Gua Niah, Miri
Friday, March 29, 2013
Gua Niah yang terletak di Miri, Sarawak merupakan salah satu daripada gua batu kapur yang terbesar di dunia dengan keluasan 12 hektar. Fuhh, gila luas tu. Dari bandar Miri ke Niah National Park Headquaters mengambil masa lebih kurang 1.5 - 2 jam perjalanan dengan jarak ~90km. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM10/person.
Jom layan apa rentetan perjalanan kami menyelusuri keindahan Gua Niah (saya, tasyha, shahrul dan wani) pada 9/3/2013 yang lalu.
Yeayyy, kami dah sampai!!
Tiket masuk, make sure simpan elok-elok sebab nanti di jeti boat pass ini perlu ditunjukkan kepada petugas
Ini yang paling saya cuak. Tak nak lah jadi 'lauk' huhuhu.
Untuk ke jeti perlu menapak dalam 2-3 minit aje. Peluh pun tak sempat nak keluar, dah pun sampai.
"Berapa lama perlu berada dalam boat ne"
"20 minit"
"hah??"
Takde maknanya 20 minit hehehe. Tak sampai pun 5 minit kami dah sampai ke seberang . Fuhh lega. Tak boleh nak membayangkan situasi bertentang mata bertembung dengan buaya huhu. Tambang boat RM1/person.
7.00am - 5.30pm : RM1/pax
5.30pm - 7.30pm : RM1.50/pax
Jadinya sila alert dengan masa agar korang tak terlepas boat untuk kembali ke seberang. Kalau terlepas bolehlah berenang-renang ke tepian ke seberang.
Dekat tetapi jauh hehehe. Tak perlu risau di sini, trek telah tersedia. Cuma perlu ikut sahaja dan enjoy view sepanjang perjalanan menuju ke pintu gua.
Akhirnya lebih kurang 2 jam berjalan (slow kan kami jalan?hehehe) kami tiba di Gua Dagang. Di sini banyak tiang-tiang tinggi dan pondok tinggalan para pemungut sarang burung. Strukturnya masih kukuh walaupun ianya telah ditinggalkan pada penghujung tahun 1970an. [Untuk lebih detail, mungkin boleh tanya pakcik google. mood kurang ok hari ne hehehe]. Dari Gua Dagang ke main cave, perlu menaiki anak-anak tangga sekitar 10 minit. Waktu ini hidung dah pun mula menangkap bau yang agak menyengat [perit hidung dibuatnya].
View ini di sekitar Gua Dagang. Terasa macam berada di dalam satu dunia baru.
Us - rasanya kamilah yang paling beria; dengan mask, headlamp dan glove hehehe. Tapi ada kami kisah. Sebab target kami nak masuk sampai Painted Cave, jadinya kenalah betul-betul bersedia, betul tak?
Bila dah start masuk ke dalam perut gua, kamera harus disimpan elok-elok dalam beg. Time bila pula nak ambil gambar, betul tak? Nak menapak dalam keadaan gelap-gelita, dengan permukaan yang licin, bau yang sangat menyengat , memang kena extra hati-hati. Tetapi jangan risau, platform pejalan kaki telah disediakan. Ikut aje trek yang telah disediakan, jangan nak memandai-mandai hehehe.
Sampai di Padang Area,ini yang kami lihat...
Ray of light atau ada yang menggelarnya sebagai cahaya dari syurga. Subhanallah, indah bangat.
Memang lupa diri dibuatnya. Kami pergi dekat dan semakin dekat akhirnya kami berada di bawah cahaya ini. Awas, trek di sini sangat licin kerana air menitik dari bumbung gua. Untuk dapat cahaya ini, waktu paling sesuai dah tentu sekitar jam 12.++ tengahari.
Lagi gambarnya.
Dan lagi..
Kesimpulannya, tak perlu sampai ke Jomblang untuk melihat 'cahaya dari syurga'. Cukuplah di Miri sahaja hehehe.
Kami lepak di sini hingga cahaya ini hilang dan meneruskan perjalanan ke Painted Cave tetapi sayangnya ianya ditutup kepada pelawat untuk penyelenggaraan. Mujurlah kami bertanya kepada pengunjung-pengunjung yang lain. Kalau tidak sia-sia aje menapak jauh-jauh alih-alih terpaksa berpatah balik. Oleh kerana cancel ke Painted Cave, kami mengambil keputusan untuk keluar dari perut gua.
Keluar dari perut
Rumah panjang di Kg. Sungai Tangap. Betul-betul panjang. Sayang tak dpt nak masuk ke dalamnya sebab takde sesiapa pun waktu kami singgah di sini.
25 comments
beznya...cantik keindahan ciptaan Tuhan..tapi macam seram je signboard buaya tue.. ;)
ReplyDeletehahaha..signboard tu memang sgt mencuakkan..cuba bayangkan kalau tetiba buaya muncul..isshh!! hehehe
DeleteAssalamu'alaykum.
ReplyDeleteSis, boleh bagi email address sis?
Saya berminat nak join sis travelling.
Thanks!
Waalaikumsalam...
DeleteIni email saya adzillah79@yahoo.com
ray of light tu cantiklah!!
ReplyDeletenampaknya lepas ni kena terjah miri lah pulak...
zilla, kalau sengsorang agak2 bahaya tak?
kalau sorang2, jgnlah anne..wpun trek dh pun tersedia tapi pada saya agak bahaya kalau nak jalan sorang2..kalaulah apa2 jadi, takde sapa yang tau, anne..
Deletenampak nya kena carik mangsalah kalau nak terjah ke sana.. itu yang susah tu.. huhu
DeleteAnne, insyallah adalah yg nk ikut 2 nanti..yg penting cari date dulu hehe
Deletemenarik tui cahaya tue... teringin nak pi utk memetik gambo
ReplyDeletemake sure sebelum p tgk dulu cuaca macam mana hehehe..kitaorang ne pun kira rezeki sebab masa p mendung dan tak harap pun nak jumpa cahaya ne tapi bila dah sampai padang area tu, dari jauh lagi dah nampak cahaya nya..nasib agak baiklah sebab bila ada team lain sampai, cahaya tu pun hilang...Alhamdulillah :)
Deletewah serious cantik gila ray of light tu!
ReplyDeleteilya, apa tunggu lagi..jom Miri hehehe...
ReplyDeletetunggu gambo monkey idung comel heheh..
ReplyDeleteAda tak public transport sekitar Miri & dari Miri ke Brunei?
~zellyn hazel~
dalam proses mengarang dan m'edit hehehe...
Deletepublic transport, ada nampak haritu tapi nak citer detail tak dapatlah sebab tak guna public transport hehehe
tungguuu...hehe
Deletetu la tgh cari jgk info pasal public transport area Miri ni..
nape tak lajak g Mulu tuari?
~zellyn hazel~
Mulu? Tiket flight mahal cheq..tak mampu hehehe..
DeleteKalau nk jln2 di miri better sewa ketelah wak..lebih mudah berbanding bus dan teksi..
kan..tgk tix Mas Wing fengsan..
DeleteOo yeke..merempit pun ok gak kot kat sna..hehe
~zellyn hazel~
cantik betul gua niah
ReplyDeleteplan nak gi julai lepas, tapi kansel last minute. bila baca entri ni membuak-buak balik nak pegi... hai check kalendar dan baki cuti.
ReplyDeleteplan nak gi julai lepas, tapi kansel last minute. bila baca entri ni membuak-buak balik nak pegi... hai check kalendar dan baki cuti.
ReplyDeleteso apa lagi, cepat2lah rembat tiket :D
DeleteHai! thanks for the info yg sangat berguna utk saye. Saya akan pergi gua niah 20 sept ni. and thank you again for info! :)
ReplyDeleteHi Ezan..
DeleteAlhamdulillah, harap bisa enjoy di Miri nanti ya...
Cantik betul cahaya sinaran yang masuk ke lubang terus ke gua tu :D
ReplyDeletesaya dulu pernah berkhidmat di sini. 4 tahun lah jugak . tpi dulu tak seperti ni maklumlah tahun 1985-1988.
ReplyDelete