Laos : Part VII

Monday, December 03, 2012

13.11.2012 : Vientiane - Luang Prabang


Kami tiba di Southern Bus Terminal tepat jam 7.00am. Ramai betul driver tuktuk yang mengerumuni kami pagi itu tetapi kami hanya mengelengkan kepala sahaja kerana kami tidak bercadang untuk terus meninggalkan bus terminal. Pagi ini, mofu akan tiba di Vientiane sekitar jam 9.30am dan akan bersama-sama kami meneruskan perjalanan ke Luang Prabang.

Kami hanya bermalas-malasan di terminal bas. Sarapan nan cheese versi keras cegung yang dicicah bersama-sama kari ayam, itulah yang menjadi santapan kami pagi. Dah malas nak fikir pasal orang di sekeliling, kami ke meja berdekatan untuk bersarapan.  Kami bergerak ke jalan besar untuk menunggu bas ke Talat Sao tetapi hampir 1/2jam menunggu bayang bas pun tak kelihatan. Yang menyapa kami adalah driver tuktuk yang menawarkan harga 5,000kip ke sana. Malas nak layan. Hinggalah tiba sebiji tuktuk dan beliau mengangguk sahaja bila kami menawar harga 3,000kip ke Talat Sao - rezeki tu hehehe; lebih murah dari tambang bas :D. Hari ini, baru terserlah warna-warni Vientiane; traffic jam sana-sini. Bosan!!

Dari Talat Sao, kami singgah di Central Bus Terminal untuk mencari info berkenaan dengan Luang Prabang. Tetapi di sini kami diburu pula dengan driver 'van sapu' yang sibuk mempromosi service mereka ke Luang Prabang (termasuk service singgah di rumah mereka - apa kes??) Sangat rimas ok sebab mereka ini sentiasa mengekori kami kemana sahaja. Oleh kerana tak sanggup berhadapan dengan keadaan tersebut, kami mengambil keputusan untuk mencari tuktuk ke Northern Bus Terminal. Wow, driver tuktuk hari ini agak agresif berbanding driver yang kami temui pada hari pertama. Harga yang mereka tawarkan sangat mencekik darah walhal bukan kami tak tahu di mana letaknya terminal bas tersebut (tidak jauh dari airport). Kami terus mencari hingga terpaksa mengalah (sangat penat) dan bersetuju dengan harga 10,000kip/person. Tiba di terminal bas, mofu sedang menunggu ketibaan kami.

Untuk makluman teman-teman yang ingin ke Luang Prabang, saya nasihatkan terus mendapatkan tiket di terminal basLokasi terminal bas ini adalah berdekatan dengan airport, jadinya better singgah di sini dahulu untuk mendapatkan tiket sebelum ke city center untuk menjimatkan kos. 


Terdapat 2 jenis bas ke Luang Prabang (jika tiket dibeli dikaunter):

a) Seating bus
Bas ini kebiasaannya bertolak di siang hari dan perjalanan mengambil masa sekitar 10-11jam dan boleh jadi memakan masa lebih daripada itu kerana bas ini akan singgah di setiap tempat. Jangan terkejut jika terdapat ayam/itik bersama-sama dengan  kalian hehehe. Tambang adalah 100,00kip.

b) Vip bas.
Ada 2 jenis bas under VIP iaitu seating dan sleeping bus. Untuk seating tambangnya adalah 130,000kip manakala sleeping 150,000kip. Jika membeli melalui agent atau hotel di sekitar city center, make sure tanya betul-betul seating atau sleeping bus sebelum membeli tiket. Melalui kenalan yang kami temui di sana, beliau membeli tiket seating bus dengan harga 170,000kip (termasuk tuktuk ke bus terminal) melalui hotel berdekatan Sg. Mekong - giler mahal tu dan dia tidak dimaklumkan samada bus yang bakal dinaiki seating atau sleeping - cuma diberitahu ianya VIP bus.

Tiket sudah pun berada di tangan, dan kami mengambil keputusan untuk kembali ke Rest. Fatima (10,000kip) untuk santap sebelum meneruskan perjalanan dengan menapak ke Masjid Jamia. Dari masjid, sekali lagi kami mengambil tuktuk (5,000kip) menuju ke Black Stupa dan Patuxai - salah satu mercu tanda yang ada di Laos bagi mengisi masa yang ada huhuhu.

That Dam atau lebih dikenali sebagai Black Stupa.

"This historic statue is said to be built on the cave of a dormant seven-headed dragon which rose to the rescue of the Vientiane population in the 1828 war with Thailand. Now standing guard over the town's center, the imposing and mysterious stupa is overgrown with moss and the black spire creates an ominous impression against the blue sky. Legends aside, it is a curious and fascinating sight in Asia where all that is precious normally glitters in gold. The old black stone feeds your imagination evoking bygone eras and ghosts from the past" - mytravelguide.com

Dari Black Stupa, kami meneruskan perjalanan ke Patuxai atau Victory Gate Of Vientiane. Untuk ke tingkat teratas bayaran sebanyak 3,000kip dikenakan untuk setiap pelawat dan percuma untuk penduduk tempatan. Dengan bayaran sebegitu dan pemandangan disajikan, sangatlah berbaloi. Kami lepak sahaja di sini menghabiskan masa yang ada dan sempat bertemu dan berkenalan dengan beberapa orang pelancong dari Malaysia yang akan turut serta ke Luang Prabang di malam harinya.

"Patuxai or Victory Gate of Vientiane, build in 1962 but never complete due to the country's turbulent history. From a closer distance it appears even less impresive, like a monster of concrete. Nowadays this place is used as leisure ground for the people of Vientiane and the 7th floor on top of the building serves as excellent view point over the city."



             

         


Setelah puas melepak di Patuxai, kami akhirnya kembali ke northern bus terminal dengan tuktuk (10,000kip/person). Mujurlah toilet di bus terminal menyediakan kemudahan untuk mandi (5,000kip), jadi kami mengambil keputusan untuk membersihkan diri di sini dan solat di bangku yang disediakan dan dibalik tiang sahaja. Alhamdulillah, mereka hanya memerhati dan tidak menganggu apa jua aktiviti yang dilakukan. Tepat jam 8.00pm, kami berangkat menuju ke Luang Prabang.

Sleeping bus yang kami naiki agak berbeza keadaannya dengan yang kami naiki sebelum ini. Katil double decker seperti di asrama dan agak sempit. Sebelum menaiki bus, penumpang dikehendaki menanggalkan kasut dan membungkus di dalam beg plastik yang dibekalkan. Nak kata lena sangat pun tidak juga; baru nak layan ngantuk "bummmppp" botol air milik orang diatas terjun ke bawah. Alahai. Sesekali tersedar, selimut orang di atas dah separuh melurut ke bawah. Alahai lagi. Tapi oklah, pengalaman berbeza hehehe. Jalan menuju ke LP seperti ular kena palu, jadinya bersiap sedialah dengan ubat muntah atau plastik muntah hehehe...

* bersambung untuk pengalaman di Luang Prabang.

You Might Also Like

15 comments

  1. boleh x kita menapak dari airport ke northern bus terminal? kalau naik tuk tuk brapa tambang?

    ReplyDelete
  2. menapak?boleh aje kot tapi persoalannya, mampu ke nak redah cuaca panas dan kering di sana..500m pun dah rasa terseksa tau..mofu, ambil tuktuk dari airport-terminal, 10,000kip/person. dia sorang jadinya kalau awk beramai mungkin boleh tawar..

    ReplyDelete
  3. actually brp jam dari vientienne ke LP??

    mcm 11 jam gitu? adesss x sanggup ler nak patah pinggang lama lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8-11jam bergantung kepada bas..dapat driver yang pandai merempit, cepatlah sampainya..kalau dapat yang sebaliknya, bersiap sedialah hehehe..

      Delete
    2. ko naik la VIP sleeper bus Meng oi, xde la patah pinggang. Agaknye la kot hehehe...

      Delete
    3. kalau tak nak path pinggang, naik flight lah cheqqq..zupppppp, belum panas montot, dah pun sampai :D

      Delete
  4. Luang Prabang! Tak sabar nak baca entry tue. Ramai sangat bercerita pesal Luang Prabang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara, pada saya LP dan Laos secara keseluruhannya sesuai utk mereka2 yang ingin bersantai; bebas dari kesesakan kota. secara peribadi, saya kurang menggemari LP...

      Delete
  5. adoi mampos dok dalam bas 10-11 jam...itu kalau perjalanan lancar...hurmm tawakal je la nnt....

    ReplyDelete
  6. hahah,,,,,best lah kan duduk bus lama2 ni,...hahah.. haritu 10 jam KK-brunei! laos menarik lahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestlah sgt? hehee.mcm jadi dlm bus tu ryan..mujur mlm tu takde yang terjun katil aje hehehe...

      Delete
  7. nice nice.. semoga bisa ke Vientiane. nampaknya bagus kotanya.

    ReplyDelete
  8. Hi Zila...

    Nak tanye...i nk tanya...teruk tak jalan2 gunung dari VT ke LP ni? Sbb i akan buat the opposite way, LP ke VT. Baca blog2 mat saleh ni sume kata mcm bahaya esp hujan or malam. I plan nak amik vip bas (siang)...trip tu kan pjg...selama mana jln naik turun gunung berliku2 dgn gaung dikiri kanan jalan? most part of the journey? or sikit2 or berterusan sepanjang jalan? mcm jalan naik genting...or worst? dgr kata view mmg superb. sori byk tanya...just nak estimate difficulty trip ni sbb one day prior to this leg of my trip, i akan cross border dari Sa pa ke LP. itu pon teruk jugak amik masa 3 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ain,

      trek dia mmg berbahaya dan berliku dari awal sampai akhir..jalannya sempit dan dari cara pemanduan mereka mmg kecut perut dibuatnya...saya sendiri pun terpaksa telan pil mabuk sebab tak tahan...bab view saya tak blh nak komen apa sebab pergi/balik kami ambil night bus..

      Delete

Subscribe