Mt. Kinabalu : Part II

Wednesday, September 26, 2012

Kinabalu Park - Timpohon - Laban Rata

Diri belum pun tiba di puncak tetapi kesejukan sudah terasa hingga ke tulang. Saya hampir demam malam itu gara-gara tidak mampu menahan kesejukan. Semuanya bermula setelah menyapu yoko2 di betis. Seharusnya ianya bisa memanaskan urat-urat saya tetapi sebaliknya berlaku. Cecair yang keluar terasa begitu dingin. Tak tahu kenapa atau sememangnya badan saya sudah menunjukkan tanda-tanda awal untuk demam. Oleh kerana tidak mampu menahan gigilan, saya tidur bertemankan sweater dan stoking tetapi ya, sepertinya tiada fungsi. Teman sebilik saya juga melalui pengalaman yang lebih teruk kerana tidak mampu menahan kesejukan (biarlah saya simpan sahaja apa yang terjadi). Mujurlah tidak ada apa-apa yang berlaku malam itu (demam dan sebagainya) kalau tidak mungkin sia-sia sahaja apa yang kami usahakan selama ini (tetapi kalau dah takde rezeki, elak macam mana pun tetap akan terjadi, betul tak?). Walaupun sesekali terjaga tetapi saya kira memadailah untuk mengembalikan semula tenaga. Sekitar jam 4.++am, kami bangun untuk solat subuh dan langsung bersiap kerana kami perlu berkumpul sekitar jam 6.30am. Tepat jam 7.00am, kenderaan tiba untuk membawa kami ke cafe - breakfast seadanya dan mengambil lunch sebelum pendakian dimulakan.

Are you ready? ;-)
                                                                         
Kami menuju ke Timpohan Gate sekitar jam 8.30am setelah semua urusan berkaitan porter/guide diselesaikan. Lebihan barangan disimpan di dalam stor manakala barangan yang perlu telah diserahkan kepada porter untuk dibawa terus ke Laban Rata. Oleh kerana barangan kami mencecah 75kg, 3 orang porter diperlukan untuk mengangkut barangan tersebut. Jangan ingat free ya, kesian diaorang tau kalau free. Bayaran RM8/kg dikenakan. Jadinya, faham-faham sendirilah berapa banyak yang kami keluarkan hanya untuk porter tetapi semuanya kami bahagi sama rata; bukankah susah dan senang harus bersama-sama? Trekking pole/tongkat juga boleh disewa di sini dengan kadar RM10/pc - perlu digunakan dengan sebaik mungkin (rosak gantilah :P).


'Lucky number' :D. Sila simpan/jaga pas ini agar tidak hilang dan adalah lebih baik kalau dipakai sepanjang waktu. Waktu ke puncak (Sayat Sayat Checkpoint, pas ini perlu dipamerkan kepada petugas untuk dicatatkan namanya)

Akhirnya setelah warming up dan briefing oleh ketua guide (Mr. Jo), kami diminta mendaftar di kaunter (tunjuk aje pas masing-masing). Sekitar jam 9.30am kami mula bergerak melepasi gate Timpohon. Fuhhh, nervous ok!! Oh ya, sebelum itu sebiji ponstan (panadol pun boleh) kami telan sebagai langkah awal untuk mengelakkan AMS (acute mountain sickness/altitude sickness). Antara pesanan guide yang saya ingat:

  • Jika ada tanda-tanda seperti sakit kepala, muntah-muntah, sesak nafas waktu  perjalanan (antara tanda-tanda AMS) perlu berehat dalam 1-2min dan jika tanda ini berterusan, peserta dinasihatkan untuk berpatah balik.
  • Control step dan jangan tunggu orang belakang. Apa-apa pun jadi, kita kena teruskan perjalanan.
  • Jangan berhenti rehat terlalu lama kerana apabila badan sudah kembali sejuk, kita akan mengalami sesak nafas. Sangat penting untuk memastikan badan/dalaman kita berada di dalam keadaan yang 'panas/berhaba'.
  • Perlu tiba di Laban Rata sebelum jam 4.00pm atau gelap. Keadaan akan menjadi sukar jika hujan mulai turun..

Timpohon Gate

Dengan lafaz Bismillah dan doa, perjalanan pun bermula. Jarak antara Timpohon ke Laban Rata sekitar 6km dengan perjalanan mengambil masa sekitar 3-6jam bergantung kepada kondisi masing-masing. 1st km, ok. 2nd km - masih mampu bertahan. Melepasi km 3 - wujudnya konflik dalaman (antara tanda-tanda AMS). Jadinya, diri sendiri jugalah kena memainkan peranan agar tidak kalah dengan perasaan sendiri (untuk mengalah). Waktu ini jugalah backpack 20L yang saya pikul terasa giler berat (takde apa pun dalamnya; hanya glove, baju hujan, D90, 3 botol air dan lunch berupa 2 kping sandwich dan 2 biji epal) - semakin tinggi kita naik, oksigen juga semakin berkurangan so segalanya akan menjadi tidak selesa. Ikut hati, nak aje beg itu saya tinggalkan. Kaki pun dah mulai lemah saat ini. Alhamdulillah, porter-porter dan pendaki yang turun/naik banyak membantu memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan - "dah dekat dah, jalan perlahan2" atau "boleh..bolehhh" - walau hanya sepatah kata ia mampu membuatkan kita kembali bersemangat (saya suka dengan keadaan ini, terasa ada 'ikatan' yang wujud antara pendaki). Masuk km 4, hah yang ne memang kalau boleh nak merangkak aje. Lutut dah start mengiggil (perkara normal bagi saya, kawan2 rapat mungkin mengetahui penyebabnya). Mujur ada seorang guide yang membawa seorang pendaki dari Thailand tolong memantau keadaan saya bersama-sama mamat tersebut. Sepanjang perjalanan itu, beliau mengajak saya berbual, jadi terlupa ketidak-laratan yang saya hadapi. Kalau sebelum ini selesa mendaki anak-anak tangga yang agak rata keadaannya tetapi sekarang ianya telah berubah kepada anak-anak batu. Perlu extra hati-hati di sini. Udara mulai sejuk dan angin bertiup kencang dan saya sudah tidak mampu bertahan tetapi apa pilihan yang saya ada? Wind breaker dan sweater berada di tangan porter yang saya sendiri tidak tahu di mana kedudukannya. Untuk extra haba, saya cuma menyarung glove dan menyumbat pocker warmer di kedua-dua belah tangan saya. Walaupun tidaklah membantu sangat tetapi bolehlah. Cabaran semakin bertambah apabila dengan tidak semena-mena hujan mulai turun. Aduhhh!! Dengan angin, hujan dan kabut; tak tahulah nak kata apa - hanya bergantung kepada pocket warmer dan baju hujan sahaja. Dalam kepala cuma berharap 'cepatlah sampai - dah tak larat'.

             
Sebahagian daripada trek menuju ke Laban Rata.

Trek ini akan ditemui setelah melepas Layang Layang.

               
 Ada orang menggelarkan mereka ini 'taxi gunung'. Mereka inilah porter merangkap guide. Saya sangat kagum dengan ketabahan mereka ini.

Akhirnya, sekitar jam 3.30pm, saya selamat tiba di Laban Rata (lama giler nak sampai hahaha!!). Sejuk jangan cakaplah. Gigi pun tak sanggup bertemu kerana terlalu sejuk :D Kami lepak sahaja di resthouse sementara menunggu ketibaan teman-teman yang lain. Dinner pun akan disajikan sekitar jam 4.30pm, alang-alang sekali harung ajelah. Walaupun dah  berada di balik awan (berangan), makanan tetap heaven (sedap!! - buffet style). Memang tak pandang kiri-kananlah time nie - pulun seseddap hati :D

Laban Rata Resthouse. Semua urusan perlu dilakukan di sini termasuk makan.

Dinner petang itu, yummmy!!! Dalam keadaan letih dan sejuk, segala yang terhidang semuanya terasa enak.

Kami berempat (saya, tasyha, shahrul dan fieda) ditempatkan di Gunting Lagadan Hut di ketinggian 11,000 kaki dengan jarak dari resthouse sekitar 150m - lebih kuranglah jaraknya (terasa dekatkan? hakikatnya macam nak pengsan menapak :P). 4 lagi teman ditempatkan di Panar Laban Hut manakala jejaka-jejaka tampan ditempatkan di Waras Hut. Dah namanya dorm, apalah yang diharapkan, betul tak? Dengan air yang sejuk beku (x heater), lupakanlah hajat nak mandi. Nak membuang pun tak lalu tau!! sejuk!!! huhuhu. Setelah menukar pakaian yang lebih bersih, solat, kami terus zzzzzzz. Itu pun tak boleh nak lena kerana malam tu (tak tahulah pukul berapa) ribut melanda. Keadaan sangat sejuk. Saya sesak nafas malam tu (kerana baju terlalu tebal :D) dan ada teman saya tidak boleh tidur kerana 'krem' akibat cuaca yang melampau.

Penginapan kami, Gunting Lagadan Hut.

Bilik kami, sangat sempit ok. Solat semuanya dilakukan di atas katil. Satu bilik boleh memuatkan 4 orang pendaki.

Sekitar jam 1.30am, kami terjaga dan perlu bersiap sedia kerana sekitar jam 2.00am, kami diminta berkumpul oleh guide sebelum perjalanan ke puncak diteruskan. Cuaca? Rasanya dah cecah takat beku (kot) ditambah pula dengan angin yang bertiup kencang...
  
* info tambahan : pada mereka yang memerlukan toilet, jgn risau kerana di setiap km akan ada pondok rehat dan toilet yang boleh dikategorikan sebagai bersih lengkap dengan air.
*bersambung untuk pengalaman menuju ke puncak.

You Might Also Like

32 comments

  1. agak2nya brape kilo lah muatan kat atas belakang taxi gunung tu ye. sungguh kagum dgn ketabahan masing2. hrp2 berbaloilah dgn rm8/kg tu.

    ade bwt latihan senaman sebelum mendaki kat semenanjung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x taulah..tong gas pun drang boleh pikul ke atas so faham2 sendirilah..RM8/kg hanya utk extra barangan tetapi utk khidmat mereka, harganya sudah termasuk dalam pakej..kalau ada yang cedera dan perlu dipikul/didokong turun, caj RM3++/km dikenakan..

      ne mesti tak baca previous entry kan? hehehe. yupp turun/naik tangga, broga hill, bkt gasing ini antara aktiviti yang kitaorg lakukan setiap hari/weekend.oksigen kurang atas tu so ianya beri kesan terhadap diri pendaki.kalau boleh sampai laban rata dalam tempoh 2-3j, kira dah tersangat hebat :)

      Delete
  2. Zilla! besnye baca pengalaman awak nih. dulu saya pun pernah stay kat Gunting Lagadan. walapun dekat je sebenarnya dengan resthouse Laban Rata, tapi terasa jauh sangat-sangat..haha. sejuk dia memang sampai ke tulang sum-sum..

    tak sabar nak baca perjalanan u all ke puncak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha giler seksa kan nak tiba di Gunting Lagadan tapi syoknya duduk sini sebab trek ke puncak sebelahnya aje so tak perlulah nak extra menapak pagi2 buta hehehe..haih, tak tahulah kenapa walau cbarannya agak teruk tapi hati rasa tak puas..rasa nak repeat aje Et :D

      *perjalanan penuh seksa..tunggu!!! hehehe

      Delete
    2. wehehee betul.. rasa nak repeat je kann, walaupun perjalanan menyiksa fizikal dan mental :p tapi bila dah sampai puncak tu, rasa berbaloi sangat. speechless.

      apa lagi repeat laa... *heheh racun2* :p

      Delete
    3. betul2 tapi tak tahulah bila..next year target nak ke rinjani (kalau ada rezekilah) :D

      *takde plan nak repeat kah? via ferrata pula hehehe

      Delete
    4. insyaAllah saya akan ke rinjani april next year... flight tix pun dah beli. zilla nak join ke? rasanya boleh lagi kalau nak. lepas rinjani, kiteorang akan lepak kat lombok maybe diving jugak. kalau nak join, let me know, saya bagitau details ;)

      wah via ferrata memang menggiurkan..tapi kene lawan perasaan gayat dulu, sbb saya ni penggayat tegar sebenarnye..lol :P

      Delete
    5. owhh yeke?date bila?haih, memang berminat sgt dgn rinjani ne..email saya detail boleh -> adzillah79@yahoo.com. dive di gili ke?saya tak minat dgn aktiviti air, tgk air pun rasa macam errr!! :D

      teringin nak try via ferrata tetapi bila tgkkan cabarannya, wow kalaulah apa2 jadi..selamat tinggal dunia hehehe..I'Allah, kena kumpul kekuatan dululah kalau nak try :D

      Delete
    6. datenya 4 april - 14 april 2013. okies malam nanti saya email detailnya ;)

      aah rencananya nak dive kat gili, itupun kalau kaki masih larat almaklumlah baru turun dari rinjani..haha. kiranya optional je dive tu.

      yesza, kene kumpul kekuatan dulu baru berani try via ferrata :D

      Delete
    7. wahh, birthday saya tu :D

      ala kalau tak boleh dive, santai2 ajelah di gili tu..cantik sgt tempatnya rugi kalau x singgah hehehe

      *saya nantikan emailnya ;)

      Delete
    8. *sori lambat reply

      wow waktu tu birthday awak ke? bestlah kalau dapat g sekali :) leh celebrate atas puncak rinjani hehe :)

      saya tak sempat email, tapi invite event via FB je (rasanya awak dah tengok pun) :)

      Delete
    9. nampak gayanya macam tu lah, Et tetapi apakan daya takde rezekilah nak join.harga tix, membuatkan saya tercekik huhuhu.I'Allah, Sept 2013 saya akan ke sana bersama-sama geng kinabalu tempohari..haih, saya wakilkan awak ajelah dulu ye..ambik gambar cun2..kasi saya terbakar sikit hehehe

      *saya dah email Ijan dan dapat pun balasannya.apa pun tq ye sebab invite saya :) kalau ada plan nak mendaki lagi, jgn segan2 utk invite saya hehehe

      Delete
  3. Porter tu boleh naik 2-3 kali sehari kan...sangat Gagah. Kawan saya pernah cerita pasal budak bawak kek naik gunung tanpa cacat cela kek tu. kagum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu En Rain err Janggel hehehe.saya belum pun sampai ke Laban Rata derang dah pun berpatah balik..perghh, tak tahulah apa yg membuatkan mereka menjadi sperti 'jet pejuang'..siap boleh berlari lagi sambil memikul bebanan..hebat, sangat hebat!! :)

      Delete
  4. Lepas layang-layang memang seksa nk naik atas.. lagi2 yang tulis 1 minute nk sampai Laban Rata.. aku rase nk dekat 15minute aku menapak, x sampai2 lagi.. malam tu, mmg sejuk beku.. ada rezeki, mmg kena repeat balik..aku pun x puas sebab 'krem' yang melampau..huuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasakan org yg tulis tu memang sengaja nak bagi semangat kat semua org..kalau idak smuanya dah lebih dari lemau hehehe..wajib repeat!! hahaha..

      Delete
  5. bler baca balik, terasa kembali suasana mendaki. sume kepenatan yg x terhinga n kesejukan cuaca tu. Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieda, pengalaman yg sgt berharga..paling best bila kita enjoy setiap detik kita di sana, kawan2 yang bagus, sanggup susah senang sama2..memang tak boleh lupalah pengalaman ini sampai bila2 :)

      Delete
  6. geng-geng porter tu takde blog ker?nak jugak baca pengalaman diorang sampai sebegini hebat panjat gunung,tengok korang dengan jacket bagai, diorang relax jer dengan suar pendek and t-shirt. kagumnyer !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh lupalah pula nk tanya hehehe.kawan saya kata (kebetulan beliau sempat berbual dgn mereka ini), mereka ini petani so sementara nak tunggu hasil tanaman keluarkan hasil mereka bekerja sebagai porter di kinabalu..mungkin dah dunia mereka, kan Orga? cuba bayangkan kalau kita berada di tempat derang..errr tak mampu kot hehehe

      Delete
  7. xsabar nk tngu part III plaks...ble baca entry akak nie terase cam sy yg mendaki jerk....cepat2 update ea!! xsbr nk tau camne keadaan korang dengan suhu sjuk beku tu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ned,I'Allah kalau mood tak kelaut cepatlah updatenya hehehe..

      Delete
  8. ada hati gak nak panjat kinabalu..tapi bila baca entry ni...hahhh..boleh ke? mcm dah tak larat je pun nak pi sana..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. alala norh, entry ne macam menakutkan aje ke bunyinya?hehehe~try aje norh, I'Allah pasti boleh :)

      Delete
  9. Saya cuma berjaya menunggu pendaki2 kat pondok timpohan aja..ha..ha.. anyway, tahniah zila...!

    ReplyDelete
  10. sebenarnya sy pegi kundasang seminggu before Zilla. Nak bgtau time tu musim hujan tp tak nak Zilla patah semangat. ;p Tp sy tetap kagum dgn ketabahan Zilla.

    Eh! Zilla bawak apa tu sampai 75kg? sy hari tu bawak makanan mcm nak piknik(ada kek, sayur2, buah2, sosej...)kat atas tu tp rasanya tak sampai berat mcm tu. Zilla nyer beg limit 15kg AirAsia pun tak lepas tu. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe it's ok lah, tom.kitaorang mmg dah prepare utk cuaca.maklumlah perkara2 seperti ini berada di luar kawalan kita tetapi itulah dalam dok prepare tu pun, terbabas juga..sengal sungguh :D

      wahh, agak2lah tom.75kg tu barangan utk kami ber'12 tau bukan saya sorang hahaha...actually, yang memberatkan sebab kami bawa tong oksigen naik atas heheheh *sila jgn percaya, merepek aje ne :D

      Delete
  11. Tahniah Zilla :) . Best kan naik Mt.Kinabalu..hehe..insya Allah ade rezeki, tahun depan geng2 sy pun nak naik skali lagi Mt.K ni and maybe nak ikut route Mesilau pulak. Gunung Kinabalu is simply awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ.yupp agreed, Mt.K memang awesome.sekali lihat macam tak percaya, kita ada keindahan mirip pergunungan di swiss :) I'Allah ada rezeki 2014 akan repeat.apa pun, good luck Yasmin..

      Delete
  12. belum baca habis but was mesmerize by your header... cantek giler!!! borobudur right? from which angle/point?

    malam satgi sambung baca balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily, terima kasih..yupp, borobudur..diambil dari bkt. punthuk setumbu..boleh baca di sini utk detailnya -> http://mystoriesmories.blogspot.com/2012/05/trans-java-2012-part-vi-day-5.html :)

      Delete

Subscribe