Vietnam : Part III
Friday, February 17, 2012
28.1.2012 : Saigon -> Chu Chi Tunnel
Kami keluar awal hari ini untuk aktiviti yang telah direncanakan. Sepatutnya pergi bertiga tetapi seorang daripada kami tidak sihat jadinya hanya kami berdua yang mengikuti tour (full day tour - Cao Dai Temple & Cu Chi Tunnel USD10) ini. Kami berkumpul di hadapan company yang mengendalikan tour ini. Bertembung dengan seorang rakyat Msia yang turut mengikuti tour ini bersama-sama temannya dari Singapore. Emm, poyo habislah!! Malas nak cerita kat sini..
Cao Dai Temple
Destinasi pertama kami, Cao Dai Temple yang terletak 60 batu diluar Saigon. Perjalanan saya rasakan teramat-amat jauh (hampir 3 jam) dan tiba di temple jam 12.00 pm. Kelewatan ini memang disengajakan kerana menurut kata guide, waktu itu akan diadakan upacara keagamaan di situ. Emm, apa-apa ajelah.
Keunikan temple ini adalah dari segi senibinanya yang sangat menarik (atas sebab itulah yang menarik perhatian saya). Pembinaan temple ini bermula pada tahun 1933 dan menjadi tempat ibadah bagi penganut aliran Cao Dai yang mana aliran ini sendiri merupakan gabungan daripada beberapa agama iaitu Buddha, Kristian dan beberapa agama lain (malas nak list satu-persatu). Untuk lebih detail mungkin boleh baca di sini Cao Dai.
Waktu upacara bermula, saya dan teman masih berada diluar, nak masuk - tak nak. Tiba-tiba teman saya mengusulkan 'kita masuk ajelah'. Oh, ok!! Kami diminta menanggalkan kasut sebelum memasuki bahagian dalaman temple dan bila tiba di pintu masuk kami ditegur dan diminta menanggalkan topi. Ok, sorry lupa nak tanggalkan topi dari mula. Dan tiba-tiba saya ditegur dalam bahasa mereka, "maaf, saya tak faham". Err, tiba-tiba dia membuat aksi meminta saya menanggalkan tudung di kepala. Oppss, topi boleh saya tanggal tetapi tudung, tidak akan saya tanggalkan; biarlah saya dihalau keluar sekali pun, saya sanggup. Saya pun membuat aksi 'tak boleh'. Saya sebut 'muslim'. Dia senyum dan angguk. Akhirnya dia membenarkan saya masuk.
Susah pada awalnya untuk merakamkan upacara yang sedang berlangsung dengan ketinggian yang ala-ala tinggi tak tinggi ini. Maklumlah di hadapan saya majoriti pelancong berkulit putih, jadinya faham-faham ajelah ketinggian yang mereka miliki. Saya minta izin untuk naik ke atas, untuk merakamkan picture dari atas tetapi tidak dibenarkan (walhal mat/minah saleh semuanya lepas ke atas). Takpelah, dari bawah pun boleh. Saya bergerak ke pintu yang lain. Sedang kaki terenjet-enjet untuk cuba melepasi ketinggian yang ada tiba-tiba datang seseorang (pekerja temple kot) membenarkan saya melepasi kawasan pintu untuk mengambil pic (walaupun sedikit aje jaraknya tetapi sangat berbaloi). Dapat 2-3 picture di situ saya ajak teman saya keluar. Tak sanggup rasanya nak berlama-lama dalam tu.
Layan gambar...
Merah, maknanya mereka ini dari aliran kristian
Seterusnya, ke mana kami? Hehehe, kami berdua berkelah di dalam bas. Teman yang seorang lagi telah membekalkan kami sebungkus makanan (terima kasih byk, kalau harapkan saya memang kebuluranlah jawabnya). Roti, peanutbutter, choki choki dan biskut. Sedang kami menjamu selera, tour guide datang kepada kami dan memberitahu akan singgah di restoran untuk lunch (iyalah, tapi kami tak boleh makan makanan tersebut) dan beliau meminta driver bus membuka aircond untuk kami. Syukur.
Perut dah kenyang, peserta lain mula memenuhi bus untuk aktiviti seterusnya iaitu lunch di salah satu restoran yang berada tidak jauh dari kawasan temple (saya tak tahu di mana lokasi kami saat ini). Masa diberi untuk makan-makan 15 minit tetapi terasa seperti lebih dari 30 minit kami di situ. Saya dan teman lepak di bangku luar restoran sambil bersembang sementara menunggu yang lain-lain selesai makan.
Perjalanan diteruskan semula ke Cu Chi Tunnel. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam untuk tiba; sangat membosankan. Kami tiba di sana lebih kurang 3.30pm dan bayaran sebanyak 80,000 Dong/person. Emm, apa yang dipamerkan di sini kurang menarik minat saya mungkin kerana kurang penghayatan terhadap penerangan yang diberikan. Banyak tempat-tempat yang kami tidak singgahi kerana kesuntukan masa (close 5.00pm). Kami turut serta turun ke dalam terowong; gelap-gulita dan perlu membongkok sepanjang perjalanan (100 meter aje sebab dok follow mat saleh depan kitaorang huhuhu).
Layan picture ajelah, malas betul nak mengarang. Picture tak banyak pun kat sini sebab hujan.
Selesailah tour kami pada hari tersebut, terus bergerak kembali ke Saigon (kali ini terasa kejap aje pula). Singgah di Taj Mahal untuk santap (masih lagi menu yang sama seperti hari sebelumnya) sebelum kembali ke hotel untuk packing barang-barang dan tidur seawal yang mungkin kerana jam 4.30am kami perlu bergerak ke airport menuju ke Da Nang.
*bersambung
3 comments
jadi inget film jun gem... onara..onara aju ona... ganara...ganara aju gana...
ReplyDeletetemple tuh, is it the one with triangle and an eye. i saw one in saigon during my first trip.
ReplyDeletebtw, did you get to see those kubur at paddy fields? we were wondering, i letak kubur kat bendang, tobat tak da padi/nasi ler jawab nye kat mesia. ehehheheh....
bln 2 hari tu saya ke saigon dan terserempak dgn org melayu spore.. mereka tengah beli arak dan boleh berkata kepada saya ..'iskh ni ak malas bila jumpa org melayu'????...
ReplyDelete