Vietnam : Part IV

Tuesday, February 21, 2012

29.01.2012 : Saigon - Danang - Hoi An

Previous entry

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal buat Saigon. Kami bergerak seawal 4.30am menuju ke airport dengan menaiki teksi (USD7). Uihh, kalau saya kata siput varvi itu punyalah slow kalau berjalan, ne driver teksi yang kami naiki ini berganda-ganda slownya. Mujurlah tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku, kami tiba dengan jayanya di airport, check in dan lepak sahaja di boarding hall. Destinasi kami pagi itu adalah Da Nang.

Da Nang terletak di utara Saigon dengan jarak lebih kurang 960km. Dihubungkan melalui jalan darat dan udara; pilihan terletak di tangan masing-masing. Bagi mereka yang punyai masa, boleh aje mengambil train (klik sini -> Vietnam train) dengan harga serendah USD45 hingga USD70.  Oleh kerana kami kesuntukan masa, keretapi bukanlah satu pilihan yang bagus jadinya teman saya mencadangkan untuk mengambil Jetstar sahaja ke Da Nang + harga tiket agak murah berbanding keretapi, USD57/person dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.

Satu perkara yang menarik hati dan membuatkan kami tertanya-tanya apabila melihatkan penumpang-penumpang yang lain bersweater tebal sedangkan kami hanya memakai tshirt dan berselipar; gaya yang seperti langit dan bumi. Hinggalah pengumuman dibuat, suhu di Da Nang sekitar 14 darjah. Oh lala, kami memang tiada bawa sebarang sweater, jadinya belasah ajelah. Tiba di Da Nang, ok lagi tapi lama kelamaan kedinginan agak mula terasa. Emm, balut tubuh dengan pashmina semata-mata. 

Komunikasi sangat-sangat terbatas dan segala-galanya di sini memerlukan $$$. Map tidak diberikan secara percuma kepada pelancong tetapi perlu dibeli dengan harga USD2 (mahal tu). Kalau ada sesiapa yang membayangkan jarak di antara airport dengan bus stop (terletak di town) dekat dan ingin berjalan sahaja ke sana (sekitar 2km sahaja), sila hapuskan bayangan itu. Agak jauh kedudukannya dan kalau mampu berjalan kaki tu saya rasa hebat sangatlah orang itu. Kami menaiki teksi ke bus stop kerana tujuan utama kami adalah untuk ke Hoi An. Hati-hati dengan pemandu teksi di airport kerana mereka sangat mencekik darah. Kami bertegang urat dengan pemandu teksi di sana. Sudahlah masalah bahasa, masing-masing meletakkan harga yang terlampau tinggi untuk ke destinasi yang hanya berjarak 2km. Hinggalah kami nekad untuk mencuba  menggunakan khidmat motor sahaja ke bus stop tetapi harga yang ditawarkan jauh lebih mahal pula dari teksi. Kembali semula kepada pemandu teksi, akhirnya setelah beberapa ketika kami berjaya mendapatkan teksi ke town dengan harga 50,000 Dong (sepatutnya 30,000 Dong sahaja). 

Sekali lagi kejutan untuk kami, bus stop yang kami bayangkan tidak seperti yang diharapkan. Ingatkan keadaannya seperti di terminal bus Klang tetapi sangkaan kami benar-benar meleset. Katanya disitulah bus stop tetapi apa yang ada cuma pondok bus untuk berteduh dari panas matahari. Err betulkah atau sebenarnya kami ditipu? Mujur ketika itu ada seseorang yang boleh bercakap English, syukur memang disitulah laluan bus ke Hoi An. Keadaan agak kurang bagus sebab kami dipandang seolah-olah kami ini entah datang dari planet mana. Haih, buat tak tahu ajelah. 20 minit di situ bus menuju Hoi An pun tiba.

Buat teman-teman yang ingin berkunjung ke Da Nang dan Hoi An, USD tidak dikenali disini. Urus niaga dijalankan dalam Dong. Jadi, bersedialah. Tambang dari Da Nang ke Hoi An 50,000 Dong (kena tipu, sepatutnya lagi murah). Keadaan bus selesa tetapi menjadi tidak selesa apabila keadaannya tidak ubah seperti berada di dalam tin sardin; padat sepadatnya. Sekali lagi kami dipandang atas bawah, err pelik sangat ke rupa kami ini? Waktu teman saya menghulurkan note USD kepada konduktor bus, boleh pula dihulurkannya kepada penumpang tempatan sebab tidak pernah melihat wang kertas tersebut. Mujurlah dalam kepelikannya, beliau menerima juga USD kalau tidak entah-entah kami dihalau keluar dari bus huhuhu. Perjalanan ke Hoi An mengambil masa lebih kurang 45 minit. Satu pengalaman yang barulah sebab dapat duduk sekali dengan local people; derang pandang pelik pada kita tetapi dalam pada yang sama mereka ini sangat friendly cuma sayangnya mereka tidak boleh berbahasa English. Jadinya, senyum dan angguk ajelah walau hakikatnya sepatah haram pun tak faham.

Setelah melalui pelbagai pengalaman dalam bus, kami akhirnya tiba di Hoi An dan perlu mengambil teksi untuk menuju ke Dai Long Hotel (USD2), lebih kurang 10 minit perjalanan. Sebelum berjaya mendapatkan teksi, kami dikerumuni penduduk tempatan yang memaksa kami menunggang motor mereka menuju ke hotel. Ke mana kami pergi, kami diekori oleh mereka ini. Sangat rimas dan dalam pada masa yang sama, kesian pun ada sebab muka mereka seolah mengharapkan sangat kami menggunakan khidmat mereka. Tapi nak buat macam mana, barangan kami terlalu banyak, mana nak letak barang-barang itu? huhuhu. Kami ke kedai runcit yang ada di pekan tersebut untuk menggunakan telefon untuk menghubungi taxi. Sekali lagi kami cuba ditipu oleh owner kedai runcit, cehhh!!

Keadaan di airport, Saigon. Ramai yang ingin ke Da Nang.

Saigon dari udara, sangat-sangat padat. Kagum saya. 


Da Nang International Airport, serba-serbi kelihatan baru..

Beginilah keadaannya bus menuju ke Hoi An. Nampak mamat yang berbaju kelabu itu? Mereka dari Hong Kong, juga kena tipu dengan konduktor bus.
Dai Long Hotel, Hoi An. Saya suka sangat dengan suasana di Hoi An, udaranya nyaman dan aman sekali.


Kami ada beli map di airport tetapi map yang dibekalkan oleh pihak hotel ini juga yang dijadikan rujukan.


Inilah bilik kami. Luas, bilik air pun luas. Kipas dan aircond dibekalkan tapi suasana dingin tak perlukan aircond pun. Yang tergantung tu pula kelambu tapi kami tak guna pun.Kami semalam aje di Dai Long Hotel, USD20/night. Sebelum mengambil keputusan untuk pusing-pusing town, lepak dahulu di bilik kerana keletihan, kelaparan dan seorang dari teman kami demam. 

*bersambung

You Might Also Like

7 comments

  1. Zilla jauh btoi saigon ke da nang,tiket jetstar ke da nang 2 mmg harga dia usd57 kaa xpun time 2 ada promosi apa kaa,...... brapa kali kna tipu daaa sedih btoi....

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  2. slam, nk tnya,
    if goverment staff bole angkat mohon cuti to overseas > once a year dop?

    ReplyDelete
  3. saya sampai di Da Nang 20/2 lepas. Memang terkejut tengok orang pakai baju tebal-tebal. Kami hanya berTshirt. Sampai di Hoi An, lagilah terkejut. Masing-masing dah macam musim sejuk di Korea je. Very stylo!

    ReplyDelete
  4. hi..u all beli tiket jetstar tu kat saigon or dah booking awal2?? 75 USD tu dah msuk fuel charge ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue, tiket tu kalau tak silap kitaorang beli sebulan sebelum p..kitaorg dpt USD57 bukan USD75..harga tu dah masuk semuanya...

      Delete
  5. teringat saya jelajah eropah secara backpacking tahun lepas dengan isteri. Saya hanya pakai baju kot sahaja. Ketika itu winter. Di Italy, Andalucia Spain, Paris orang sana dan pelancong semuanya pakai baju tebal2 . Saya menggigil kesejukan, nak beli baju sejuk tak cukup bajet. Sewaktu di Sirra Nevada, Spain lagi teruk menggigil kerana tempat itu bersalji. Selama 2 jam kami di situ sementara menanti bas untuk ke Granada. Ya ALLAH ! tak dapat nak bayangkan sejuknya. Pakai baju 2 lapis dan baju kot pun tiada kesan.

    Untuk pengetahuan sepanjang 18 hari kami jelajah europe perbelanjaan semua hanya 5500rm sahaja.

    ReplyDelete

Subscribe