Trans Java 2012 : Part VIII (Day 6)

Thursday, May 24, 2012

03.05.2012 : Jogja - Bandung

Transjava : Part VII

Hari yang baru (haih, bilalah nak balik ne). Hari ini kami akan menikmati keindahan kota Jogjakarta bermula dari train station dan berakhir di Ngasem Market atau lebih dikenali sebagai Bird Market yang terletak di Jl. Polowijan / Jl. Ngasem.

Seperti biasa saya tersedar sekitar jam 3.30am. Selepas Subuh, saya sambung kembali tidur kerana badan masih lemah dan hari pun masih awal. Saya sedar semula sekitar jam 7.00am, kemas barangan sambil beramah mesra dengan teman di katil sebelah, Lisa dari Guangzhou. Berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman. Paling menarik ini adalah perjalanan pertama Lisa sebagai backpacker dan akan berada di Jogja sekitar 2 minggu (hoh, ko lama giler!). Namun dia sendiri tiada idea apa yang menarik di Jogja - macam mana tu? Paling sadis seharusnya pagi itu beliau berangkat ke Magelang untuk melihat sunrise di Borobudur bersama-sama temannya. Sayangnya temannya itu menghilangkan diri; menyepi dari sebarang berita. Nak tolong carikan pun tak boleh sebab temannya itu menginap di hotel yang berbeza. Apa yang boleh saya bantu, hanya share itinerary saya dengannya; mana tempat yang harus / tidak dikunjungi.


Berbalik kepada cerita asal, sekitar jam 9.00am, saya bertemu dengan Anhar di lobi dan terus ke cafe di level 5 untuk breakfast. Dah lewat sangat, banyak makanan yang dah habis. Yang tinggal pun cuma saki-baki meehon goreng dan keropok udang. Jadilahkan, daripada tiada (siapa suruh lambatkan??). Selesai breakfast kami terus check out.

Destinasi pertama kami pagi itu adalah stesen keretapi Tugu untuk membeli tiket ke Bandung malam harinya.  Tiba di sana, punyalah ramai yang sedang menunggu giliran. Tak nak membuang masa, kami terus mendapatkan angka giliran dan borang pemesanan karsis. Setelah itu, mencari train yang bersesuaian menerusi skrin paparan yang disediakan. Sistem yang agak bagus kerana di situ turut dipaparkan jumlah seat yang masih kosong. So, memudahkan pelanggan untuk merancang perjalanan masing-masing. Kami memilih untuk menaiki Lodaya Malam, Rp110,000/person yang akan berangkat jam 9.24pm, bisnes class (sengaja cari penyakit!!). 2 jam menunggu, akhirnya tiket berjaya kami perolehi.

Kami berdua jadinya borang pun perlulah 2..perlu masukkan nama dan no. passport tetapi derang tak check pun betul atau tidak pun info yang kita yang kita masukkan itu.

Trip kali ini memang banyak terjadi perkara-perkara yang diluar kawalan. Bermula dari hari pertama hingga ke hari ke-6, memang macam-macam jadi; antara pengalaman berharga buat saya dan teman-teman. Apa yang paling membuatkan saya tertekan apabila terpaksa melalui pengalaman memakai pakaian yang sama untuk 3 hari berturut-turut. Tak pernah saya buat kerja begini sepanjang aktif travel ke sana-sini. Biasanya saya mempunyai waktu untuk mencuci pakaian tetapi kali ini sebaliknya kerana kesuntukan waktu..."wakk, saya wangi ke busuk ye??"... "wangi wakkk..." hahaha. Hopefully, ianya adalah benar bagai dikata hehehe.."Awak, saya nak cari t-shirt murah. Saya tak selesa, panas". Teman saya itu memang terbaiklah, diikutkan sahaja kerenah saya hehehe. Jenuhlah dok usha t-shirt yang ok di sekitar Jl. Malioboro dan akhirnya berjaya juga merembat sehelai t-shirt dengan harga Rp55,000. T-shirt dah ada tetapi takdelah pula saya tukar; tiba-tiba terasa ok (saja nak membazir duit huhuhu). So, perjalanan diteruskan. 

Seterusnya, kami menapak ke Pasar Beringharjo. Konon nak ambil gambar suasana di situ tetapi suasananya giler sesak, "wak, saya tunggu diluar...panas, tak tahan".  Terus saya blah, diikuti teman saya itu. Dari pemerhatian saya sekitar 5 minit di situ, majoriti kedai-kedai yang ada menjual kain/pakaian bermotifkan batik. Jadinya, kalau nak cari batik, silalah singgah di sini. Memang banyak pilihannya.Harga? No comment, tak usha pun..

Takde mood nak ambil gambar, inilah jadinya; gelap-gulita..

Suasana di dalam pasar, sangat-sangat busy

Diluarnya pula, terdapat pelbagai pilihan kuliner asli Jogja. Saya tak tahu apa namanya makanan ini tetapi warnanya memang menarik.

Perjalanan diteruskan lagi. Kali ini kami singgah di Benteng Vredeburg. Bayaran masuk, Rp2,000/person. Waktu operasi adalah dari jam 8.00am hingga 3.30am dan ditutup pada hari Isnin. Melangkah masuk, hati "wow, cantik" - baru bersemangat nak snap pictures. Ya, saya memang sukakan bangunan-bangunan lama, saya sukakan sejarah. Bangunan ini dibina pada tahun 1765 sewaktu zaman pemerintahan Belanda menerusi VOC - Perusahaan Hindia Timur Belanda dan terletak berhadapan dengan Gedung Agung (salah satu daripada istana Presiden). Kawasannya memang luas dan kami tidak mempunyai banyak waktu untuk explore keseluruhan diorama yang ada - hanya sempat masuk 2 diorama sahaja huhuhu (nak repeat!!). Untuk lebih detail, boleh baca di sini wikipedia

Pandangan luar benteng.

Antara bangunan yang ada di dalamnya, sangat menarik.

Konfrentasi Inter Indonesia, 19-22 Julai 1949

Pembukaan PON 1 melalui perarakan bendera PON 1 dari Jogja ke Solo pada September 1948 - utk lebih detail boleh tanya pak Google.

Antara slogan kemerdekaan dan anti penjajahan.

Keluar dari muzium, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kraton tetapi sayangnya ianya sudah ditutup kepada pengunjung. Kembali melihat itinerary dan map berserta dibantu oleh pakcik becak yang baik hati kami mengambil keputusan untuk menapak pula ke Taman Sari, kira-kira 2km (katanyalah) dari Kraton. Map memang ditangan dan tiba dipertengahan perjalanan saya menyapa bapak yang sedang berjalan diseberang jalan. Rezeki buat kami apabila bapak tersebut (lupa nama) dengan rela hati ingin menghantar kami ke sana. Dalam 20 minit berjalan, kami tiba di Taman Sari menerusi terowong bawah tanah yang dibina merentasi beberapa sumur. Selagi ada tempat menarik, kami dibawa singgah dan akhir kami tiba di Taman Sari. Bayaran masuk Rp8,000 + Rp1,000 (sebiji kamera - mujur mereka tak perasan kamera Anhar hehehe).


Bus transjogja..untuk route, boleh lihat di sini -> transjogja 

Setuju!!! Jogja memang sangat istimewa di hati saya....

Terowong bawah tanah yang merentasi beberapa sumur terus ke Taman Sari. Ada ngamen di sini, suara perghh mantap. Kalau buat album, saya rasa memang boleh laku.. 

 Taman Sari @ Kolam Mandian Diraja. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kawasan permandian Sultan, isteri/gundik dan putera-puteri baginda berserta kawasan taman.

 
Ciri-ciri Islam dapat dilihat jelas dari senibinanya..

Saya pernah ke sini last year, jadinya perasaan teruja itu agak kurang berbanding teman saya itu. Gambar pun tak banyak yang saya rakamkan di sini - adalah 3-4 keping sahaja. Puas di sini kami dibawa pula ke Masjid  Bawah Tanah yang terletak tidak jauh dari Taman Sari menggunakan jalan belakang. Memang 'wow',senibinanya berbentuk bulat dan dibangunkan menggunakan tanah liat. Menurut kata bapak, ruangan dibawah merupakan ruangan solat bagi jemaah wanita manakala untuk pria ianya terletak di bahagian atas dan dihubungkan oleh 4 + 1 anak tangga (menuju ke ruangan atas) sebagai simbolik kepada Rukun Islam. Sayangnya ruangan atas ditutup kepada pengunjung kerana masih lagi di dalam proses baik pulih. (Siapa-siapa nak shoot wedding photog, ini antara lokasi terbaik). Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi kita boleh menyedekahkan sedikit wang untuk mengisi dana bagi membaik pulih masjid ini.

Dikenali juga sebagai Sumur Gumuling. Di bawah pertemuan 4 anak tangga ini terdapat sebuah kolam yang dikatakan diguna sebagai tempat untuk berwuduk.

Ruangan laluan ke masjid..

Habis meninju kawasan Taman Sari dan persekitarannya, kami meminta izin untuk meneruskan perjalanan. Kali ini kami menuju pula ke Bird Market, berjarak 3km dari Taman Sari. Bapak kurang bersetuju dengan niat kami untuk menapak sahaja ke sana, terlalu jauh. Setelah berbincang, kami setuju dengan saranan bapak untuk mengambil becak ke sana. Jam pun sudah mencecah 3.00pm dan pasar tutup sekitar jam 5.00pm; jadinya agak mustahil kami mampu berjalan selaju yang boleh dengan keadaan yang panas terik. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan becak dengan harga Rp20,000 (bird market & kembali ke hostel). Serius, saya rasa nak menangis sepanjang perjalanan pergi ke pasar dan pulang ke hostel dan berkali-kali saya katakan pada Anhar inilah kali terakhir saya akan menaiki becak. Kenapa? Saya sedih dan tak sampai hati melihatkan bapak becak bersusah payah mengayuh becak untuk membawa kami ke destinasi akhir. Kesian sangat-sangat; sekejap laju, sekejap lagi perlahan dan sesekali beliau akan turun dan menolak becak. Anhar juga sesekali meminta izin dari bapak untuk turun dari becak dan menapak tetapi dilarang oleh bapak. Memang hati tersentuh; saya membayangkan yang mengayuh itu ayah saya - menitis air mata dalam diam. 

Macam-macam bentuk sangkar ada di sini..


 Satu cabaranlah nak ambil gambar burung; langsung tak duduk diam, sakit hati dibuatnya :P

Sebenarnya bukan hanya burung sahaja yang ada di sini tetapi pelbagai pilihan bintang peliharaan lain seperti ikan peliharaan, arnab dan sebagainya. Memang seronok melihat gelagat bintang-binatang ini.

Kami tiba di Bird Market sekitar jam 3.45pm dan kebanyakan kedai sedang dalam proses menyimpan barangan untuk menamatkan operasi. Satu yang saya respect, mereka ini ok aje bila kami cuba merakamkan aksi burung-burung yang ada - dengan syarat minta keizinan dari mereka terlebih dahulu. Jangan pula buat selamba ya kawan-kawan. Apa-apa hal perlu ada keizinan. Saya sendiri pun agak lupa diri di sini; enjoy sangat-sangat cuma sayang tak sempat nak explore keseluruhan pasar ini kerana kesuntukan masa.

Akhirnya dalam jam 4.45pm, kami berangkat pulang ke hostel untuk mengambil beg dan singgah di laundry untuk mengambil pakaian - akhirnya dapat juga pakaian bersih hehehe. Kami meminta izin untuk tumpang mandi di hostel tetapi tak bolehlah pula jadinya kami tumpang solat sahaja di situ. Kami buat keputusan untuk mandi di stesen keretapi aje nanti tetapi sebelum itu kami akan singgah di Jl. Malioboro untuk dinner di lesehan.  Dengan badan yang giler melekit kami pun kembali menapak ke Malioboro. Tiba di satu persimpangan (berdekatan kedai menjual bakpia), saya ternampak "kamar mandi". Wahh apa lagi, kami ambil keputusan untuk mandi di situ. Seorang Rp2,000. Kamar mandinya cuma satu sahaja yang bisa digunakan, jadinya kena ambil giliranlah. Mandi sepuasnya seperti dah bertahun tak mandi hehehe sebelum teman saya itu mengambil giliran. Kebetulan waktu sudah pun Maghrib kami ambil keputusan untuk terus solat - sekurang-kurangnya tidak terkejar-kejar nanti. Giler segar tetapi sekejap aje badan kembali berpeluh - Jogja sedang memasuki musim kemarau, jadi bertabahlah.

Heaven!!hahaha (mana tak heaven, orang tu belanja hehehe)



Inilah travel partner saya kali ini..

Kali ini, teman saya itu pula memilih lesehan; kami lepak di lesehan Borobudur setelah serik di lesehan Pojok - incident 'lori garam terbalik'. Perghh mantap dinner kami malam tu hehehe. Settle makan ingatkan mahu bergerak terus ke stesen tetapi Anhar ingin berjumpa Wawan; 3 lagu pakcik tu sempat rakam, sebelum kami mengambil keputusan untuk berangkat ke stesen. Ehh2, mana bakpia saya? Dah satu kerja pula untuk mencari bakpia huhuhu (kalau tak beli kempunan pula nanti). Kami selusuri Malioboro dan Alhamdulillah ada satu gerai yang masih ada menjual bakpia (walaupun tak fresh, belasah ajelah). Bakpia ini memang fav saya lebih-lebih lagi yang berintikan kacang; makan sampai lupa diri :D.

Kami lepak di stesen dan sekitar jam 9.30pm train tiba dan tidak lama selepas itu bermulalah perjalanan menuju ke Bandung. Bisnes kelas ke Bandung dengan perjalanan sekitar 9-10jam, apa yang korang harapkan?? Terseksa ok!!waaaaaa!! Sejuk satu hal (bukan disebabkan aircond tau tetapi angin dari luar) sedangkan sweater dalam beg dan berbau belerang, tak lalu nak pakai. Alasan kedua, seat tak boleh nak adjust; static. Malam itu, leher saya kram ok!!! Dah macam ayam kena sembelih aje rupanya, badan pun tak boleh digerakkan; sakit huhuhu. Dok seru orang sebelah, lena sungguh dia hehehe. Takde pilihan, saya cuba untuk pejamkan mata dan kembali terlena. Seriuslah, korang janganlah buat kerja giler macam kami ini. Konon nak berjimat akhirnya badan sendiri yang terseksa huhuhu..

Malam yang panjang, kita jumpa pula di Bandung..

*bersambung

You Might Also Like

12 comments

  1. wahh rindu juga sama Jogja! bahaya la baca blog u ni..adehhh hehehe :p

    ehh, aritu sy pun naik train Lodaya Malam ke Bandung..bisnes class jugak kui 9.24pm..hehe. Mmg betul! krem abis leher..haha! sejuk angin luarr...huuu i miss that moment la..

    tak sabar baca ur next entri! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too.rindu sgt dgn Jogja..kalau ada rezeki every year nak ke sana huhuhu

      ambil Lodaya sebab murah, kan3?hehehe..seat keras dan agak sempit.nak bersila pun tak lepas sebab takut berlaga lutut dgn orang sebelah..jadinya, mau tak kram haha..but itu semua pengalaman, kan ET? haih hehehe..

      *ye nantikan, bandung yang boring..isshh!

      Delete
  2. Saya suka foto2nya... asik.. salam kenal..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. err maaf ya mas, unyu...unyu tu apa maksudnya ya?

      Delete
  4. indahnya... itu foto di dalam masjid ya..?

    ReplyDelete
  5. wah.... tak sabar nak tunggu trip ke jogja. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujung tahun ne, kan??takpe2 dah tak lama tu...

      *kirim bakpia boleh? hehehe

      Delete
  6. Jalur keretapi Jogja-Bandung itu salah satu scenic railway di Pulau Jawa juga. Terutama ketika keretapi hampir tiba di Bandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh, sayangnya terlepas peluang menikmati saat itu Indra huhuhu

      Delete

Subscribe