Asian Civilisations Museum : Singapore

Tuesday, September 11, 2012

Awalnya, memang takde plan pun mahu singgah ke sini. Oleh kerana flight ke Kuala Lumpur pun di malam hari ditambah pula travel partner yang dah cabut pulang ke Jakarta awal paginya; saya mati kutu. Nak buat apa di Singapore???!!! Jadinya, ikut ajelah kaki melangkah dan akhirnya saya tiba di Asian Civilisations Museum. Bayaran masuk $8. Walaupun agak mahal tetapi rasanya rugi pula tak masuk. Kebetulan waktu itu ada pameran Treasures of Aga Khan : Architecture in Islamic Arts, pejam mata ajelah. Tak ramai pun pengunjung waktu saya tiba; adalah dalam 5 orang.

Layan ajelah gambar yang tak seberapa - nak upload kesemuanya macam tak logiklah pula, kan??




Antara tembikar yang ditemui yang menjadi bahan pameran.

Siapa kata susah bertemu masjid di Singapore? Di Chinatown pun ada tau...

Sebahagian barangan yang digunakan oleh ceti - siap bercop bagai, hebatkan??

                
 Di ruangan Hindu Buddhist in Southeast Asia.

Ditemui di Khorat Plateau, Thailand
Kammavaca (manuscript leave) yang berasal dari Burma.

Inkwells berasal dari Khurasan.




Ini pula di ruangan pameran West Asia/Islamic.

Di ruangan pameran Aga Khan memang takde gambar yang berjaya saya rakamkan. Sebabnya suasananya yang terlalu malap; flash kamera tidak dibenarkan; setting yang saya gunakan masih tidak mampu menghasilkan gambar yang ok. So, sapa-sapa nak tahu apa yang ada, sila-silalah singgah di sini - tak rugi pun (pameran berakhir hingga penghujung bulan Oktober 2012).

You Might Also Like

0 comments

Subscribe