2D 1N : Star Cruise Libra, Penang ~ Part III & Camera Museum Georgetown

Tuesday, July 23, 2013

Untuk entry sebelumnya klik sini -> Part II

Tidur yang sangat lena. Syukur, keadaan laut sangat baik. Tak terasa pun seperti berada di dalam perut kapal. Konon nak layan sunrise tapi tak kesampaian. Sunrise dari dalam bilik aje hehehe. Selepas semuanya bersiap, kami terus menuju ke deck 8 untuk breakfast. Dah lewat, dewan makan dah pun penuh. Menu pagi memang pelbagai, roti canai semuanya ada. Pilih aje mana yang menjadi kegemaran. Sambil layan makan, kapal semakin menghampiri jeti. Ini bermakna perjalanan kami bakal berakhir. 

Ini aje yang sempat saya snap pagi tu..Nak ambil gambar makanan memang tak dapatlah...bersesak untuk makanan huhuhu..

Perut pun dah kenyang, kami ambil kesempatan untuk jalan-jalan di deck buat kali terakhir. Dalam 10.30am, dah kena check out. Bila tengok kapal pun dah semakin menghampiri jeti, kami terus bergerak ke bilik untuk ambil beg, singgah di receptionist kaunter untuk selesaikan segala bil yang ada dan bergerak menuju ke deck 5 untuk mengambil passport dan melangkah keluar dari cruise. 


Alhamdulillah, cuaca yang bagus.

Dari jeti, kami bergerak menuju ke Ryokan Hostel dengan kereta sewa (kancil aje pun). Tak perlulah saya cerita panjang lebar mengenainya sebab saya dah share tentang hostel ini di entry yang lepas; klik sini -> Ryokan. Bilik tak ready pun lagi, jadinya kami menuju ke Camera Museum. Tak jauh pun dari hostel, seberang jalan je.


Muzium ini baru seminggu dibuka kepada orang awam sewaktu kami singgah di sini sempena Obscura Festival of Photography yang berlangsung pada 21-30 June 2013. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sayangnya waktu kami ke sini, ruangan pameran masih belum siap sepenuhnya - tak banyak gambar sebab memory card buat hal  huhuhu






*bersambung untuk edisi JJCM di Penang.

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. Keri, terima kasih lor...err bukan kita guna gear yg sama ker (ke saya salah org ne) D90 dan Ixus..

      Delete
  2. gambar kat bawah tu scary..

    ada ryokan kat penang? wow.. first time saya tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??tapi saya suka gmbar tu sebab tu saya share di sini berbanding yg lain ;)

      ini kali kedua saya menginap di ryokan ne..puas hati sebab konsep yg mereka bawa...next time kalau awak ke Penang, maybe blh try ryokan ne pula ;)

      Delete
  3. Dah lama nk komen sal cruise ni tp x terkomen,hehe. Nak cakap ni je, next time repeat la lg naik cruise, nk ikutttttt gak,hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pijah, ada cadangan utk jadikan projek cruise ne sebagai acara tahunan..tunggu dan lihat ajelah nanti macam mana hehehe

      Delete

Subscribe