Redha? Itu pasti

Friday, February 03, 2012

"Saya masih belum bersedia", itu sahaya yang saya mampu lafazkan saat ini. Perpisahan pertama yang terjadi setelah saya memahami prinsip kehidupan. Janji Allah itu pasti, setiap yang hidup akan kembali menemui penciptanya seperti yang telah dijanjikan; tidak ada apa yang mampu menangguhkannya; tidak kira samada kita bersedia atau pun tidak.

31 Januari 2012, hari pertama saya kembali ke pejabat setelah sekian lama bercuti. Hanya sehari bekerja sebelum kembali bercuti sempena Hari Wilayah. Terdetik di hati kenapa tidak saya lanjutkan aje percutian saya sehingga 1 Februari 2012, sekurang-kurangnya saya akan punyai waktu untuk menjelajahi Hoi An dan Danang secara keseluruhan. Bila ianya terjadi, saya sedar Allah ingin memberi saya peluang terakhir untuk menatap wajah dia.

Mudahnya waktu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi waktu saya sedang menatap bait-bait ayat surah Yasin. Tenangnya wajah itu seolah-olah sedang melayari sebuah mimpi yang begitu indah. Saya tatap wajah itu dengan linangan air mata. Saya sentuh wajahnya; dahi dan pipinya saya cium dengan harapan dapat membasuh kerinduan saya padanya.  'Hati-hati dengan air mata, jangan biarkan ianya jatuh menyentuh wajah itu' - antara pesanan yang sempat singgah di telinga saya.

Saat ini serba-serbi kelihatan suram dan sepi. Moga dia tenang di sana. Moga Allah tempatkan dia di kalangan umatnya yang solehah. Al-Fatihah untuknya....

*saya terkilan, sangat-sangat terkilan...

You Might Also Like

9 comments

  1. Salam,
    Takziah zilla.. moga tenang menghadapi segala ujian yg dtg. Tabahkan hati ea. Mudah mudahan Rohnya dicucuri rahmat dn ditmpatkan dikalangan mrk2 yg beriman.. Insyallah

    Al fatihah.

    - mas -

    ReplyDelete
  2. takziah zilla... kalau detik itulah yg ditentukan olehNya, tak akan cepat, tak jugak terlambat walau sesaat...

    Al fatihah...

    ReplyDelete
  3. Takziah zilla ...Tabahkan hati Kuatkan iman.....Doa dan sedekah Al-Fatihah cukup2 berharga buat mereka yg berada di alam sana.....HADIAH yg x ternilai buat mereka yg telah tiada
    Al Fatihah

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  4. Zilla, ,memang sedih kehilangan yang tersayang....tapi dia lebih disayangi oleh penciptanya.. dah pernah rasa bila kehilangan ibu...:(

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak2 kawan2 untuk semangat itu. Saya sangat2 hargainya. Ya, hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi.

    *wa, Al-Fatihah utk arwah ibu..mudah2an ditempatkan dikalang orang yang beriman :)

    ReplyDelete
  6. Salam takziah zilla... moga tabah.

    ReplyDelete
  7. Takziah buat akak sekeluarga.

    saya baru terbaca blog ni minggu lalu. masih kurang paham siapa yg PERGI.

    semoaga rohnya di tempatkan dikalangan mereka yg beriman. amin.

    Salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  8. pencerita maya, terima kasih byk :)

    Repunzal, terima kasih.sebenarnya nenek saya yang meninggal.memang saya tak sebut pun disini siapa yang meninggal :P

    *salam perkenalan juga

    ReplyDelete
  9. Takziah zilla. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

    ReplyDelete

Subscribe