2D 1N : Star Cruise Libra, Penang ~ Part II

Friday, July 19, 2013

Untuk entry sebelumnya, klik aje di sini -> Part I

Letak beg, kami terus bergerak menuju ke Four Seasons Rest di deck 4. Makan time; mana boleh ditangguh-tangguh. Kali terakhir kami makan adalah mee udang mahal nak giler dan char keow teow sungguh tak sedap di food court berdekatan Padang Kota Lama - akan saya ceritakan dalam entry yang berasingan. Haruslah perut pun dah start krokkkk kreeeokkk’; lapar.

Dinner ini termasuk sekali dalam pakej. Makanlah banyak mana pun, takde sapa pun nak kisah. Oleh kerana kami antara yang terawal maka tak perlulah nak berebut-rebut dengan yang lain untuk mendapatkan makanan. Menu memang meriahlah; nasi dan lauk-pauk, salad, roti, kek dan sebagainya. Sungguh, rambang biji mata bila tengok banyak sangat pilihan dan mulalah rasa macam nak ambil semuanya - walhal bukan mampu pun nak habiskan kesemuanya :P

Di tepi pintu masuk restoran ada kaunter, so make sure kawan-kawan p kaunter tersebut dan serahkan kad masing-masing. Minah kaunter tu akan swap kad dan akan berikan slip tertera no meja. Jangan pula p belasah je duduk mana-mana meja..

Dekorasi dalaman.



Sebahagian menu yang ada..

Perut dah kenyangkan? Jadinya kami kembali semula ke bilik untuk aktiviti wajib. Sepatutnya 8.45pm perlu berkumpul di Assembly Station untuk sesi keselamatan tapi kitaorang tak p pun. Tidur.

Betullah, orang kata 'macam-macam ada' atas ne. Sanggup atau tidak aje nak menyaksikannya huhuhu.

Atas persetujuan bersama, 1st show yang akan kami layan adalah Zee Deneck : magic show di deck 5. Mesti tonton sebab free + memang tak kering gusi dibuatnya. Tak lama pun, dalam 45 minit sahaja; itu pun rasa satnya, tak puas hehehe.


Salah satu dari aksi Zee Deneck


Habis dengan Zee Deneck, kitaorang kembali ke ruang legar untuk layan ‘Romantic Melodies with Gorne Brothers Trio'.  Memang bestlah. Suara dan muzik yang dimainkan memang harmoni; terbuai-buai dibuatnya (over!! hehehe)

Terbaik..

Dah puas melayan perasaan kami ke deck 8 (deck paling atas) pula. Teringin sangat nak berjakuzi tapi tak bawa extra baju. Lepak aje lah kat bangku yang ada sambil layan Clique Band yang sedang membuat persembahan. Fuhh, memang mantap suara masing-masing. Tapi yang tak syoknya mana pergi semua orang? Yang menonton tak sampai pun 10 orang tau huhuhu.

 Lengang, kan?

Salah seorang ahli Clique Band - lupa nak snap pic dari depan.


Baru aje nak beredar, kami ditahan oleh 2 orang minah ne (lupa nama apa) untuk join game yang mereka kendalikan. Bila mereka sebut 'hip hip', salah seorang dari kami yang diacukan mic perlu menyebut 'horrayyy' sambil membuat aksi. Salah, dendanya kena menyanyi atau menari dan terkeluar dari game. Errk habislah, dua-dua benda ne memang saya tak sanggup lakukan. Malu huhuhu. Entahlah, nak dijadikan cerita boleh pula saya terleka dan nahh padan muka. Awal-awal lagi dah kena. Grrr tak sanggup nak ingat apa yang saya lakukan huhuhu. Juara malam tu, tasyha.


Hadiah untuk juara
Penat, kami kembali ke deck 4 nak layan muzik lagi sementara menunggu adik-adik selesai beraktiviti. Bila semua dah ada, kami kembali ke Four Seasons Rest. untuk cari makan tetapi kali ini kena bayar RM15/person. Layan ajelah. Perut dah kenyang sempat menonton Ronald membuat persembahan dengan piano nya dan kembali ke bilik untuk zzzzzzzzzzzz.

Ronald.

* Opps, satu yang kawan-kawan perlu tahu mineral water yang dijual di sini adalah berharga RM8/botol. Make sure bawa lah stok mineral water siap-siap kalau tak nak duit melayang

** bersambung

You Might Also Like

13 comments

  1. Kitorang dulu mase tengah beratur nak lalu scanner nak masuk kapal tu, ade org dok jual air mineral.. katenye air kat atas kapal tu mahal.. dan2 la masing2 beli sebotol dua extra kat situ... pastu bile kat atas, turned out bleh amik air free kat restaurant tempat kitorang dinner tu.. so ape lagik refill je la botol air mineral ... btw dulu kitorang makan kat restaurant yg kat tepi pool tu.. ade lagik ke skang? Super star libra ni baru jek kene refurbish awal tahun aritu ... agaknye semua dah tukar kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra, time saya rasanya takde sapa yang jual air mineral...tapi kat atas tu pun punyalah payah nak dptkan mineral..p kat kaunter receptionst tanya mana nak cari, dia boleh pula bagi cadangan suruh saya masuk bilik dan call derang semua dari blik..nanti derang hantar direct ke blik..punyalah leceh..menyesal pula tak beli siap2 sebelum naik huhuhu...owhh malam tu derang buat durian party kat pool tu..hanya org tertentu sahaja yg boleh masuk huhuhu..mmg tk merasalah nak makan kat situ...

      Delete
  2. Replies
    1. sambung??dah habis dah pun part cruise hahaha

      Delete
  3. apa ni tayang gambar kek sedap2 bulan puasa.... skrg ni baru 10.23am tp sy dah terliur tak leh tahan. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ampun, tom..tak sengaja hehhee...tu pun puas pilih gambar yg sesuai utk dikongsi di sini hehehe

      Delete
  4. Nice story!!!!!!!.... And nice info!!!!!! Keep update lekas....... Dah masuk dalam list tempat or things kena naik heheheheheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..bagus..bagus...ne pun ada hati macam nak naik lagi aje ne :D

      Delete
  5. Tak sabar tunggu next entry...menarik ni!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. nak masuk citer part GT pula ne...cruise dah habis :D

      Delete
  7. Banyaknya makanan kat atas tu ... best.

    ReplyDelete

Subscribe