Mount Kinabalu : Part III

Tuesday, October 02, 2012

Laban Rata - Low's Peak - Timpohon Gate


Saat yang dinanti-nantikan. Hanya 16 orang yang mencuba nasihat untuk menawan puncak Kinabalu; 2 daripada kami menarik diri atas sebab-sebab yang tertentu. 2.30am, kami memulakan pendakian. Target awal kami pagi itu adalah untuk tiba di Sayat-Sayat Checkpoint sebelum jam 5.00am kerana jika melepasi waktu itu, menurut kata ketua guide kami tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke puncak dan perlu berpatah balik ke Laban Rata. Selain daripada itu, kami berharap sangat cuaca baik di puncak kerana jika hujan kami semua perlu berpatah balik atas faktor-faktor keselamatan.

Jarak dari Laban Rata ke Low's Peak sekitar 2.85km sahaja. Bunyi macam dekatkan? Hakikatnya...??

Perjalanan bermula dengan mendaki anak-anak tangga. Penglihatan memang terhad, main redah sahaja dan bergantung kepada head lamp masing-masing. Cuaca pula tak tahulah nak cakap macam mana, sejuk!! Saat ini saya memakai 6 lapis pakaian dan berharap ianya mampu kehangatan kepada tubuh badan saya. Alhamdulillah, saya tidak menghadapi kesukaran (sesak nafas dan sebagainya) waktu mendaki anak-anak tangga ini. Saat ini juga, stokin dan kasut yang saya pakai sudah pun lencun. Dah nama pun gelap; kadangkala saya tak sedar dihadapan saya ada air yang menanti. Makin jauh saya pergi, terasa semakin lelah(akibat kekurangan oksigen). Saya bergerak bertiga bersama teman saya. Yang lain, hilang di dalam kegelapan pagi. Boleh dikata baru 5-6 langkah dibuat, kami akan berhenti akibat keperitan yang dialami. Saya tak tahu orang lain turut mengalami perkara yang sama atau pun tidak; tak tergerak hati pun nak bertanya. Apa yang pasti, bila seorang berhenti yang lain akan turut sama-sama berhenti.  Tiap kali kami berhenti itulah, akan ada yang menegur "jangan berhenti, teruskan perjalanan..." - tak larat, sungguh!! Part paling mencabar, apabila perlu bergayut/bergantung pada tali yang disediakan. Bukan mudah ok. Apa yang boleh dibuat adalah memaksa diri untuk mencuba sebaik mungkin kerana kami sedar jika terdapat satu kesilapan kecil di dalam pergerakan kami, bahaya pasti akan menanti. Guide yang mengiringi kami juga sentiasa mengingatkan kami, berpegang pada tali, bergerak berpandukan tali tersebut dan jangan sesekali tersasar.

Saya tak tahulah stamina kalian bagaimana, sejujurnya setiap pergerakan yang saya lakukan adalah berdasarkan kepada kemampuan diri saya sendiri dan dibantu dengan kata-kata semangat dari teman-teman. Ikut hati, dari awal lagi saya dah nak mengalah. Pendakian yang bukannya mudah; hanya mereka yang sudah melaluinya sahaja akan merasai apa yang saya rasai saat itu. Saya tiba di Sayat-Sayat tepat jam 4.30am (saya ambil masa 2 jam untuk pergerakan sejauh 1km, giler lama, kan?). Tak kisahlah mengenai waktu yang penting di sini saya berjaya tiba di Sayat-Sayat pada waktunya dan berpeluang untuk meneruskan perjalanan ke Low's Peak. Pendakian ini bukan untuk orang lain (utk kelihatan hebat dan sebagainya - tidak!!) tetapi ini untuk diri saya sendiri - impian yang sekian lama  terpendam.

Tiba di Sayat-Sayat, pas perlu ditunjukkan. Petugas akan mencatat pergerakan turun/naik pendaki - tak lapor diri di sini maknanya sijil akan berwarna black & white. Saya bertembung dengan beberapa orang teman yang sedang melepaskan lelah di sini. Tak tahulah siapa, tak nampak muka hehehe. "Saya lapar...". Itu yang saya luahkan pada guide. "Kamu tidak makan sebelum berangkat?". "Tak sempat..". Bukan tiada makanan yang disediakan, ada.  Group kami dibekalkan dengan 2 buku roti berserta jem tetapi ialah dah kelam-kabut mana nak ingat pasal makan (kami tinggalkan di bilik huhuhu). Perut dah dondang-dendang, dalam beg cuma ada sekeping coklat dan choki-choki. Inilah yang guide suruh saya telan untuk mengalas perut (haih, manalah cukup huhuhu). Jadinya kawan-kawan, sebelum memulakan pendakian make sure alas perut itu dengan makanan. Jangan kelam-kabut, nanti jadi macam kami ehhh saya :D.

Setelah 15 minit berehat di Sayat-Sayat, kami diminta untuk meneruskan pendakian. Kali ini memang dah takde anak-anak tangga; kami bergantung sepenuhnya kepada tali yang sedia ada. Cuaca semakin memburuk, kabus semakin tebal dan angin bertiup kencang. Tuudung saya dah lencun saat ini. Saya sudah tidak mampu merasai bibir saya sendiri. Bercakap pun, suara ala keluar dengan tidak. Jari-jari kaki/tangan seperti sudah kehilangan fungsi; semuanya terasa seperti dibius - kebas dan tebal. Setiap kali langkah kaki dibuka, sakitnya - lebih kepada perit (rasa nak menjerit aje) tetapi saya bagitahu diri agar tidak mengalah kepada keadaan; saya gagahkan diri untuk terus melangkah bersama-sama teman-teman yang lain. Tiap kali kami cuba berhenti, guide akan bising meminta kami meneruskan perjalanan untuk mengelakkan hipertermia. Dalam pada masa yang sama, kami juga dinasihatkan untuk berpatah semula (tidak perlu paksa diri jika tidak mampu) ke Laban Rata kerana cuaca agak buruk- kalau ke puncak sekali pun; apa pun tidak akan kelihatan tetapi kami berkeras untuk mencuba nasib. Angin bertiup kencang dan seksanya melawan angin - terasa melayang. Tiap kali angin bertiup, tiap kali itulah kami akan berdiri tegak menahan diri. Pergerakan kami semakin perlahan dan sekali lagi kami mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba di km 8. Ini bermakna ada lebih kurang 0.85km untuk tiba di puncak. Beberapa orang teman mengambil keputusan untuk berpatah balik kerana cuaca sangat tidak mengizinkan. Saya dan Fieda, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Low's Peak. Jari-jari kaki saya teramat perit, semakin perit dan bertambah perit (tak tahulah nak gambarkan macam mana). Kami paksa diri untuk terus melangkah dan tiba di suku perjalanan (gamaknyalah), saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Serius, bukan mudah, ok!! Saya tahu, kalau saya teruskan perjalanan juga saya akan merisikokan diri sendiri. Jadinya, cukuplah sampai di situ. Memang takde rezeki saya dan cuaca seolah-olah tidak menyebelahi kami. Walau pun kaki tidak mencecah di km 8.85 tetapi saya bersyukur dengan apa yang telah saya perolehi. Bukan mudah nak melawan apa yang ada dalam diri ini. Semangat/diri saya tidaklah sehebat mana tetapi saya ada teman-teman yang sangat hebat; yang saling memberikan semangat agar tidak kalah pada keadaan..Syukur kerana dianugerahkan teman-teman seperti ini. I'Allah, ada rezeki 2 tahun lagi Kinabalu akan kami jejaki. Mudah-mudahan saat itu, Low's Peak akan berjaya kami tawan. Buat teman-teman yang berjaya hingga ke Low's Peak, tahniah. Korang memang terbaik!!! - buat kawan-kawan yang bertanya saya berjaya menawan Low's Peak atau tidak, moga sudah bertemu dengan jawapannya :)

Memang tak banyak gambar yang berjaya saya rakamkan sepanjang perjalanan menuju puncak. Jari-jari semua dah beku, nak tekan button camera pun dah tak mampu. Kalau ada pun main taram aje; setting, semua dah ke laut (tak kisahlah, kan?).

Kami selamat tiba di Gunting Lagadan sekitar jam 8.30am. Tak tunggu lama, terus kemas barangan kerana kami perlu check out sebelum jam 10.00am (charge tambahan akan dikenakan bagi setiap jam yang lewat). Di samping itu juga, kami perlu mengejar breakfast di resthouse sebelum terlewat (time ne memang pulun habislah, sangat lapar ok!!). Perut kenyang, teman-teman yang lain semuanya dah tiba, kami mula bergerak menuju ke Timpohon sekitar jam 10.30am.

 
Di km 8. Alhamdulillah..

Sepanjang perjalanan, beginilah keadaannya.Kadangkala bila kabut terlalu tebal, apa pun tak nampak. Kawan di hadapan pun boleh hilang di telan kabut. Pandai-pandailah jaga diri waktu ini agar langkah tidak tersasar (gambar dirakam odw turun).

 
Suram - ada orang kata ini warna 'kematian'.


 
Inilah yang ada dibalik kabus (merujuk kepada 2nd pic). Ini di Sayat-Sayat Checkpoint. Kami lepak di sini untuk layan matahari (yang tiba-tiba muncul) - kamera memang basah time ne. Redha ajelah agar tak rosak huhuhu.

 Subhanallah, indah sangat-sangat viewnya. Terasa macam melihat hamparan lukisan. View ini sesekali aje muncul, kalau tidak ianya akan berselindung di sebalik kabut.

Sesekali angin akan membawa kabut pergi, dan inilah yang kelihatan.

Inilah sebahagian trek yang kami tempuhi untuk menuju ke Sayat-Sayat. Grrrrrrrrrr, sejuk!!!






 Sebahagian trek dari Gunting Lagadan menuju ke resthouse.

 
Kopi panas - terbaik!!


*tulisan ini dibuat berdasarkan pengalaman saya sendiri dan mungkin ianya berbeza dengan pengalaman yang pernah ditempuhi oleh kawan-kawan sekalian.
**bersambung untuk pengalaman menuju ke Timpohon - perjalanan yang sangat menyeksakan..

You Might Also Like

27 comments

  1. gerun pulak tgk puncak gunung berkabus tu..boleh rasa kesejukkan...grrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar yg mana satu tu?byk sgt yang berkabus, saya tak boleh teka huhuhu..

      Delete
    2. takyah teka..wat susah2 jer..hahaha..yg mana2 berkabus lah dong..hehe

      Delete
  2. subhanaALLAH...lawanya gmbr tu. sayup2 jauh nmpk gunung-ganang tu. kalo xde kabus tu, mesti jelas mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rezekilah, John.tak boleh nak buat apa.tapi apa yang ada ini pun, dah lebih dari cukup.keindahannya tak mampu saya luahkan dgn kata2.

      Delete
  3. rasanya betul tindakan awak tu, kita memang tak boleh paksa sampai bahayakan diri sendiri. dari cerita awak ni, saya boleh rasakan lagi keperitaannya..i can feel u babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Et, guide tu siap soud kitaorang tau 'kalau macam ne lah cara kamu berjalan, 2j lagi pun belum tentu sampai ke low's peak' hahaha..mematahkan semangat betul.

      waktu awk ke sana tempohari, cuaca macam mana? ok atau senasib dgn kami?

      *pengalaman turun ke timpohon, lagi haru tau..nanti saya cerita :)

      Delete
  4. Aduhh zilla..bestnya baca kisah awk..dlm masa yg sama rasa gerun..sy pun dh lama rasa nk pergi, tp nk kumpul semangat tu laa xtau biler...hushhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih niL.ini aje yang saya mampu kongsikan.moga dapat sesuatu dari pengalaman saya ini :)

      *2 tahun lagi, I'Allah nak repeat.jom!!!

      Delete
    2. kalau 1 taun, xmoh ikut? :D
      Panjang lagi masa tu,apa2 akan dimaklumkan (tapi x janji, takut terlupa) :)

      Delete
  5. Pic no 6 , priceless ... dah tarap2 national geographic punye gambo...

    ReplyDelete
  6. ada rezeki 2 tahun lagi Kinabalu akan kami jejaki. ohley!! kali ni mampu ke sampai atas? tnye diri sndiri ag. yg pasti stamina kena ade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'Allah, ada rezeki sampailah ke puncak hehehe.kita try ikut kemampuan masing2 ya :)

      Delete
  7. tak mengapa Zilla, at least u dah cuba buat sehabis daya. insya Allah, kalau ada rezeki pasti dapat ke puncak jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, anne.saya tak kecewa tak dapat ke puncak; tetap bangga dengan diri sebab saya tahu bukan mudah berhadapan dengan semua halangan itu...I'Allah, panjang umur ada rezeki, satu hari nanti saya pasti akan kembali :)

      Delete
  8. salam,
    congratulations! sepatutnya awak naik 30 ogos eh? kalau tak mesti kita dah berjumpa or berada dia gk pada hari yang sama kan!

    pengalaman saya, mountain guide saya semua baik2. ikutkan hati mmg tak mampu nak naik sampai low's peak tapi mountain guide tak putus2 bagi sokongan. pejam mata, jalan je.hehe.

    ada member ajak naik via mesilau trail. tapi rasanya cukuplah sekali.hehehehe. what's the most important is, we enjoyed ourselves.

    have a lovely days ahead, zilla. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ilya
      terima kasih singgah di sini.saya dah lihat blog awak, mantap sekali dan tahniah utk k'3 sijil yang diperolehi..takde rezeki nak b'senggol2an dgn kalian hehehe

      guide ok cuma disebabkan faktor cuaca dia tak nak kami m'risiko'kan diri sendiri..cuaca agak teruk, mungkin dah takde rzeki so tak boleh nak buat apa..

      mersilau??org kata view mmg cantik dari situ tetapi kalau saya cukuplah start dri timpohon hehehe.itu pun tak lepas, kalau mersilau macam manalah agaknya hahaha

      Delete
  9. perghhhh! memang hebat cabaran korang. Kalau sy pun tak lepas ni sebab sy tau semangat korang lagi kental dari sy. Sybbasssss bette.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, tom.pengalaman berharga tu, saya kira :D

      Delete
  10. ha sebenarnya hari tu saya google 'ada apa di bandung' lepas tu keluar link blog awak.hehe.

    oh ye lah, hari tu kami alhamdulillah cuaca baik utk ke summit. tapi masa naik ke laban rata tu hujan jugak. utk ke summit kalau hujan mmg bahaya. dan kebetulan juga, masa ke summit, bulan mengambang dan memang terang. tak pyh on headlamp. takpe, ada rezeki boleh naik lagi kan. mesilau mmg cantik..tapi org kata lagi jauh dan lagi perit. tak sangguuuppp kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki tu ilya..siap bulan mengambang bagi lagi, aduhh jeles saya hahaha.mesilau?err saya pun tak sanggup juga,kot hehehe

      Delete
  11. superb! rindu blog awak ni....memang teringin naik gunug kinabalu unfortunately ade masalah lutut......ermm nk tnye la thaap kepenatan tu cmne eyh hehehe....jelessssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh serius tersentuh jiwa ne ahakkk!!kalau sebut pasal lutut memang tak boleh nak buat apa.masa naik ok lagi kot tang turun tu yang tak sanggup.saya siap mengengsot sebab lutut dan betis buat hal.step terakhir siap kena papah sebab lutut/kaki tak boleh nak bengkok dah ahaha..

      tahap kepenatan tak tau nak cakap.tapi puas sngat2 :)

      Delete
  12. wahhh sampai cmtu yee aduhaiii .....ni mcm tk tercapai dek kederat saya ni...lutut saya ade buat minor operation past few years and still rase till now dua kali cancel trip kawan kwan ajak sbb meeemang tak yakin bole buat :(( tapi gambar awak superbbb!!! jgn berenti blogging ye at least saya tak bole ke tempat awak pergi bole la jugak jamu mata :)) all the best

    ReplyDelete
  13. saya pun ada mslh lutut, fauzus..so far masih blh bertahan cuma itulah dianya tak boleh nk ligat mcm org lain..apa pun saya cuba semampu yang blh...saya doakan satu hari nanti awk pun berjaya menawan kinabalu :)

    owhh, bab blogging tu saya tak mampu nk berjanji..mungkin kalau tiba2 saya hilang dan terus menghilang, mungkin saat itu ada something happen to me.kita tak tahu apa yang menanti?? ;)

    *all the best juga buat awk :)

    ReplyDelete

Subscribe