapi sayangnya ada segelintir dari kita yang suka hidup dalam perpecahan. Emmm...

Inilah sebahagian daripada kubur 14 mangsa terakhir angkara kekejaman Pol Pot yang mana salah seorang daripanya adalah wanita. Jangan ditanya mereka ini berbangsa dan beragama apa kerana ianya tidak dapat dikenali. Sedekahkan Al-Fatitah buat mereka yang mungkin beragama Islam. Kuburan ini terletak di hadapan bangunan A dan berdekatan pintu masuk museum. Menurut Ustaz, ada seorang kanak-kanak yang berjaya diselamatkan dari kekejaman regime kerana beliau menyorok di balik timbunan kain. Mangsa sebenarnya yang menjadi korban regime, 2 juta orang termasuklah warga asing. Sesiapa yang masuk ke Cambodia waktu ketika itu memang tidak akan berpeluang untuk keluar dari negara tersebut. Nasibnya sudah tentu MATI.

Building A - biarkan gambar yang bercerita.

Giler!!!!!

Ini di dalam sel penjara di Bangunan A. Kotak berbentuk hitam itu digunakan sebagai tempat untuk membuang air besar.

Digunakan untuk merantai kaki mangsa di kepala katil. Jadinya di tengah-tengah classroom ini disediakan sebuah katil dan dibekalkan dengan sebuah kotak hitam, bekas utk membuang air kecil dan bantal. Ditempat yang sama juga mangsa akan diseksa.

Inilah kesan darah mangsa yang tompokannya bersepah di dalam bilik darjah/sel penjara. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana bila mendengar cerita Ustaz dan ditambah pula bukti-bukti yang ditinggalkan.

Bangunan B. Di bahagian bawah menempatkan gambar-gambar mangsa dan sebagainya (dijadikan ruangan muzium) manakala di tingkat 2 dan atasnya penuh dengan sel-sel penjara yang sangat sempit dan padat.

Di bangunan A, dawai ini tidak dipasang tetapi ianya di pasang di Bangunan B dan C. Atas alasan apa, ada disebut di dalam info di atas.

Tempayan ini bukanlah sebagai hiasan tetapi ianya digunakan untuk membenam/melemaskan mangsa yang telah diseksa terlebih dahulu. Ianya akan diisi dengan air yang berbau. Terletak di hadapan Bangunan B.

Masih dikekalkan. Tulisan yang ada itu adalah original dan apa yang ada tertulis itu adalah bahasa perancis (mungkin kelas terakhir sebelum peristiwa hitam ini adalah kelas bahasa perancis).

 Sel penjara, sempit dan sangat melemaskan.

Rantai besi itu digunakan untuk merantai kaki mangsa dan terdapat tompokan darah yang sudah kering. Terjadi mungkin kerana mangsa meronta atau melakukan pergerakan.

 
 Emm, memang tiada ruang untuk melepaskan diri.

Sebahagian daripada yang dipaksa menjadi gerila. Mereka dipaksa seawal umur 12 tahun. Tiada pilihan yang diberikan; mereka menjadi gerila atau tidak ianya akan mati dibunuh. Ahli-ahli gerila tidak hanya lelaki tetapi juga wanita.

Sayu...

Sebahagian alatan yang digunakan untuk menyeksa mangsa. Untuk makluman kawan-kawan yang tidak pernah lagi sampai ke S-21, pelbagai cara digunakan untuk menyeksa mangsa. Mereka ini sangat kreatif; apa yang ditakuti oleh mangsa itulah yang digunakan untuk menyeksa mereka. Sebagai contoh jika A takutkan pada kala jengking (biasanya wanita), kala jengking itulah yang akan digunakan untuk menyeksa mereka. Selain daripada itu, mereka juga menggunakan air yang telah dicampur dengan bahan kimia, dan kemudiannya akan disiram ke atas muka mangsa (bayangkan kita menyiram air di pokok bunga kesayangan) hinggalah mangsa lemas. Sangat giler, tindakan diluar kewarasan manusia yang normal.

Antara lukisan yang ada bagi menggambarkan apa yang telah dilakukan ketika pemerintahan regime. Dibuat macam haiwan, kan kawan-kawan? Kalau tak tersentuh hati di sini, saya tak tahulah nak kata apa...

Macam realkan? Tetapi ini hanyalah lukisan yang dikatakan sangat-sangat menyerupai Pol Pot. Muka suci murni hakikatnya sangat-sangatlah kejam. Menurut Ustaz ada sebuah negara yang meniru corak pentadbiran Pol Pot ini tapi maaf saya terlupa negara mana.

Bou Meng antara mangsa yang terselamat. Macam mana beliau boleh terselamat? Hanya kerana bakat yang dianugerahkan kepadanya. Beliau mempunyai bakat dalam melukis dan diberi tugasan untuk melukis oleh Pol Pot. Sayangnya anak dan isteri beliau mati di tangan regime dan kalau tak silap saya umurnya saat ini sekitar 65 tahun.

Inilah sebahagian daripada pengalaman berharga yang saya perolehi di S-21. Sendu sangat-sangat kawan-kawan. Sebelum melangkah keluar dari kawasan S-21 untuk bergerak ke destinasi seterusnya, Killing Field berkali-kali Ustaz Salleh meminta kami menunggu beliau di sana.

Killing Field atau  Choeung Ek terletak 17km di barat Phnom Penh. Dengan menaiki tuk tuk perjalanan dirasakan amat jauh dan kadangkala perlu melalui jalan yang tidak rata dan berhabuk. Entrance fee sebanyak USD5 dikenakan kepada setiap pengunjung tetapi kami agak bernasib baik kerana hanya perlu membayar USD2 atas bantuan Ustaz Salleh. Alhamdulillah, beza USD3 itu terlalu besar buat kami.

Memorial/stupa ini menyambut kedatangan kami. Bangunan setinggi 17 tingkat ini memuatkan hampir 5,000 tengkorak, tulang dan pakaian mangsa waktu pemerintahan regime. Kawasan asal Killing Field ini dahulunya merupakan tanah perkuburan kaum Cina, Cambodia dan telah diambil oleh regime dan dijadikan kawasan untuk pembunuhan mangsa. Untuk memasuki stupa ini, kita perlu menanggalkan kasut dan suasana di dalamnya sangat sayu...

Sebahagian daripada tengkorak yang sempat saya rakamkan. Cuba perhatikan kepada rekahan yang terdapat pada tengkorak itu, majoriti tengkorak-tengkorak yang ada mempunyai rekahan yang sama. Mungkin mereka dipukul dikepala hingga membentuk rekahan seperti itu. Buat makluman kawan-kawan, tengkorak ini dikelaskan kepada usia; kanak-kanak, remaja, dewasa.

Sebahagian serpihan tulang ditempatkan di level yang berlainan.

Gigi mangsa yang kami temui bersepah waktu mengeliling kawasan Killing Field. Menurut salah seorang ahli tour Ustaz, waktu beliau berkunjung ke situ pada tahun 2005, bersepah tulang-tulang mangsa di merata tempat cuma kali ini goverment Cambodia telah mengambil inisiatif untuk menimbus kawasan Killing Field dengan tanah. Walau bagaimanapun jika kita mengais permukaan tanah, sure kita akan berjumpa dengan saki baki tulang mangsa. Bayangkan, di Killing Field sebenarnya kita berjalan di atas timbunan tulang-tulang, Masyallah.

 
Sebahagian pakaian mangsa yang ditemui. Sebahagian besarnya diletakkan di ruangan bawah bangunan stupa.

 
Lake yang kelihatan di dalam gambar digunakan untuk mencampak mayat-mayat yang dipancung manakala kepalanya dicampakkan di tempat yang berasingan, scary sangat!!!

Killing Tree ini digunakan untuk membunuh bayi. Macam mana mereka lakukan? Emm mereka hentam kepala bayi ke pangkal pokok hingga bersepai tengkorak dan otak. Di sebelah pokok ini pula terdapat kuburan/lubang untuk mencampak mayat-mayat bayi. Say tak boleh nak bayangkan betapa kejamnya mereka ini. Sedih sangat-sangat..

Ini pula Magic Tree. Menurut Ustaz, waktu pokok ini ditemui terdapat 3 biji speaker di atas pokok ini. Speaker ini digunakan untuk memainkan lagu-lagu bagi menyembunyikan jeritan mangsa-mangsa waktu dibunuh agar tidak didengari oleh mangsa-mangsa yang bakal dikenakan hukuman yang sama.

 
Ini pelepah pokok kelapa laut. Nampak bahagian tajam di pelepahnya? Emm ianya digunakan sebagai alat untuk membunuh mangsa kerana bentuknya yang seperti gergaji dan tajam. Kreatif bukan? Menggunakan sumber alam semulajadi untuk membunuh.

Setelah puas berpusing di kawasan Killing Field, kami mengikut rombongan Ustaz Salleh untuk singgah ke muzium untuk menyaksikan dokumentari kekejaman Pol Pot. Maaf tiada gambar kerana kamera tidak dibenarkan digunakan di kawasan ini. Emm, waktu tayangan dokumentari ada yang menitiskan air mata melihatkan kekejaman regime..

Ustaz Salleh dan rombongannya. Terima kasih banyak untuk peluang yang diberikan.

Setengah hari bersama-sama rombongan Ustaz Salleh akhirnya kita meminta izin untuk kembali ke town bagi meneruskan rencana kami. Alhamdulillah.

Ustaz Salleh Ali (Muslim Guide)
Hp : +85577949894, +85598949894
Email : sallehlee@gmail.com

Tuol Sleng Genocide Museum
St.113, Sangkat Beoung Keng Kang III
Khan Charmkarmorn, Phnom Penh
Tel : +855023216045
Email : toulslengmuseum@online.com.kh

*bersambung untuk aktiviti yang seterusnya (tak tahulah bila sebab esok dah kerja sure busy dgn macam-macam benda)

You Might Also Like

15 comments

  1. oooo inike ustaz salleh nya?
    rasanya outcast ada emel dia tp kami tak jd amik dia eheh.

    ReplyDelete
  2. Salam Zilla!
    Great photos and stories. Hari tu tertengok di Astro pasal kes perbicaraan salah seorang anggota pol pot... tak sure siapa. Siap buat muka suci murni lagi.. iskk...ada hati nak minta pengampunan, kalau saya jadi hakim dah lama dah dia kena siksa mcm mana dia siksa orang lain dulu...yang paling sedih kanak-kanak pun jadi mangsa.. memang tak berhati perut...

    ReplyDelete
  3. Good banget ka zilla.... but serem juga ya... dimana2 ada pembantaian... Salam buat ustadz salleh ya,haha

    ReplyDelete
  4. Salam Zilla...
    Thanx u for sharing....ade satu movie tahun 70 an pasal pembunuhan kat Kemboja ni..The Killing Field tajuk dia...tapi isu ni sebenarnya sangat emosional dan sensitif untuk kebanyakkan rakyat Kemboja...been there in 2008...

    ReplyDelete
  5. sampai hari ni i masih rasa cam xde kekuatan je nak jengah S-21 and killing field... baca ni pun dah terbayang2 betapa terseksanya diorg tu....

    good job zilla... with the pics and story... and lucky u guys, terjumpa Ustaz Salleh..

    ReplyDelete
  6. dekdaa, yupp itulah ustaz salleh. serius orangnya tapi info2 yang diberikan bagus sekali.owhh, kenapa cancel?


    Niza Zainal, terima kasih.yupp, tempohari saya ada baca dimuseum,salah seorang daripada mereka (lupa nama)baru dibicarakan di mahkamah antarabangsa.dengan 2juta orang yang terkorban beliau hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun sahja (itu pun kalau panjang umur, sebab dah tua sangat gayanya).paling best dia kata dia tak salah (bengong!!!)- kalau saya jadi hakim saya hentam pula kepala dia ke pangkal pokok, biar di rasa (ooopsss)


    Putri Biru, tq.serem?tidaklah tetapi lebih kepada kesayuan.huhuhu.uihh macam mana saya nak sampaikan salam itu ye?err apa kata email dan sampaikan salam itu terus padanya hahaha


    mycupoftea,salam jua buat awak.iya sekadar berkongsi info, moga dapt dijadikan teladan buat kita semua.owhh saya tak tahu pun pasal movie tu..yupp, betul itu ramai yang trauma lebih2 lagi bila kehilangan orang yang disayangi di depan mata.

    ReplyDelete
  7. anne, must visit kedua2 tempat tu.byk boleh dipelajari di sana especially S-21.I'Allah, kuatkan hati dan semangat ye :)

    yupp, alhamdulillah, syukur dipertemukan dengannya.

    ReplyDelete
  8. Sekadar berkongsi, seeloknya fahami maksud Masya Allah sebelum menggunakannya.

    Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Jadi aku agak kurang paham sikit pengunaan masya Allah dalam entry ni bila ko mengambarkan pasal cerita ko di Cambo ni :)

    ReplyDelete
  9. BlueEwoke, ya terima kasih byk2 kerana memberi teguran.I'Allah saya akan perbetulkan :)

    ReplyDelete
  10. zilla aku x bleh nk bayangkan mcm klau aku duk kt tmpt mangsa nii dan aku jgak x bleh bayangkan mcm mna perasaan aku klau aku yg menjadi penyeksa 2 ......mcm mna depa bleh set otak depa smpai x bleh nk kesian langsung kat mangsa2 ni...........

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  11. penjejak awan,memang tak mampu nak bayangkan tapi sekurang2nya kita jadikan apa yang jadi pada mereka ini sebagai pengajaran.

    mereka tiada pilihan.samada mereka lakukan atau mereka menjadi mangsa..emmm

    ReplyDelete
  12. Cancel sbb dia quote mahal sgt lah.. tak termasuk meal rasanya.

    & kalu aku amik dia, dkt 2K jgk kot habis termasuk semua.

    ReplyDelete
  13. zila, meremannggggggggggg bulu roma tengkuk baca post awak nihhhhh.....agak scary tau bunyinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. fauzus, saya baca semula post saya ini sebab dah tak ingat apa kesnya hahaha...

      *tapi tempat dia memang scary pun wakkk..mesti p untuk rasai pengalamannya hehehe

      Delete
  14. Assalamualaikum. melancong di malaysia kita memang best... tapi pengalaman melancong luar negera lagi BEST. Group saya baru pergi malaysia seramai 22 orang. kita pergi melalui seorang Ustaz. Alhamdullilah kami dapat layanan terbaik. memang lebih murah. lebih mudah Dan lebih islamic. 4 hari disana kita jadi macam saudara pula. untuk membantu kawan kawan kita di malaysia siapa ada niat nak pergi melancong disana saya Syorkan datang melalui beliau kerana harga hampir separuh dari harga agensi. Anda boleh Hubungi beliau melalui Email: ustazcambodia@gmail.com Call: +85517889234 Facebook Beliau...https://www.facebook.com/UstazYahyaCambodia

    ReplyDelete

Subscribe