TQVM

Thursday, August 09, 2012


Alhamdulillah, hampir setahun membuat pesanan dan menanti akhirnya buku-buku ini berjaya juga saya perolehi. Terima kasih banyak buat Faiz Ezra dari komuniti muslim traveler kerana bersusah payah mencari dan mengumpul buku-buku ini buat saya. Walaupun sebuah lagi sudah kehabisan stok tetapi apa yang ada ini pun dah lebih dari cukup. Nak komen lebih-lebih mengenai buku-buku ini tak dapatlah kot sebab saya baru tiba di pertengahan perjalanan Selimut Debu. Apa yang pasti, walaupun baru dipertengahan perjalanan buku ini sangat menginspirasikan.

Buku ini perlu diperkenalkan lagi ke?hehehe. Oklah, kalau lihat di list blog saya ada link whateverbackpacker, klik sajalah di situ kalau nak kenal siapa tuan empunya buku/blog. Buku ini hadiah dari teman saya, Meiti waktu kunjungannya ke Malaysia bulan lepas. Dah selamat pun saya baca, haih macam mana penulisannya di blog begitu jugalah di bukunya; sentiasa membuat saya ketawa dengan gaya penulisannya yang agak 'gila-gila'.

*buat kalian berdua, terima kasih untuk ole-ole yang selebihnya...
**buat gaia, tqvm untuk LP India..haih, hati ini terpanggil-panggil untuk ke sana...
***sedang menantikan buku yang seterusnya :D

You Might Also Like

4 comments

  1. Whatever I'm backpacker?? huahahaha you'll find my name on it :p

    ReplyDelete
  2. febry, is it you at page 81 - from vietnam to kalimantan? hahaha

    ReplyDelete
  3. yeah.. and there's one in early chapter, about phuket :p

    ReplyDelete
  4. thats my book !! thanks for reading my book zilla~ :D

    ReplyDelete

Subscribe